Wednesday, September 26, 2012

Takut atau Taksub?

Bila kita bercerita tentang sesuatu perkara, pernah tak kita terfikir orang yang terlibat dalam sesuatu perkara itu juga boleh bercerita dari sudut pandangan dia?

Don't pretend to be that naive or I rather say, stupido. 

Kita boleh dan mampu bercerita kisah yang sama kepada lebih 100 maybe 1,000,000 orang sekalipun berdasarkan apa yang kita suka. Tapi, kenapa bila orang yang terlibat dengan cerita tersebut, mula bercerita kisah dia dari sudut pandangan mata dan pengalamannya, dia dihalang untuk bercerita?

Idealnya, bila kita bercerita dari sudut pandangan dan pengalaman kita dan kita anggap orang yang terlibat dalam kisah kita tidak akan bercerita. Atau kita berharap orang yang terlibat itu akan bercerita seperti cerita kita. Ironinya, kita ini manusia yang mempunyai pandangan dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Kita bercerita. Orang yang mendengar akan menilai berdasarkan pandangan dan pengalaman hidup mereka pula.

Saya tidak hidup dalam dunia yang ideal. Saya hidup dalam dunia realiti. Pahit. Manis. Payau. Masin. Jatuh. Bangun. Sepak. Teranjang. Ditindas. Menindas. Suka. Duka. Itu realiti dalam kehidupan ini.

Be an open book. You'll be surprised on what people can actually do & tell you. Seriously! 

Selama bertahun-tahun saya biarkan kamu bercerita apa sahaja yang kamu mahu dari sudut pengalaman dan pandangan mata kamu. Tidak pernah sekalipun saya menghalangnya. Saya biarkan cerita-cerita kamu mengalir bagai air. Tidak disekat dan tidak dihalang.

Don't act surprised. People really do tell others about secret things. 

Kenapa tidak kamu memberi peluang saya bercerita mengenai kisah saya dari sudut dan pandangan mata saya? Kenapa apabila saya mula bercerita, kamu perlu menggunakan semua kuasa yang kamu ada untuk menghalangnya? Kamu takut dengan cerita saya, atau kamu taksub dengan kuasa yang kamu ada? Kisah saya.

Cerita saya. Tidak akan tamat selagi saya masih bernafas. Ya, saya mungkin tidak mempunyai kuasa; ajaib atau magis atau autoriti dalam sesuatu perkara. Ya, saya juga tidak mempunyai pangkat atau darjat di hadapan atau dibelakang nama saya.

Tapi saya mempunyai huruf dan perkataan. Bukankah bijak pandai pernah berkata, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!

Monday, April 30, 2012

Bersih sangat ke?

We might argue on a few things, we might agree on certain things. Itu hak masing-masing. Kita tak boleh nak paksa orang lain suka apa yang kita suka dan kita tak perlu suka apa yang orang lain tak suka. 

Aku ada datuk saudara yang pernah bertugas sebagai polis masa zaman perang dulu, bapa saudara yang kerja polis, bapa kawan-kawan aku pun ramai yang kerja polis... jadinya, bila penyokong Bersih panggil polis-polis ini dengan gelaran tak sepatutnya, aku tak rasa kita perlu tengok dan biarkan sahaja. Kau mungkin tak ada semua itu (datuk/bapa saudara/kawan-kawan yang jadi polis) dan aku tak salahkan kau sebab polis bukanlah kerjaya yang jadi pilihan ramai.

Cuma, sesekali itu cubalah letakkan diri kau ditempat mereka... 

Kau mungkin pemandu kereta yang pernah diugut polis. Kau mungkin penunggang motosikal yang pernah disaman polis. Kau mungkin cikgu yang berhadapan dengan anak polis yang bermacam karenah. Kau mungkin doktor yang polis minta MC walau tak sakit. Kau mungkin perempuan yang dingorat polis. Tapi, walau apa pun perangai polis ini, boleh ke kita melabelkan KESEMUA mereka dengan gelaran tak sepatutnya bila kita punya contoh yang baik dalam keluarga sendiri? 

Memang betul orang cakap, kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Kerana 1 kesilapan, semua kebaikan hilang entah ke mana.

Jangan ingat pemandu kereta tak langgar mati anak orang. Jangan ingat penunggang motosikal tak merempuh polis yang membuat sekatan jalan raya. Jangan ingat cikgu tak pernah denda anak murid yang tak pernah buat salah. Jangan ingat doktor yang selamatkan nyawa orang itu tak pernah jual MC. Jangan ingat perempuan tak pakai kain singkat dan baju terdedah sampai naikkan nafsu orang keliling. 

Kalau kau kata polis semua sama; kau pemandu kereta, boleh aku panggil kau pembunuh sebab ramai pemandu yang langgar mati anak orang? Kau penunggang motosikal, boleh aku gelar kau suka langgar peraturan? Kau cikgu, boleh aku panggil kau kejam? Kau doktor, boleh aku panggil kau penipu? Kau perempuan yang sebegitu, boleh aku panggil kau... 

Point aku kat sini, siapa kita kat muka bumi ini, apa tanggungjawab kita kat dunia ini telah membuat kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dan pengalaman setiap orang berbeza. Mungkin pendekatan aku kasar dan aku tak harap sesiapa pun faham. 

Kalau kau faham, baguslah. Tapi kalau kau tak faham, aku cuma minta satu, respek. Aku tak terjah wall orang yang tak sependapat dengan aku dan paksa dia untuk tukar pandangan. Aku tak terjah wall orang dan bagi kata-kata yang tak sepatutnya sebab aku percaya there's limit in everything. 

I don't know all of you in person, neither do you. But, just because we chat a few words a year it doesn't makes you & I, a good friend nor makes you knew the whole truth about me. Kau bebas untuk menilai, aku tak halang, tak ada sesiapa pun menghalang... tapi bukan semua penilaian kau betul :) 

Ingat, kita cuma manusia biasa. tapi tak perlu sampai jadi biawak! *pinjam kata-kata Dato' Azizan Osman* 

Aku tak tujukan pada sesiapa. tapi, kalau ada yang terasa, aku minta maaf. again, we've different experience, view and understanding... Please do respect mine.