Thursday, November 1, 2007

written to real

Sejak aku buang satu perangai dulu, aku buang jugak hobi aku yg satu. Bace novel. Kalau bace novel, nanti aku akan berangan! Pastu cam floating-floating dengan kisah yang terpapar. Itu yang malas.

Ntah macam mana, baru-baru nie ader orang suruh aku baca novel Cinta sang pari-pari. Dan ntah macam mana aku boleh jadik tipikal malay girl kembali dengan ralit mengulit novel yang satu nier... Addicted. Di awang-awangan. Damn!

Aku sarankan sape yang suka gadoh dengan bos tue sile le bace. Mana le tau sok luse kene batang hidung sendri (kecuali aku, okay! Nehi, kabhi nehi. I'll make sure tak kene diri sendiri)

Oh, neway aku bukan nak review novel nie. Just wanna share something. Kebetulan yang telah tersurat. Pagi semalam aku ralit baca novel, dalam satu bab ader tertulis watak bos itu bergadoh besar dengan staff nye.

End up, the written story become real thing in front of me. Just takde la part yg very drama queen cam tebalik meja smue tue kan... But aku bukan le staff yg kene marah ngan bos tue. My colleague la. Aku just dengar cerita jer. but yet still almost macam dalam cerita yang aku baca.
Whaaatt???? Scary kan?? What to say...I'M Blur Clairvoyance.........

Oh ya, i'm the one who like to argue with my bos. I'm lovin it! Serius srunuk.. addicted tu psl since bulan puasa and bulan syawal nie aku jadik sengal. Xde orang nak bergaduh ngan aku. Mau gaduh ngan aku? Jum!

Wednesday, October 31, 2007

aiyoyoyo yenggama!

diorang tanak tulis, takpe. biar aku tulis. ehek.

hari rabu yang panjang. dan malang. bermula dengan kes naik tebing di ttdi, sesi kena tengking di office, berakhir pula dengan tragedi tren 'not-in-service'. apa ni? siang-siang pun ada hantu halloween nak menyakat aku ke? so not funny.

hari rabu. yang pening. first time aku tengok suasana 'lunch hour' kat pusat bandar damansara. langsung tidak menghampakan. keh keh keh.

kes amukan puaka yang sungguh tak masuk akal. mangsa yang terkebil-kebil menahan malu yang amat sangat - aku. oh, siapa lagi nak marah? silakan.

naik tren, setengah jalan, mata berkaca-kaca. huhu. kang aku betul-betul jadi hati kering, baru dia tau. takpe. benda kecik je. dah biasa pun.

transit tren. sampai ampang, dia suruh turun pulak. aih. ni mesti berzaman nak tunggu the next train. oh sabar sungguh aku kan. dah la tunggu lama, berdiri, kaki dah merah-merah, tekak perit, mata bengkak dan sepet (padahal air mata keluar tak sampai secawan).

esok hari baru. don't panic let's picnic ;)


terima kasih kaunter aduan. he he he.

Monday, October 29, 2007

:p

ok girls, this would be my last post sebelum aku bukak laluan untuk korang. eheh.

it's just that this morning my mood cam fly-fly away tanak balik-balik. gloomy je. just now derek tegur, dia kata muka aku nampak penat or maybe plain sangat. aku tepek bedak baby je kat muka sebab memang tak ada mood langsung nih.

yesterday, i purposely lied to a few people and trust me, i had to. i drove out of KL, makan and makan and makan and makan and surprisingly i didn't spend a dime pun. thanks for the treat ;).

and then came this call. my temper blows out of a sudden but i tried to control it as best as i could. few seconds later i hung up. thanks to the person who was in the passenger's seat, i feel ok right after.




ok. i will be on 'holiday' until further notice. ahahahahaha :p

Saturday, October 27, 2007

debu

bila aku masih boleh bersabar, aku sabarkan saja lah kan. kita tengok sampai bila. tapi bila aku dah bosan esok lusa, sorry lah ek. don't feel irritated.

bila kamu dah bersedia untuk bercakap, fine. i'll open up as wide as possible. dan akan cuba senyum sekerap yang boleh. although aku dah mula rasa menyampah. tapi demi kamu.

harga suatu pengorbanan itu sebenarnya diukur dari segi apa? kenapa berkorban perlu menjadi sebuah one-way-street? dan selalunya tidak dihargai dengan cara yang betul.

sebab itu aku bosan.



dengan semua. dengan kamu. dengan dia.



*senyum pahit*

Friday, October 26, 2007

live & loud 07

ok. aku dah pengsan sejuta kali disebabkan oleh ini.


Date : 30th of November 2007, Friday
Time : 7:00pm – 10:00pm (1900hrs – 2200hrs)
Venue : Zouk, Kuala Lumpur
Tickets Price: RM 80
* All ticket prices stated excluding a RM2 processing fee


Performing artistes
Tompi, Maliq & D' Essentials and Noryn Aziz .



as if i was given a second chance, memandangkan masa maliq & d'essentials first time datang kl aku tak tau pun. excited sangat. nak tenggok angga (har har har).

nak pergi. tak kira. walaupun ada 10 'torchlight' di dahi. ahaks.

Thursday, October 25, 2007

someone is extremely happy today!

nak tido dah sebenarnya. tapi, ehehe, just wanna congratulate YOU again. esok dah jadi c.e.o. memana jangan lupa i tau! :p

one small step brings a big change.


*wink*

Tuesday, October 23, 2007

think tank [2]



(lagu ni untuk korang okeh)


mata aku penat sangat. asyik tengok skrin komputer for the whole day. otak pun sama penat. fikir itu dan ini. tapi mujur ada sesi bergambar secara puaka di pagi hari, sesi bersama 'joker' kesayangan aku yang nampaknya dah kembali ceria, dan juga sesi bergelak sakan mengimbau kenangan lalu saat nak tunggu waktu balik. mood pun biasa-biasa saja. boss kecik main baling-baling paper clip kat aku. boleh?

tapi, hari ni aku macam monotone sangat. flat. mendatar. yela, aku gelak-gelak jugak tapi dalam kepala ni ada je yang berpusing-pusing. tak ada pulak emo ke. cuma stone. tak ada perasaan. semua macam dah mati.

sesungguhnya ketahui lah bahawa aku terasa macam nak marah sangat. nak meletup. tapi tak boleh. suppressed. aku pun tak faham apa yang nak dimarahkan sangat. tak ada siapa-siapa yang buat onar pada aku pun. complicated kan.

karma? mungkin aku berdosa pada berorang-orang. jadi ini mungkin balasannya. mungkin dosa-dosa itu semua tidak aku sengajakan. sebab seingat aku, pernah sekali je aku sengaja mengamuk pada seseorang. sebab aku tak tahan. dan sudahnya aku dapat nama baru - biatch. tapi walaupun aku tau dia yang bersalah (and i guess he felt the same way about me), aku yang mengalah. minta maaf. kerja memang boleh buat kita jadi rasaksa. susah nak jadi professional.

selalu rasa macam nak tarik diri daripada semua benda. bukan sebab takut. tapi dah letih. bila kita cuba untuk lari daripada perkara-perkara yang kita benci, kita end-up berbalik kepada perkara yang sama. i hate that. but it happens all the time.

kadang-kadang aku cuba nak berlagak cool. malas nak layan, baik diam saja kan? diam aku bukan tanda setuju. tapi tanda ketidak puasan hati. cuma aku senang untuk kembali happy. tekan saja suis kat lengan aku. ahahahahahaha :p

tulisan aku adalah suara hati dan akal yang jujur. lebih baik percaya pada apa yang aku tulis daripada apa yang keluar dari mulut aku. really.

aku tak mau menjadi seorang yang complicated. aku tak mau menyusahkan pemikiran orang lain. aku juga tak mau menjadi hipokrit. what you see is what you get. with some extra features. i think. ahaks.

ok lah. lapang sikit dada dan kepala aku. this might means nothing to you, but it's a big deal for me. jangan lihat dari sudut yang sama. cuba lihat dengan hati :)

Monday, October 22, 2007

I'm Sorry, Goodbye!

Sengaja menambah minyak pada bara api.





Sebelum bertemu denganmu
Diriku bahagia
Semenjak bertemu denganmu
Ku makin bahagia..Semakin lama aku
Semakin tau tentang engkau
Sedikit kecewa
Ternyata engkau tak baik

Pertama tama semua manis
Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan
Cinta sebenarnya…Semakin hari
Semakin terungkap
Yang sesungguhnya
Kumakin kecewa
Ternyata kau penuh dusta

Reff:
Maafkan ku harus pergi
Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh
Seperti kekasihmu yang lain….

Terima kasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye

Seribu cara kau membuat
Ku dengan puitis
Tapi kau lupa bahwa
Ku juga manusia
Yang punya mata
Perihnya hati dan perasaan……

Maaf aku pergi
Dan takkan untukmu lagi
(i’m sorry good bye)
Ku tak suka dengan ini
Aku tak bodoh
Maafkan ku harus pergi
Tak seperti kekasihmu yang lain

Terimakasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia
Maaf kita putus
So thank you so much
I’m sorry good bye



Go girl! Be strong!

Sunday, October 21, 2007

to jake

jake, you're just too good to be true kan.
you tak penah anggap i as your friend pun kan.


yeah. it figures.





i'm out of your life. so you have one less problem on your shoulder. thanks for everything.



:((

cuddle up karma

Makan nak teman
Minum nak teman
Barang-barang nak kene tolong beli kan
Tolong prepare kan itu ini
Sakit sikit merengek
Susah sikit ngadu itu ini
Panas sikit, merengus
Jammed sikit dah pening kepala
Nak kene call, nak kene sms, mms, 3g
Nak kene give full attention almost 24-7




Heh!
Macam tue kata lelaki tak manja?
Ngalahkan aku si puteri bongsu, perempuan-perempuan lain.
Kadang-kadang frankly aku kata, feel a bit annoyed n menyampah.

But what the heck, aku revenge balik.
Demand manjakan aku equally or more.
hahahahahahah
That's we call as karma sayang.
I like it.
U guys same, 'Aite?

Saturday, October 20, 2007

nuor jen



he he he.

walaupun aku sedikit frust sebab gelang kaki aku tiba-tiba putus di tengah jalan (atas tangga office sebenarnya), tapi semua kelukaan terubat dengan sendirinya bila ANUAR ZAIN tiba-tiba datang kat aku dan cakap, "i love you".

keh keh keh. too good to be true kan?

of course la aku tipu. ehehe. BUT, i did saw anuar zain kat kl sentral semalam. tak tentu arah aku. nasib tak pengsan. ahahahaha. 2 kali tau. bedebar-debar jantung ai :p

cuma, hmm, rendah kan anuar zain tu sebenarnya? skinny pulak tu.

tapi perasaan yang aku rasa semalam tak boleh beat perasaan yang aku rasa masa jumpa reymee of innuendo kat gloria jeans klcc. lembik lutut. ahahaha.





emm.. sukanya..

Kelas Bahasa (i)

Ibu kata (bukan aku kata ye). Kalau nak tahu sama ada orang itu betul-betul Johor, dia mesti tahu beberapa istilah yang sering digunakan oleh orang Johor. Antaranya:

  1. Almari = Gerobok
  2. Selimut = Gebor / Gebar
  3. Kasut = Sepatu
  4. Karipap = Epok-epok
  5. Roti Canai = Prata
  6. Kenduri = Rewang
p.s.: lepas ni kalau tiba-tiba ada orang mengaku dia orang Johor sedangkan tidak, maka dia telah menggunakan blog ini sebagai sumber rujukan :D Maka kami tidak ada bertanggungjawab di atas penipuan yang dilakukan

Friday, October 19, 2007

pisau lipat

rahsia yang aku paling benci.

yang sudah tu sudah lah. and you made me look like a fool. everytime.







naif, bukan bodoh.

Thursday, October 18, 2007

the master plan [1]

saya cuma ada masa 7 bulan untuk mencari dan bersedia.

kadang-kala keadaan memaksa untuk kita bertindak gila. consequences can come later. masalahnya, bagaimana untuk saya memanipulasikan keadaan itu supaya ianya berpihak kepada saya? he he he.



and so i have to cheat (in a good way).



he he he.

Wednesday, October 17, 2007

the girl with fire on her hand!

I feel happy, but I scared damn to hell.

This bloody gurl wanna play with fire once again.



Wake me up. Dont let me carried away with this feelin. pls dont let me fall down again....



I trust everybody, but I dont trust the devil inside them!

kalo agak2 dia beggau sgt lompang jo minah nie
muahahahah

Tuesday, October 16, 2007

think tank [1]

apakah perasaan yang patut dirasai apabila anda terjumpa set toiletries milik seorang perempuan lain di dalam kereta teman lelaki anda?

setelah sejam anda berdiam diri dan menangis di dalam hati, apakah perkara pertama yang ingin anda lakukan?

apabila anda memulakan sesi soal siasat, anda dimarahi oleh teman lelaki anda dan dikatakan sebagai seorang penyibuk?

teman lelaki yang sangat anda sayangi itu juga berkata, "ITU HAK SAYA".





allah maha adil. dan maha penyayang.

Monday, October 15, 2007

post-raya

13/10/2007

yey raya! tapi sebenarnya tak rasa *sexcited sangat pun. tengahari tu jugak kitorang berkonvoi ke man-tin dengan dua kesilapan besar; barang yang dibawa banyak gila sampai berat je kereta aku nak berjalan, dan kesilapan kedua adalah PLUS highway. Jam sepanjang-panjang dari upm kot. 2 jam lebih baru sampai. gila. dengan aku-aku sekali jadi gila. melalak dalam kereta. lantak!

sampai rumah relaks je semua orang. malam tu sedara-mara datang beraya dan lepak-lepak kat rumah aku sebab time tu je derang boleh berborak dengan ayah. esok nak open-house kan. tak mung lar. aku pun tido awal. tau esok nak kena kerja keras nih. cewah. hahaha.


14/10/2007

huiyo. bangun, kemas rumah, tolong potong lemang, pastu mandi, sambung balik susun lemang comel-comel. bila dah start ramai orang datang tu aku pun cam tak jumpa orang sangat sebab sibuk kat dapur. rajin gila :p. tapi bila anak-anak dara dari jauh telepon cakap nak datang, hehehe terus je *sexcited.

tetiba eh eh anak aku dah sampai! eh cop. anak ke adik? hahaha. dok ngekor bontot aku je dia. pastu terus mintak nak makan maggi. layan je aku ni. pantang tengok aku hilang sikit, mula la dia tanya mak dia, "where's my friend?". hahaha ah sudah. besfren aku is 7 years old.

sya dan lin akhirnya jejak jugak rumah aku tu kan. hehe. tak sesat pulak tu. korang memang terer ah. tak pasal-pasal tejebak sekali dengan budak 7 years old itu. thanks korang. aku dah boleh jadi mak kan kan kan kan??

well, patutnya sampai petang je. tapi belah malam orang-orang kampung dekat situ still ada yang datang. pastu ada sorang nenek ni, dia tanya sapa kakak sapa adik. terus aku bagi dia kuiz. hahaha. dah aku agak dia nak cakap yang aku ni adik *ding ding ding*. what to do.. :p

anak-anak dara punya turn pulak datang bertandang kat umah. pastu tengok tv ramai-ramai. pastu aku ngantuk gila sebab penat sangat kot. pastu derang balik, aku pun tido krohhh krohh krohhhhhhh.. (kesian aku kena tido kat sofa)


15/10/2007

yey nak pegi beraya. pegi la rumah pak long kek somban. jaoh jo den raso. mak long goreng mi. alamak. tapi lapar punya pasal, den toju yo.

lepas tu melawat umah abang ngah. bini dio goreng mi jugak. haiyaaaa. tapi kek batik dia memang meletop! nanti kena mintak resepi nih. he he he.

balik, sesiap kemas barang kemas rumah, balik kl. ikut jalan lama. ada sedikit tragedi. di mana smart tag adalah bengong. buat malu jek. dua-dua kali kena camtu. nasib aku macam relak n cool gitu. wahahaha.





apa-apa pun, takleh lawan tragedi sya dengan lin. datang beraya umah aku, time nak balik terus keta tak mau start. keh keh keh. tu la. keta pun tanak balik. dia suka umah aku tu. apa kes? hahahahahahahahaha. pastu aku tengok ayah aku kan time nak bukak depan tu cam senyum je manjang.

aku tanak makan sangat la. lepas ni memang nak berenang balik.


*sexcited = kredit untuk geng kak amyz for this new vocabulary :p

Saturday, October 13, 2007

pre-raya

walaupun hari ni office bagi half-day, dengan mata yang rabak sebab malam tadi main game sampai pukul 2 pagi, aku pergi keje dengan perasaan yang seronok amat. tenang.

tapi kejap je tu.

almost noon, aku kelam-kelibut tolong 'boss kecik'. dan diangkut ke putrajaya. maknanya, macam kartun la aku pergi salam-salam beraya dengan officemate yang ada. too bad aku tak sempat nak beraya dengan boss aku, dengan B.O.D, dengan vincent & derek (uik??!!), alahaiii..

ramadhan yang terakhir ni buat aku rasa sedih. for real ok. mungkin sebab lepas ni dah kena balik 5.30. or maybe sebab aku akan kembali menjadi tong dram? har har har.

satu perkara yang buat aku rasa withdrawn lepas raya ni nanti ialah.. hmm. check-up lagi. boleh tak kalau tanak plis?

esok aku balik n9. raya kedua family aku buat open-house kat sana. jemput la datang. in which aku rasa korang pun still kat kampung lagi kan. takpelah. datang rumah kl pun boleh.

APT datang rumah tadi dengan family dia. good news la kot. entah la. tawar hati dah sebenarnya. whatever.

aku berkenan sangat keta putra. awat dah tak buat lagi ek?

Wednesday, October 10, 2007

1428 - Syawal


Monday, October 8, 2007

its mellow emo time

I feel sad. Recently.

2 reason for that.

1, my relationship with 1 person seem like become worse day by day. I admit that I've been ignoring that person quite sometimes. Yet, I do feel guilt bout it. I know I treat that person really bad, I feel it too. Things not the same like before. So as conclusion, I really sucks in relationship. Any relationship. I really feel sad, things doesn't same like before.


2, Al-Fatihah to my Pak Ngah. Past away this evening due to kidney and brain failure. The time is running out. Who knows soon or later someone will be next.....

by the way, sorry peeps, I've been mellow emo jelly.....

i cheat

my heart was crushed the moment i got the sms from APT. fine. whatever. i did feel like crying but lin was nearby so i just went blank.

i have accidentally befriended someone's husband. i swear i didn't know. and i swear that i will try my best to avoid him.

i feel sorry for everyone who thinks that they are invisible. life is like that most of the time. and sometimes we choose to be invisible because we don't want people to think that we are actually in need of help.

it's left or right. never both, my dear.



Sunday, October 7, 2007

besedei smeagull

it's my soulmate's birthday and she looks so gorgeous walaupun baru je lepas beranak. hot mama kan. hehe. we celebrated at fridays, subang parade. her treat. and managed to force her to stand on the chair sambil nyanyian dendangan staf-staf fridays itu. tapi macam tak gumbira 100% kerana misteri kehilangan passport maidnya. ishkkkk!

hasbennya yang bernama si jimi itu telah menghadiahkan handbag COACH ok COACH! sungguh untung itu pelempuan. winwin bagi apa? huk huk rahhshieeee laaaaa.

akhirnya dapat jumpa encek imman. tapi tido la pulak sampai sudah. dapat tolak stroller dia je. ceh. harees in the other hand, alalalalalalalalaaaaa encemmm shangaatttttsss. dah besar. suara makin nyaring. dia suka makan kurma. geram.

dah abis makan-makan, jimi bawak kakak ngan emmer balik. aku, lis ngan ika cam jalan-jalan la kat parkson sebab ika nak beli foundation. pastu cam tersinggah la kat dorothy perkins. ala nak sangat satu skirt ni. tapi.. emmm.. takpe lah. nanti-nanti kot.

dah nak balik, singgah coffee bean. pastu cam misteri kehilangan passport akhirnya berjaya diselesaikan. maid dia yang curi. dan telah lari entah kemana. nasib la budak-budak kecit tu ada dengan kami. bedebar je.

aku pun balik dalam hujan, tak nampak nya jalan. takot. wiper cam tah pahape jek. jem sikit kat loke yew.

happy 28th birthday elisot-ayem-kentot. jangan lah besedeh. kan dah dapat hensbegs COACH *jeles sampai mati*.

Friday, October 5, 2007

bukan untuk dipaham

tadi ada orang jauh datang rumah. emm.. thanks for everything. kes nombor 1 dah selesai, kes nombor 2 pun begitulah nampaknya.

moral of the story (penting ni), make sure kawan-kawan anda adalah berjenis. dan tau bila masa nak tutup mulut. jangan eksen tak bertempat. dan jangan cari kawan yang sanggup perangkap anda semata-mata kerana ingin jadi hero.

kadang-kadang aku pun wonder sampai bila aku boleh sorok segala benda. keh keh. selagi muat kot :p.



kerana mulut badan binasa.

Bos cuti!

Yeay!

Bos tidak ada di ofis! Hari untuk bersuka-ria. Hahahaha, matilah la aku kalau dia jumpa blog ni.



pssst: cuma nak turunkan entry 'orang tu' je...

Wednesday, October 3, 2007

wink wink

Apa salahnya sekali-sekala kamu memuji dia cantik dan seksi *walaupun hati kamu tak setuju sangat*.

Women are easy to please, okay. Unlike men (that i sometimes wonder, what's in your head laa?).

The best accomplishment that a woman can ever achieve is to be noticed. Senyum ke, eventhough tak kenal. A smile from a stranger can make anyone happy tauuuu!!

Cerita sebenar : Lelaki yang berdiri di depan aku dalam LRT harini adalah sangat WOW! :D

Tuesday, October 2, 2007

one hit wonder

*tengah ada mood nak berkongsi cerita*

Tempat aku bekerja sekarang memerlukan aku menaiki hampir semua jenis public transportation yang ada kat malaysia nih. Memang adventure. Sebab, aku tak payah sesak kepala nak mengharung traffic jam, duit minyak, duit tol.

The best thing about using public transportation is that, aku dapat tengok orang, tengok pokok, tengok bangunan.. hehehe.

Bercakap pasal tengok orang ni kan, hehehe, ada la hari tu. Ada mamat ni naik tren sama dengan aku. Dia tak hensem, seriously speaking, tapi ada sesuatu yang buat aku nak tengok je dia. Hahaha.

Ok, aku actually agak skeptical bila ada kawan-kawan perempuan aku bercerita pasal men's behind. Hahaha. Keep your mind open sebab cerita ini tak ada kene-mengena dengan kegatalan. Men like what they see on women, so sama jelah the other way around.

Orait. Aku honestly tak penah tengok lelaki yang betul-betul ada butt. Alaa.. you know what i mean kan. So this guy punya backside memang seriously bulat dan lentik. At first aku memang nak tergelak. Bukan sebab benda ni kelakar tapi sebab memang ada rupanya lelaki yang backside dia begitu errr.. well, agak montok la.

Macam aku cakap tadi, tidak ada unsur-unsur gatal atau seksual cuma macam terkagum sampai mata ni asyik nak tengok kat situ je sampai la mamat tu turun.

Now i know why women like some men's backside. Hahahahaha. If this is too offensive for your reading, sorry. This is just an honest expression since i'm very direct. And a very good observer. Hahahaha jaga-jaga!

Monday, October 1, 2007

My turn. Kasi entry 'org tu' turun ke bawah pula.

Tak ada apa-apa sebenarnya sebab diorang dah cerita. Tak kan nak cerita yang sama plak. Huhuhu, tapi aku akui Lin. Memang mamat tu jeles lah. Tak senang kita-kita nak dating. Asyik dia je nak berkepit. Huahuahuahua...

Opsss... matilah kang Awin kasi tau boss dia. Ish... Awin, dendiam tau!

Tu je. Tak ada apa-apa. Saje je.

Boleh tak?

Sunday, September 30, 2007

0

hahahahahahahaha bosannnn sangat!!!!!


bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan


yeay esok keje.

i don't know what i'm doing. siyes bosan gila. i should have gone somewhere. eeeee. sorry guys.

itu adanya ;)

kebosanan yang agak melampau. tak productive betul.

semalam, aku berjalan-jalan di klcc dengan senyuman paling manis. ha ha ha. sebenarnya, aku bangga sebab kebanyakan orang yang lalu-lalang akan tengok kasut aku lebih daripada 5 saat. worth every penny. kih kih. saja je aku test pakai. nak tengok kaki aku boleh handle kasut bertumit 1.5 inci tak :p

so, kasut dah pass the test. tinggal nak cari dress. excited sangat. tak kisah la kalau orang cakap aku tak cantik, janji diri sendiri yang rasa puas dan seksi. aku bukan buat untuk orang lain. more like self-satisfaction.

gaji bulan ni aku simpan untuk bulan depan. aku punya turn pulak nak shopping. i'm re-vamping myself.

Saturday, September 29, 2007

since ader org bising tak berupdate n dia claim asyik n3 dia je kt atas so aku kasi trun n3 dia...

as mention prev n3, kami melayan movie gay-ish....just becoz adam sandler punya psl.
it is hilarious. Zillion thanks to our sponsor of the day. really appreciate la korang tetibe penin n nak join... eventho kejap je coz ader org sudah jeles his gf detin ngan orang lain (same je cam kekasih separuh masa nye suke sgt jeles [mati kene telan aku nieh!!!] hahahahahah)

my fav quote
" Nice guy are hard to find, either they are gay or married"... aiyoooo

soooooo, I guest 'pembaziran' akan masih berterusan.... dunno till when...huhuhuhuhuhuhu

chuckie n larryie - boleh?

"i now pronounce you chuck & larry". Mati kering kitorang bergelak dalam wayang tengok citer tu. hahaha. Gay-ish sangat. Tapi siyes memang lawak sampai suka-suki kami je nak gelak cam syaiitonnnnnnirraaajimmmmm.. hahahaha. That's why aku saaaayaaangggg Adam Sandler muah muah :*

But trust me, elok la korang *especially guys* tengok citer tu lepas ber-Maghrib. Hahahaha. Takot terbatal je pose kang *lalalalala siol-siol*.

terima kaseh kepada pengsponsor tiket, cik eisya. dah setahun lebih tak tengok wayang aku ni.

lin sopping. jelesnye. beli perfume miracle lah, beli bedak loreal lah, beli dunkin donut lagi.. isk isk. tenks la u ols.

Wednesday, September 26, 2007

long winding road

Always a 'first time' for everything kan?

When 'second time' follows, it's time to lock yourself in a think-tank. Kaji-kaji lah semula hidup anda.


*pesanan untuk diri sendiri*

Tuesday, September 18, 2007

tenkiu yang agak lewat

Thank you to Lin & Sya for the yummy cuppies and the seperais at the office. Nampaknya cerita aku berlinangan air mata ada di mana-mana yehhhhh :p cubit korang kang.

26 tu umur jasad je. Hakikatnya semua orang nak mudakan aku. What to do.. ahakssss.



Psstt.. ada 6 biji lagi dalam peti ais. Sayang nak makan siot.

Skin baru...

Ok. Done. :D

Ok ke?
Kalau tak ok, nanti tukar lagi.
Sama-sama kita memberi komen ye...

Hmm, tapi...
Aku rasa macam...
tak ok je...
:(

p/s: aku demam, MC hari ini...

Saturday, September 15, 2007

Tiada bintang
Dapat menenangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Sunday, September 9, 2007

Perempuan ini.....

Current famous song from anuar Zain , lelaki ini.

As I'm not a girl, not yet a women; Listen to that track really trigger my souls, my feeling's. Cair siut each time I heard it. I can feel how lucky any girl or women who get dedication this song together with infinity love from their man. And I wonder when I can deserve to feel that kind of feeling?

On other hand, I also can feel how dispointednya guys feeling if their dedication has been rejected by the person who they love so much.

How pitty.

Surrounding by that kind of guys (apasal eh I hav to face this type of guys?? Some sort like bus stop, they come to me when rain and gone when sunshine), make me feel how lucky all the women yang di sayangi itu. A part of it I feel geram dengan those women who can't see it. And sometimes I feel, I wanna go to them and tell them how lucky they are rather than me. Who the one keep wondering and waiting....

Yerp perempuan ini amat emo each time she knows or facing a guys with broken heart. And she can't face it anymore.........

*Wa nanes okay bile tgk anuar zain perform at anugrah era*


Sunday, September 2, 2007

Menjejak semangat kemerdekaan

Kenyatan mengenai Tugu Negara


Tugu Negara


Panorama menarik di Tugu Negara
(refer to man on the left, heheheh)


Soalan 1: Kalau Tugu Negara di bina untuk memperingati pejuang a.k.a perwira negara, kenapa nama-nama yang tercatat hanyalah nama-nama bangsa asing?

Soalan 2: Merdeka ke kita kalau lain-lain hal yang berkaitan masih lagi berpandukan penjajah?

Sekadar soalan di kala kami bertiga berada di Tugu Negara petang sehari selepas merdeka.

Tuesday, August 28, 2007

secawan kopi pun susah untuk susur masuk dalam 1 balang yang penuh berisi tanah, batu dan segala anasir benda,

inikan nak masukkan sebiji bola bowling?

non ado maknonye.
Lupekan je le.

Thursday, August 23, 2007

Another best song



Dear diary ku ingin cerita kepadamu
Tentang nya yang dulu singgah di hatiku
Sejak itu hidupku jadi bahagia
Karena dia slalu ada di hidupku oh

Tapi kini dia menghilang
Dan tak tau entah (berada) dimana
Diaryku ku merindukannya
Pujaanku engkau ada dimana

Telah habis air mata
Tak sekedar kata2 ku curahkan
Harusnya aku berlari sampai ke ujung dunia
Untuk mencarinya oh

Dear Diary by ratu

Tuesday, August 7, 2007

Confuse

I just did 1 quiz. What kinda of quiz? Naaa, I wont mention it here.

Result as not damn good. In fact the answer I get was complicated and confuse.

So I guest, its really proof that I'm one the hell of confuse person!

No wonder I like to listen to Dilemma (Nelly feat Kelly) or Keliru (ex husband and wife).

Hmmm.... till when I'll be in this serabut things hah?

Monday, August 6, 2007

tahniah UTM

Koir UTM berjaya masuk ke separuh akhir. Congratulations!

Semi-final and final will be held at khuitto, batu pahat on the 25th of august. Good luck to the team. First place is sooo going to be yours *konpiden je aku*.

Don't forget to smile ;)

Friday, August 3, 2007

you are my girls ;)

Memandangkan aku dah okey-okey, aku buang la entri-entri lagu P. Ramlee tu. Sedih sangat lagunya.

Tadi citer la kat lin, cam tengok-tengok gambar kitorang kat Cyberjaya once-upon-a-time tu rasa macam best sangat. Happy moments :)

Oleh itu, i dedicate this song for my girls dengan ucapan, "Bila kita nak test dslr milik kerajaan kat cik eisya tu?". Hek hek hek.




Tuesday, July 31, 2007

baby baby baby

Nak share berita baik dengan korang. Harees dapat adik dah! Nama, aku tak tau sebab bila ditanya pada mereka-mereka yang berkenaan, jawapan yang diterima adalah, "tah la goblin. belum bubuh nama lagi". Ye, aku lah goblin itu.

Tapi aku tak sempat la nak pi tengok derang sebab khabonye dah on the way balik umah mak elisot. Dan dijangka pulang ke shah alam tecinta lepas raya. Mak eh, lamanye ko kat kampung tu kentot!!

Bestnya ada baby baru. Seronok! Suka bau baby.. hehe.

Dan aku membujang sampai Khamis.. yey!!!

Tuesday, July 24, 2007

From Putrajaya to Kota Belud

Hikhikhikhik... Awin, sya bukan setakat tamak lagi... bantai apa je yang derang serve plus fresh orange 5 cups, boleh gitu? Tak tahulah nape. Tapi asal naik burung besi, asyik nak minum je air banyak-banyak. Dah tu, mendarat je burung besi tu, cepat-cepat carik ladies. Hahahah...


Trip to Sabah... AWESOME! Orang Kota Belud (especially)... ramah bah! Tak sabar untuk kembali. Pasar Kraf or lebih di kenali sebagai Pasar Philiphine boleh buat kita rambang mata. Mutiara, batu permata, gelang tangan, rantai leher... macam-macam ada.


Malangnya, tempat tu sempit. Terlalu banyak kedai-kedai di kiri dan kanan yang dibuka sehingga laluan pejalan kaki jadi begitu tidak selesa untuk dilalui beriringan.


Dan tambah tak seronoknya, aku pergi sana cuma untuk sehari. Tak puas berjalan dan mencuci mata dengan pemandangan yang indah dan mengkagumkan. Aku kata pemandangan ye, bukan pintu! (if u guys still remember 'pintu') Hikss...

Sunday, July 15, 2007

ghaib

A year past by. On this date a year ago I cant put any smile at all, not event a fake one.

Biar ghaib mu suatu misteri
Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi
Biar ia bertanda tanya saja
Hati ku dah lama bertitik noktah

Today I did, but it's fake. Yet, no one realize it.

Chorus
Biar, biar lah berlalu
Biar, biar lah begitu
Biar waktu mengubat rindu
Tiada ku mencari sebarang penawar pilu
Biar lah mereka tertanya-tanya
Hati ku dah lama berganti arah

Each time I done that, it will end up with headache. Temp blackout, Alhamdullilah still continue to pump it. Penat!
And I already promise to myself, no more happy-smiling-face-and-be-nice-to-peeps mask to be wear on future.

Thursday, July 12, 2007

malas

waaaa...tulun.
aku rasa malas sangat.
malas sangat yang melampau.

malas aa...
canne nak buat nie?
tak buat aper2 boleh tak?
just layan malas aku je trus.
aci je kan?

aku malas nak pegi kenduri kawen.
kenduri kawen semua org.

tapi kalau aku tak pi kenduri kawen yang satu nie
sure jadik headline punya lah.
mana tidak, aku tak datang kenduri best boyfren aku since kolej
dengan alasan aku malas...
sure ader mulut puaka buat speku kata aku frust dia kawen..
choy!

aaaarrrhhhh!!!
malas!!!

Monday, July 9, 2007

krohh krohhhh snorttttttttt

Sebenarnya kan, aku dah ngantuk gila. Macam ada je potensi nak terlelap depan pc ni. Letih balik kampung haritu tak abis lagi kot. Letih makan. Ahahahahaha..

Seperti biasa, terpaksa la aku menepis secara hebat soalan-soalan berbentuk perjodohan daripada sedara-mara. Pandai aku ngelak. Ehek. Kalau jawab tanak kawin langsung kang, baru tau!

Sapa-sapa yang suka makan, meh aku bawak pegi makan kat Alor Setar. Especially kalau korang minat makan nasi minyak untuk breakfast. Kagum gila aku. Cedaaaaaapp tau. Kat Jitra. Kalau balik kampung aku kat Alor Setar ni memang best. Makcik aku masak macam-macam, 6 meals a day.. hahaha. Abis la korang semua gemot-gemot macam aku!

Banyak sebenarnya kenangan aku kat situ, especially masa form 5. Adeh.

Satu pengajaran penting untuk aku, lain kali bila naik kapal terbang, time steward/stewardess nak serve air, jangan tamak. Mintak milo ais sampai 2 cawan. Lepas tu rasa nak muntah la, pening lah. Susu kan. Pastu plane tu dok golek-golek pulak, mana la aku tak rasa macam nak pitam.

Sya, how's your trip to Sabah lak? Tamak cam awin tak? Hihihihi..

Sunday, July 8, 2007

before september

My horoscope? :(


The Bottom Line
STOP TRYING TO GET SOMEONE TO LIKE YOU. YOU TWO AREN'T COMPATIBLE, AND THAT'S OKAY.

In Detail
You cannot be everyone's best friend OR ANYONE'S GIRLFRIEND I GUESS -- in fact, you can't even expect everyone to like you. So today stop putting so much effort into pleasing someone who clearly cannot be pleased, at least by you. You two are just not compatible, and there's nothing wrong with that. Sometimes, two people just aren't meant to be friends OR TOGETHER. If everyone liked everyone, the world would be a very boring place, so be grateful that you do have the friends you have, and stop worrying about the ones you don't have.


My, my. What are the odds again?

Time for Plan A.

Friday, July 6, 2007


As I quote before from Taurus penawar rindu song, ubat untuk luka bukan semua mujarab it is really2 truly.

This mornin, I saw that some1 is looking at me from distance.

After what happen prev, it's hurts me when I know bout it and I still can't find ubat untuk luka yang mujarab. So pls don't add it more.

I can't see you!
So don't pretend you're there!
And don't try to be like you're there.

Thursday, July 5, 2007

out of line

Lately aku terfikir pasal mereka-mereka yang involve dengan suami orang lain. Sampai termimpi-mimpi malam tadi. I guess it's hard to live bila orang yang disayang sepenuh hati tu turns out to be other woman's husband. I'm ruling out lust here, so kalau suka suami or boyfriend orang lain just disebabkan oleh nafsu, aku memang tak nak amik tau.

Macam mimpi malam tadi la kan. Kawan aku tu baru dapat baby. And suddenly i got involved with him while his wife was busy with their newborn son. Aku tau tu salah but it happened. I had no control. I didn't even say stop. Nauzubillah. Nasib la mimpi je.

Tapikan.. hm.. aku rasa aku pun berpotensi untuk suka kat suami orang kalau aku ni jenis tak boleh nak control diri. Mungkin sebab kredibiliti of the title 'suami' tu kan. However, i wish that aku ni bukan lah perosak rumah tangga orang esok lusa ni ke. Takpe lah kalau kena jadi spinster kan *tanak jugak!*.

Sometimes aku rasa mimpi-mimpi aku lebih menarik tertarik da bomb daripada hidup aku. Macam 1001 stories boleh jadi dalam mimpi aku tu. Macam cerita dongeng pun ye gak.

So, it's not my life that is full of drama. But my dreams are.

Wednesday, July 4, 2007

Ubat Luka bukan semua mujarab

Miss Darwina crazy bout malique and D'essentials + babyface.
For me, I can't get enough with Imran Ajmain.

Ok, not bout it I wanna write here. I've been around and beeing bz with my new chapter of life. Really enjoy it (so far), yet something bothering me.
I can say no infront of others. Not to myself. Susahkan, when we miss someone who didn't know or care bout it.
I've been wondering till now why on earth that person entering my world and end up in my dislike list.
I guest the best way to make my dislike list short is to close my world.

Well, here some of Imran Ajmain.
Taurus Penawar Rindu

Aku lahir bulan April, jatuh hati sejak kecil
Katanya ciri ku memang degil, ini hasil katamu ku tukil
Biar pun apa yang patah ku buat apa yang harus
Jika dia yang bertanya bintangku Taurus

Aku tidak kan lupa padamu
Kenapa selalu semangatku
Aku praktik, penuh emosi, teguh, sabar, tekun, berdikari

Mana bisa diam diri, diam diam ubi berisi

Biar pun apa yang patah ku buat apa yang harus
Jika yang sesat bertanya ku saran jalan terus
Aku tidak kan lupa padamu

Kenapa selalu semangatku
Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya

Didikkan dari kecil erti dewasa
Ada liku-liku dan ada tanggungjawab
Ubat untuk luka bukan semua mujarab

Jangan kau termenung zaman sudah berubah
Waktu kau bermurung orang dah ke angkasa
Hidup ada yang manis gigit sudah yang pahit
Jangan kau harapkan kata bintang di langit
Aku tidak kan lupa padamu

Kenapa selalu semangatku

Sayang kepadamu, Dayang cintakanku, hahaha...Jadi, apakah bintangmu?

Monday, July 2, 2007

mad sexy cool

This guy always know the exact words to say to a woman. No wonder women all over the world are crazy about him, even though dia tak hensem pun. Yang penting skill berkata-kata dan memuji perempuan.. ahaks.

Nah, a good song to woo your girlfriend. Konfem cair.



You don't ever bring no drama to the game
And my drama don't be scaring you away
You don't ever talk to much, exactly just enough
You know how and when and where and what to say

It ain't like i gotta tell you your so fine (your so fine)
You been gettin compliments since you was nine (damn)
It's like you're perfect
A diamond in the rough
I know you give me nothin else but love (love)

You are such a mad sexy cool girl
How does someone turn into you girl
How do you explain
What you do, what you say, how you be, how you play, how you love everyday
How you're constantly the same
How you give, never hate and you dont 'ever change
Be consistently that way
You're a mad sexy cool girl and i love you that way

You be ruling with a certain shade of cool (shade of cool)
I don't know nobody half as fresh as you
I be checkin your behavior
Oh baby you got so much flavor
Sometimes i wanna call you juicy fruit (juicy)

It ain't like i gotta tell you you're a star (you're a star)
You be shining and be sparkling in the dark
Girl you so perfect
You're my diamond in the rough
I know you give me nothin else but love

You are such a mad sexy cool girl
How does someone turn into you girl
How do you explain
What you do, what you say, how you be, how you play, how you love everyday
How you're constantly the same
How you give, never hate
And you don't ever change
Be consistently that way
You're a mad sexy cool girl and i love you the same

(baby) how does someone
So beautiful, so approachable
And so adorable
(baby) guess you're kinda wonderful
My dream come true

You are such a mad sexy cool girl
How does someone turn into you girl
How do you explain
What you do, what you say, how you be, how you play, how you love everyday
How you're constantly the same
How you give, never hate
And you don't ever change
Be consistently that way
You're a mad sexy cool girl and i love you the same



*ok aku dah pengsan. tanak bangun pliss*

Sunday, July 1, 2007

i.f.i.l.w.y.b.i.g.y.n.k.



Sendirianku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan tiada rela

Diabadikan bunga merah
Menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan tiada tara

Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu kedengaran suaramu
Kini hilang dari pandangan jernih berkaca
Sayu.. suaramu..

Kembalilah kekasih kembali segera
Hilangkan kerinduan yang masih melanda

Kudambakan bisikan asmara kasihmu penuh makna
Ku yakin bunga cinta pasti mekar semula..


untuk mereka. yang terpisah tanpa rela.

Wednesday, June 27, 2007

cita-cita no 2

I miss being blonde. And aku tak pedulik la apa orang nak cakap sebab masa tu aku HAPPY okeh, HAPPY.

Now, rambut dah pendek, dah kerinting. Memang nak biar kerinting sampai panjang. Which is bila la nak panjang ni kan. Pastu aku nak blonde balik lah. Yey!

Thursday, June 21, 2007

tulunnnnnnnnngggggg

Aku ada satu cita-cita yang agak best. Hehehe.
Bagi aku nyanyi lagu ni dengan Maliq & D'essentials plissss!!!!!





Suatu masa

Tanpa terasa sesingkat itu kisah ku dengan dirimu
Kita berdua….tak sanggup untuk menahan rasa

Aku pun sadari ini hanyalah sebuah kisah semu yang sesaat
Meski yang kurasa begitu dalam, hasrat terbawa ohh…

Begitu indah dunia andai cerita tercipta untuk selamanya..
Jadikan yang lalu kenangan yang selalu di hati..

Berjuta rasa hangat suasana mesra di malam itu
Meski sekilas pertemuan yang terjadi

Aku pun sadari di lain hati masih ada miliki dirimu
Meski yang ku mau esok kan masih bersamamu

Jika ada satu masa untuk kita kembali mengulang sekali lagi
Jika ada satu cara masih getar itu sama/ada


Bila lah Maliq & D'essentials nak datang malaysia nih?? Aku orang first tecangak kat depan diorang. Ahaks :p

Monday, June 11, 2007

bakal engineer tanpa sijil

Aku cuma nak tulis yang err..

Hehe.

Walaupun aku tak suka engineering, tapi aku seronok jadi engineer :p



Muka aku ada masuk tv tak??? Hahahaha.

Thursday, June 7, 2007

Betul-betul kerja...

Oitt... oitt...
Nak bersin tutup mulut eh! Virus. Hehehe...
Bukan tak ada cerita yang nak dikongsi. Cuma malas je nak menaip. Kalaulah blog ni boleh rekod je suara, tak payah nak menaip kan bagus. Boleh le incik Esbradz tu dengar lagu rakan cop yang di mintanya. Hahahaha...
Eh, dah melalut dah.
Sebenarnya aku nak bitau satu perkara. Aku sekarang dah jadi warga gomen. Seronok tau kerja aku ni. Berjalan sakan. Satu Malaysia aku pusing. Nasib baiklah Malaysia ni ada 13 buah negeri dan 3 buah Wilayah Persekutuan je. Kalaulah ada lebih, mesti tak cukup setahun aku nak meronda daerah-daerah yang ada kat negeri masing-masing tu.
Tapi sekarang ni, aku dah mengantuk sebab tak ada kerja...

Friday, June 1, 2007

Hacccuuumm!!!!

Pergh bersawang. Emangnya mau di update tapi semuanya kami ke sibukkan dengan jadual hidup masing-masing. Lantas, ia tebiar gitu saja. Maapin ya.

Hari ini aku rasa aku yang baru.
Sebabnya aku berjaya keluar.
Keluar dari kepompong aku.
Berani gamble.
Berani melangkah besar.

Wish me all the best!

Thursday, May 10, 2007

P-E-N-A-T

Aku seperti tidak punya kehidupan lain selain kerja-kerja-kerja-kerja-kerja.

Penat. Nak tidur.

Sekian.

Wednesday, May 9, 2007

P for PINK?




Soon.
Very Soon.

Friday, April 27, 2007

Sesuatu...

Seringkali kita mengharap sesuatu yang tiada tapi sebenarnya wujud di hadapan mata, meminta sesuatu yang tidak terlihat tapi terlukis di semua ruang nyata, mencari sesuatu yang ada tetapi hilang terabai...
Berhenti. Lihat sekeliling. Tutup mata. Dengar suara hati.

Wednesday, April 18, 2007

Projek KisahRahsia

Projek blog Kisah-Rahsia ini merupakan satu projek sukarela. Ianya terbit di atas rasa empati kepada mereka-mereka yang bermasalah tetapi tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk meluahkannya dan mendapat pandangan yang bersesuaian. Pengunjung boleh memberikan pandangan mereka ke atas kiriman poskad yang di pamerkan di blog http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com melalui [contact me] atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com.

Anda di jemput menghasilkan dan berkongsi rahsia anda kepada Kisah-Rahsia tanpa perlu memperkenalkan diri. Setiap kisah / rahsia / cerita anda boleh berkisarkan harapan, kekecewaan, pengalaman kelakar, fantasi, kepercayaan, trauma, pengkhianatan, pengakuan, kemahuan, kisah lampau masa kecil dan pelbagai lagi. Luahkan segala yang anda inginkan di atas sekeping poskad asalkan ianya benar dan belum pernah di siarkan di mana-mana laman web, suratkhabar, buku dan lain-lain.

Rekaan poskad anda mestilah bersaiz 4 inci x 6 inci dan boleh dihantar melalui saluran [contact me] di bawah tajuk KONGSI KISAH KAMU di http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com. Anda juga boleh menghantar lebih dari satu poskad / hasil kerja.

Tips:
  • Gunakan ayat yang ringkas – lebih ringkas lebih baik.
  • Gunakan cetakaan huruf yang besar, jelas dan gelap pada perkataan yang ingin di tekankan.
  • Gunakan kreativiti – Ingatlah bahawa gambar pada poskad adalah kanvas anda untuk meluahkan segala rasa.
  • Gunakan bahasa yang difahami - Inggeris, Cina, Tamil (sediakan terjemahan dlm bahasa Malaysia) dan Malaysia.

Contoh: Sila klik LINK INI untuk lihat contoh


Notis:
Dengan menghantar maklumat kepada Kisah-Rahsia anda kepada kami bermakna anda telah menyerahkan hak cipta kepada pihak kami untuk menggunakan kisah-kisah anda untuk di cetak (sekali atau ulangan), di ubahsuai, di edarkan dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak memberikan kami hak-hak di atas, adalah di nasihatkan agar anda tidak langsung cuba menghantar hasil-hasil kisah / rahsia / cerita anda kepada kami. Pihak Kisah-Rahsia juga berhak untuk memilih, mengubahsuai and menukar susunan yang di buat pada ketika ianya di siarkan atau pada bila-bila masa di perlukan.

Segala hasil yang di serahkan kepada pihak Kisah-Rahsia boleh di gunakan semula atas apa jua tujuan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari pihak Kisah-Rahsia. Namun satu rujukan link perlu dibuat pada hasil tersebut yang merujuk kepada pihak Kisah-Rahsia.

Nama atau identiti atau butiran diri pengirim tidak akan di dedahkan tanpa kebenaran bertulis dari pengirim itu sendiri.

Sekian. Terima kasih.



p.s.: mohon kepada anda semua yang membaca menyebarkan maklumat ini. kerjasama anda semua di dahului dengan ucapan terima kasih.


Wednesday, April 11, 2007

blabbering

Ye memang summer sangat sekarang. Hujan pun turun sikit-sikit. Saja nak test market kot.

Aku ni sepatutnya dah lena diulit intan tapi entah pesal mata ni takmo katup-katup gak. Dah la kena bangun awal. Pastu mula la esok aku pening sebab tak cukup tido. Haishh..

Tadi around 8 ++ p.m. aku ada la sms no. kawan si MRQ. Tapi macam terkonfius. Terus aku pun macam ah biar jelahhh! So Mr. MRQ kalau you terbaca la blog ni kan, errr what happened eh? Ingat nak ajak you keluar lepak berkopi-kopian seperti yang telah i janjikan. Hehehe. Please get back to me a.s.a.p yer.

Kena pergi Loyat. Nak cari barang. Penting nih. Aku macam dah takleh bernafas selagi tak dapat mende alah tu. Kronik dah ha :p

Tau tak, instead of losing weight, i gain weight secara hebat? Something wrong somewhere. Kat mana aku boleh beli tali skipping ah? Hopefully, esok semua persoalan akan terjawab. Eceh. Yelah, kalau problem berjaya di-fix, aku akan dapat kurangkan berat badan secara normal. Insya-Allah.. aminnn..

Saya takut untuk esok :(

Sunday, April 8, 2007

Entry Tertunda

Psst... Irma, aku harap kau tak marah!


"Yes, I found my frog prince! Sadly, he's dummy..."

Thursday, April 5, 2007

brengset

Pertama sekali, ada orang telah mewujudkan konflik untuk aku. Aku kena pilih antara 2 yang mana kalau boleh 2-2 pun aku tak nak, tapi terpaksa pilih satu. Oleh itu, dengan brengsetnya aku membuat keputusan untuk tidak mau berfikir apa-apa. Malas nak layan.

Kedua, eh helo? Apsal semua hilang ni? Layan blues kah? Pelik aku. Tapi takpe, take your time. Aku pun haritu hilang jugak.. hehehe.

Yang ketiganya, emm, aku dapat sms lin, aku dah reply, so apa kata putusnya nih? Sabtu memang tak boleh, aku ada commitment lain. Jumaat is the best. Tak kisah la tengah malam pun takpe sebab big boss dan orang kuatnya takde rumah. So??

Eh, aku dah bagitau korang ke belum yang kepala aku dah botak?? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahaha. Brengset kan?

Dan yang terakhir sekali kan, aku nak tanya la. Betulke ada mamat hensem kat Timberland OU? Hak hakkkkkkkkkkk :p

* Jogging = 180 calories.
Aerobic = 174 calories.
Stair climbing = 163 calories.
Swimming = 160 calories.
Tennis = 146 calories.
Cycling = 118 calories.
Sex = 114 calories.
At the gym = 101 calories.
Walking = 90 calories.
Dance = 91 calories.

*sumber dipetik dari blog Kak Amyz. Teka mana satu favourite aku... ngiahahahahaha

Wednesday, April 4, 2007

-

Mana korang ni?

Hello? Hello?? Main semunyi-semunyi ehhh??? :p

Monday, March 26, 2007

For Lin & Sya

Sorry for not being able to be with u girls last Saturday.
Sorry for tiba-tiba nak teberak.
Sorry sebab tak ajak masuk.

S.O.R.R.Y. for all i've said and done :(

*-*-*

If i stayed in UTM, would things be much more better than what it is now?
Sometimes i just hate the fact that i have made WRONG decisions most of the time and feel like crap afterwards. Kan? Aku selalu menyimpangkan diri sendiri dari perkara yang terbaik dalam hidup, lepas tu menyesal, then buat lagi the same mistake.

I have a feeling that i will be married to the wrong guy. Hahaha biol.

Friday, March 23, 2007

Garis Halus * full*

Ada garis halus antara dua.
Antara suratan atau kebetulan
Antara kasih dan sayang (Aku tak nak masukkan CINTA sebab ia maha ulung pada persepsi aku)
Antara care dan concern.
Antara ingin tahu kerna care dan ingin tahu kerna kepoci.

Ada garis halus antasa dua.
Dalam satu rumpun rasa ada garis halus sebagai sempadan pada dua wilayah yang berbeda.
Nyatakan garis halus itu untuk aku senang meletakkan diri di salah satu wilayah yang berbeda itu. Antara wilayah member dan special one.
Agar satu rumpun rasa sayang itu aku tidak hilang lagi percaya padanya serta buangnya terus dari hati diri ini.


orang yang paling kita sayang itulah
yang paling susah untuk disayangi…

Wednesday, March 21, 2007

Renungkan...

Kamu masih percaya dengan kewujudan Allah Yang Maha Esa?

Jadi percayalah, Allah itu masih, tetap dan sentiasa Maha Pengasih akan hamba-hambaNya...


Thursday, March 1, 2007

Good Luck & All the Best!

Selamat menempuhi alam pekerjaan.
Chai-yok, chai-yok!


Wednesday, February 28, 2007

Welcome

With wide open arm.
To wish.
All the best!

For the Gurl.
Who gonna step in.
To working class world.


Oh last wish.
Hopefully U wont face a crap working enviromet like...
Me!
:)

Tuesday, February 27, 2007

Current Condition

Flu + Cough + High Temperature = Sleeping... Sleeping... Sleeping... & more Sleeping!


Anybody wants to bring food? :D


"I prefer lasagna..." - Garfield-



Psst... mungkin sebab banyak sangat ketawa hari minggu yang lalu.

Sunday, February 25, 2007

doa

Cerita pendek jelah ye.
  1. Kawan aku masuk ICU. Setakat ni aku belum tau lagi apsal. Tengah tunggu news dari kawan-kawan dia.
  2. Hari ni hujan sangat lebat. Aku perasan kalau ada benda buruk jadi mesti akan ada hujan. Tapi hujan tu rahmat. So sama-sama lah kita doakan yang kawan aku tu takde apa-apa.
Tu je kot.

Wednesday, February 21, 2007

kisah keyboard

Dulu, aku ada satu hobi. Masa tu aku masih kat sekolah rendah lagi la. Hari-hari aku tengok ayah aku main keyboard ke organ entah *sampai sekarang aku takleh nak differenciate dedua tu*. Biasanya time dia start jadi Mozart, aku berdiri kat sebelah or aku nyanyi or aku berjoget *entertainer wannabe kan*. So sejak tu aku pun nak jadik err.. emm.. cam sapa ek yang pandai main piano time tu? Oh. Stevie Wonder :D

Hehehe aku main, main, main sampai aku rasa macam dah cukup terer la *padahal the only songs yang aku bleh main adalah lagu polis, lagu 'i just call.. to sayyy.. i loveeee youuuuuu' dan juge lagu cam tah pahape yang aku main belasa jelah tekan kan*.

Mai adik-adik aku, huh, jahanam la keyboard/organ tu haa. Sedih aku. Pastu aku cam buat ayah aku janji yang dia kena belikan yang baru. Hahahaha tau tak berapa tahun aku tunggu baru dapat?? Rasanya macam 15 tahun kot. Bila dah dapat, dah ada depan mata, cam tak sentuh sangat pun.. eeee.

Oleh itu, esok aku nak try main balik ah.


Mariah Carey wannabe hak hakkk

Monday, February 19, 2007

3 minah ngantuk

3 minah ngantuk kata tak lapar sangat konon-konon nak beli snek buat kunyah sambil borak.
Alih-alih pegi Mc D, beef foldover prosperity 1 set + Chicken Mc Nugget Large set.

3 minah ngantuk lepas kenduri tengah-tengah panas ada hati nak ber foto gediks.
Alih-alih duduk dekat RASA, Alamanda dekat setengah jam layan mengantuk masing-masing.

3 minah ngantuk
balik rumah qada tidor sampai lebam!

Itu citer semalam. Ini siaran tertunggak.

Sunday, February 18, 2007

Slumber party

Wah, wah, wah mek... kutuk kitorang eh? Kitorang dah bangunlah cuma malas nak buka pintu je. Yelah, ada orang tu, ye-ye je kira baper jam dia dapat tido. Konon-konon sampai kul 10 pagi, tapi alih-alih kul 8 macam dah sedar diri kan... Hehehehe...

Slumber party kat rumah Awin betul-betul slumber kitorang je. Gelak macam orang gila pukul 3 pagi. Nasib baik jiran Awin banyak tak der kat rumah or maybe diorang tidur mati hingga tak sedar yang kitorang gelak macam hantu :D

Ada sessi 'you scratch my leg, I scrath yours!' Hehehehe... sedap ek mek kena urut refleksologi? Next time kita buat lagi eh? Bila zaman lah pulak tu... Tunggu masing-masing kerja n kita duduk serumah lah ye? Berangan kan free... :P

Sepanjang malam (pagi kot), aku tidur sebelah orang yang berselubung satu badan dengan selimut. Nasib baiklah bukan selimut putih or kain batik. Ngeri siott... Hikss, sorry eh mek :P

Oklah... sakit perut nih... Panggilan alam! daaaaaaaa.....




post-mortem kenduri kot nih

Di saat aku menaip ayat ini, lin dengan sya still tido kot.. hahaha.. ye-ye je nak bangun pukul 8 la bagai :P

Diorang sleep over kat sini sebab tengahari karang ada kenduri kahwin kawan-kawan diorang kat BTR. Pastu aku pun cam kena angkut jugak la.. pakej nih. Hihihihi.. semalam lepas makan mcd dan sembang-sembang, dan jugak sesi urutan kaki yang di-sponsor oleh sya *best gile!*, dalam 4 a.m. baru memasing masuk tido.

Malam tadi punya wedding reception macam ok, but not quite as what me & lin expected. Dah la sampai ngam-ngam time semua baru nak start makan, lepas je abis makan pengantin turun salam-salam pastu dah. Abis. Pastu aku dengan lim cam "aikkkkk??! Dah abis ehhh".. hihihihi. Makan sedap jugak tapi tangan aku abis kuning sebab semua kena makan pakai tangan dan lagi pulak tau jelaaa makanan berempah-rempah ni kan.. pastu cam dapat laddoo. Semua bagi aku. Hahahaha sebab aku suka! :P

Laddoo tu apa? Donat laa.. ehehe tak, acah je. Laddoo tu manisan yg bulat-bulat yang orang india selalu makan tu. Kawan aku yang kawin semalam tu india muslim, so macam 90% guests semalam memang bangsa tu la.

Bebudak UTM yang ada semalam tak ramai yang aku kenal. Semeja dengan lizard, zam, areen & pipi. Nasib lin ada teman. Budak-budak lain semua citer pasal betunang, kawin dan anak-anak *sadissss hahahaha*. Tetiba lin cam dapat call.. oo si penjejak minda pun ada rupanya! Tak sangka aku huhuhuhuhu.

Semua comel-comel. Aku je yang cam tak. Tapi nasib la tak sorang pun yang tanya aku pasal HWD. Bagusss hehehehe. Shadappp yu ol :D

Eh eh cerita penting lupa plak nak letak sini. Semalam on the way nak pi amik lin kat rumah dia, time tu aku tengah sembang dengan areen. Tiba-tiba aku dengar bunyi cam kene tembak yang sangat kuat dan cermin depan kancil aku tu retak seribu sejuta!!! Waaaaaa aku tediam la jugak dalam 5-10 saat. Pastu aku tengok areen cam ok, aku pun ok kot. Ada la sesikit kaca yang kecik-kecik halus-halus tu cam tekena kitorang. Sian areen. Aku dah la pakai suar pendek tapi nasib tade kaca yang telekat la. Misteri gila. Tade batu, tade keta kat depan, tetiba je pecah. Pecah dari dalam pulak tu. Memang tokojuit la den! Tapi cam sedikit bangga sebab aku tak panik dan terus melelong time drive tu :D

Memang memula tu aku ingat kena tembak dah *tatottt!!!*.

So ok lah kot. Aku punya kronologi cerita abis semua beterabur dah haaa.. hehehehe. Later.

Wednesday, February 14, 2007

hahaha marey mareeeyyyyy

Hahaha harini gua nak konker ini blog! Hari ni je okeh :*

Ok, aku dah dapat 'date' untuk Sabtu ni, thanks lin :*. Aku harap lin datang besiap kat rumah aku jela senang. Nanti boleh terus pegi je. Aku dah tak boleh singgah-singgah nanti abis rambut berlian aku runtuh pulak kang.. ahahaha. Mekap pun kang cam cair je apa kes. Tak sempat nak melaram kat dewan tu pulak :P

Wey sya, mai la tido umah awin nak malam tu? Mung tade orang kat rumah. Hik hik hik. Jom slumber party jomm!!

Semalam cam nervous, hari ni tah nape excited plak ha. Cam busuk je kan.. ahaks. Pastu cam yeyeye lin pun pakai biru jugak.. elok ar tu. Aku nak pakai selendang ni.. hahaha beriya tak kaedahnya? Ah lantak! It's going to MY DAY *walapun yang kawin tu orang lain sebenarnya*. Suka hati aku la kan.. parrrapppaaraaapppaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! :*:*:*:*:*

penang

Ok la. Ekceli kan aku frust sebab tak dapat pegi Penang. Tapi aku cam tamau la tanya mak aku kan dah dia pun cam tak cakap apa-apa, so baik aku lupakan saja angan-angan nak pegi sana. Aku ni setakat Penang pun nak emo sebab tak dapat pegi.. hahaha. Entah. Aku suka Penang. Or aku tunggu apa ya di Penang?? Hmm..

Kita boleh rindu kat sapa-sapa pun kan? Ok. Aku rindu kat yin kot. Selalunya dia cam ala-ala comforter aku laa.. hahaha hangat je gitu! :P

Berbalik kepada Penang. Apsal mak aku tanak ajak aku pi sekali eh? Aku cam laparrr nasik kandar line clear, lapar cendol, lapaar apa lagi eh isk. Tah, aku nak gi Penang sebenarnya!! Waaaa!! :((

Jom Lin, Sya, Ima.. kita pi Penang jom?? Waaaa!! Kita smuggle masuk dalam keta sapa-sapa la nak?? Waaaaaa!!

Tuesday, February 13, 2007

nasib baik?

Aku rasa tahun ni mungkin nasib untuk anak sulung dan anak bongsu bertambah baik. Memandangkan tahun lepas merupakan tahun yang tidak bertuah untuk anak sulung dan anak bongsu, especially yang perempuan.

Tiba-tiba je aku rasa macam masing-masing ada good news untuk di kongsi. Yang seorang tu dah tentunya pasal kerja. Congrats ye awak. Semoga berjaya menjadi pekerja cemerlang, gemilang, terbilang! Saya rasa mesti budak-budak opis awak tu mati keras perut sebab gelak je tengok muka awak yang penuh ekspresi tu! ;)

Yang lagi sorang tu pulak, aku rasa lately ni dah jadi 'hopeless romantic'. Macam terdengar-dengar pula lagu dangdut "Memori Daun Pisang" yang dah ditukar lirik, "Memori Berkongsi Payung"!
Hahaha, mati aku dikerjakan budak seorang tu.

Aku pula? Kehkehkehkeh... Aku rasa macam aku dah bertambah pandai menjawab soalan statistik pula *Alhamdulillah*. Adeh! Padahal lepas jawab test hari tu aku rasa cam nak terjun tasik UPM, tak nak naik-naik dah. Rasanya tak pernah aku dapat B+ untuk subjek math. apatah lagi menghampiri A sejak masuk form 4. Selalunya, sipi-sipi je lagi... sipi-sipi nak fail! :P

Markah subjek lain? Hehehe.. tak tahu ler apa citer. Aku risau dengan subjek Nutrition je ni! Masalah negara juga ni. Kalau stat. aku rasa macam nak terjun tasik UPM, subjek Nutrition ni pula, aku rasa macam nak terjun dalam Tasik Putrajaya dari jambatan Seri Wawasan tu hah...

*Ish, bilalah aku nak kerja ni?*



Monday, February 12, 2007

nasib II

Sahabat yang bercerita pasal angan-angan.
Sahabat yang bercerita pasal awan-awan.

Aku nak cerita apa pulak eh?
Oh. Aku nak cerita pasal nasib. Pasal orang-orang yang streotype. Pasal orang-orang yang buat aku rasa macam nak jentik buang daripada bahu aku.

Sebenar-benarnya, aku pun belum yakin sangat sama ada nasib aku ini berubah ke arah kebaikan ataupun sebaliknya. Aku tak sepeka nujum cik belalang, yang boleh merasakan sesuatu tanpa perlu diberitahu. Tapi aku setuju sangat dengan pemikiran dia; yang angan-angan itu adalah suatu yang percuma dan indah. Kita boleh merancang suatu perancangan terbaik untuk hari-hari yang mendatang, tapi yang menentukannya bukankah Allah s.w.t?

Ya, aku sedang merancang sisa-sisa hidup yang ada. Aku pun bukannya makin muda kan. Dah boleh aku bayangkan yang permulaan jalan hidup kali ini akan menjadi sangat sukar. Dan aku mungkin akan menyerah sekali-sekala, memberontak dalam diam, tapi aku tau.. Allah akan bersama orang-orang yang sabar, Insya-Allah :)

Pasal stereotype.

Aku dari dulu lagi dah jelik dengan orang-orang macam ni. Jadi kenapa aku harus mempedulikan mereka? Lebih baik aku bayangkan perjalanan hidup aku daripada membuang masa berfikir tentang apa yang mereka fikirkan pasal aku. Kan?

Siapa lah yang aku nak jentik sangat tu?
Hehehe. Itu kita tunggu dan lihat :P

Aku dah ada cita-cita. Cita-cita yang dulu pernah aku fikirkan, tapi tersasar dek 'kehebatan' orang-orang di Kementerian Pelajaran barangkali? Aku akan sampai di situ. Nanti. Tengok lah :)

Sunday, February 11, 2007

Awan...

Aku pandang ke langit.
Biru.
Damai.

Ada awan putih.
Pelbagai bentuk.
Cantik.


----------

nasib baiklah aku tak alami sindrom 'awan berkata-kata' :D ;>

Friday, February 9, 2007

nasib

Mungkin nasib dah berubah?

Insya-Allah :)

Tuesday, February 6, 2007

Angan-angan

Berangan memang best.
Berangan memang seronok.
Memang asyik.

Aku suka berangan.
Angan aku kadang-kadang lepas langit ke 7.

Tapi entah kenapa kalau orang lain berangan.
Aku akan gelak besar dan geleng kepala.
Dan ada masa aku akan marah dalam tawa.

"Berangan tak ingat dunia betul la!"
Angan-angan boleh terbitkan harapan.
Boleh terbitkan cita-cita dan impian.

Aku berangan. Masih. Walaupun aku tau jika angan ku ini aku jatuh dari langit ke 7 pastinya aku akan sakit. Tapi aku masih setia berangan.

Nak buat macam mana, ia benda free yang menyasyikkan, kan?!

Sunday, February 4, 2007

preview @ Titiwangsa

Ini adalah entry prewiew/post-mortem party Eisya & kak Amyz tadi. Ngehehe.. sebab lepas ni nak gi makan chicken chop dulu :P


Kita-kita aje

the birthday girls

the darth vader?

the kanak-kanak punat

iklan digi: "heloooo??"


Once Upon A Time...

there are 4 lovely princess and a charming prince, having great time together at Tasik Titiwangsa... :D *sambunglah sendiri!*

--------------------------------------

Korang, I LOVE YOU ALL!

Party gila korang memang gila. Nasib baiklah tak der budak kecik yang datang ngaku besday dia. Kalau tak, harus kena sambut sekali! :D

Cik D and cik L, you guys the best party organizer!

Kak Amyz, harapnya janganlah serik bersama thediv4s ye... Posing maut kita hari ni kan. Ala-ala ratu belon gitew. Eh lupa, siap ada parti bubble kan, kan, kan... Hahaha.

Dale :D thanks for coming & memeriahkan majlis. Terharu sangat sebab demam-demam pun sudi datang join kitorang!

Saturday, February 3, 2007

pesanan untuk diri sendiri

Nasib kita tak selalunya berbintang berbulan bermatahari.

Allah takan mengubah nasib hamba-hambaNya, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. Ingat win, jangan give-up, jangan kalah, buat apa saja selagi terdaya. Kita tak hidup beratus-ratus tahun. Kita hidup untuk apa yang perlu sahaja.

Biar lah mulut sapa-sapa pun nak cakap apa-apa. Orang yang selalu bersabar mesti untung. Orang lain takan faham apa yang kita rasa melainkan dia sendiri pun mengalami benda yang sama. So pedulikan la semua tu!

Sedang menggapai kearah perkara paling penting dalam hidup saya sekarang ini!

Friday, February 2, 2007

Sya's birthday parteeeyyyyyy

~ eh eh ni cik aysiah ke? ~


Sebagai Project Manager, merangkap CEO tak rasmi, dengan ini saya mewakili diva-diva termereng ingin menjemput anda-anda yang mengenali sahabat kami, NUR AYSIAH ke sambutan harijadi beliau yang ala-ala diva pada Ahad ini, bersamaan dengan 4hb Februari 2007, jam 10 pagi, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Lokasi yang setepat-tepatnya akan di-update kemudian okeh!

Konfirmkan kehadiran kamu-kamu sekalian dengan meng-YM saya: d v v y i n a @ y a h o o . c o m atau meng-sms aja dong kalau tau nomornya yaaaah! Lagi bagus kalau dapat konpem hari ni.

Datang bawak perut, happy face, dan semangat kekanak-kanakkan korang. Ni tader sedey-sedey, happy-happy je ok! Aku dan lin akan try to organize garden party paling happening divassss laa konon!

p/s: putra or putri lilin, bawak la payung. kang cair kang!

p/p/s: eh pakai kaler-kaler ceria eh! mekaseh!

bulan mengambang...

Thursday, February 1, 2007

bulan penuh kan

Petama-tama kali, sebagai seorang insan yang serba kekurangan, sorry la lin yer, sebab bila nampak lembu-lembu segar kat padang UPM tu, aku boleh la pulak macam, "Eh kudaaaa!!".

Aku kan naif *hak hak ptuih!*

Yang keduanya, sorry la pulak kat cik Aysiah sebab buat dia tertunggu-tunggu. Bukan apa, bak kata lin la kan, rescue bot kat JB tu lama sangat nak sampainya. Ahaks! Kami mangsa keadaan! Sob.. sob.. sob..

Ketiganya pula, mintak maaf lah kepada cik-cik lin dan sya, dan jugak encik wira, sebab terpaksa menahan karenah seorang 'pelabur tegar' *mata cam kuar duit, ting ting ting*. Siyes wehhhh, aku tak penah se-desperate cam tadi tu! Tu memang betul-betul kes emergency lar. Moralnya, jangan minum milo bila dah tau awak tu tengah dalam 'zon berjaga-jaga'.. huahahahahaha!!

Yang bernombor ampaaatttt, saya menyusun jari-jari kembang ku ini, memohon keampunan, sebab mengumpat lin dan wira yang aku pun tak tau la apa jadahnya yang derang buat kat seat belakang keta aku! Yang aku dengar "oi!" & "ish sakitlah!". Tolong la jangan cemarkan kesucian kereta aku yerrrrr.. hihihi. Bahan bukti akan di-upload oleh cik sya nanti. Jejaga la kowanggg!!! Ha ha tak tawuuuuuu!!

Eh eh cam ada nombor lima pulak! Maaf ek sebab tetiba ter-you-know-what, sambil disaksikan oleh seorang abang yang juga menaiki kancil yang tergelak-gelak kecil. Keji! Eh dan jugak sebab bawak keta macam orang sasau. Biasa la, orang berangan ada keta sport memang camtu pe'elnya. Layan jelah yerrr..