Wednesday, August 27, 2014

Note to myself.

Tuhan. Ingatkan aku tiap kali aku lupa.
Yang
Selalunya.

Bila kita kata orang bodoh..kita lebih bodoh.

Bila kita kata orang lembap..kita lebih lembap.

Bila kita kata orang berlagak..kita lebih berlagak.

Atau lebih tepat lagi.. tiap kali kita kutuk orang kita sama seperti orang itu atau kadang lebih lagi.

Tuhan..jadikan aku lebih baik dari hari ini. Lebih sujud pada Mu. Lebih tunduk ke bawah.

Tuhan..ampunkan khilaf ku. Ampunkan khilaf mereka. Hati susah dikawal..emosi susah dilentur.

Sesungguhnya hanya pada Mu aku berdoa dan berserah.
Amin.

Friday, August 22, 2014

Gelap.

22 Ogos 2014.
Mana-mana kau pergi hari ini kau nampak gelap. Suram.
Pagi tadi langit agak gelap.
Manusia sana sini berpakaian gelap.
Seingat aku raja mangkat pun tidak macam nie.
Saat terhenti seketika. Di mana-mana pun.
Hibanya terasa di mana-mana.
Tak pernah kenal pun terasa hiba sangat. Ya Allah, ini kan mereka yang dekat. Tabahkan lah mereka.
Perjalanan pulang yang jauh tiba di hujung.
Semua mengingati. Semua mengenang. Semua berdoa.

Berehatlah dengan tenang.
Ya Allah, Ya Rahim.... sesungguhnya waktu kami belum tiba lagi. Tapi rayu kami dalam sayu. Cucurilah roh mereka. Tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman.....
Amin....
Al-Fatihah.

Thursday, July 31, 2014

Baru kot

Bismillah......

Aku dapat wassap. *few weeks back*
Bagitau, ruang nie bukak kembali.
Ikutkan tak pernah tutup. Cuma semua terdiam.        
                           
Aku tak tau nak tulis apa. Banyak tapi tak tau mula mana.

*tetibe pikir*
Kenapa pink & very girlish ruang nie?      Owh, girls just wanna have fun as Madonna said happyly in her song.
                                                            
Yes we are happy back then.
And we are happy now in our own way.

Cuma kita dah tak macam dulu. And I'm sure at least half dari diri kite sendiri dah berubah. We will meet the new vvyina, the diffrent Cik Cah, the matured amyz and last not least another version of me.

Wednesday, July 9, 2014

Copy Paste.. :-)

I always love ABBA. :-)

Chiquitita, tell me what's wrong
You're enchained by your own sorrow
In your eyes there is no hope for tomorrow
How I hate to see you like this
There is no way you can deny it
I can see that you're oh so sad, so quiet

Chiquitita, tell me the truth
I'm a shoulder you can cry on
Your best friend, I'm the one you must rely on
You were always sure of yourself
Now I see you've broken a feather
I hope we can patch it up together

Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars they're leaving
You'll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving
Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita

So the walls came tumbling down
And your love's a blown out candle
All is gone and it seems too hard to handle
Chiquitita, tell me the truth
There is no way you can deny it
I see that you're oh so sad, so quiet

Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars they're leaving
You'll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving
Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita

:-)

Akak tak doa yang lain - selain dari kebahagiaan korang semua. Love you all.. <3 p="">

Hobi Baru!

Hai!
Lama sungguh tak menulis di sini.
Rindu korang.
I hope tahun ini akan aktif semula kot blog ni.

Oh!
Tahniah untuk Diva Amyz & Tajul.
Di atas kelahiran Alimhail bin Azlie.
Pada 24 Jun 2014. 

Eh!
Nak bagitau satu perkara.
Hobi baru saya adalah meninggalkan telefon di rumah.
Macamlah rumah tu pejabat saya.

Hahahahahaha.....

Monday, July 7, 2014

the comeback.

2 tahun berlalu. aku anggap 2 tahun yang hilang ini sebagai our own version of 'twilight zone'.
haluan kehidupan masing-masing yang agak misteri. haha.
2 years of finding each other's definition of love and life. tak semuanya indah, tak semuanya pahit.
i hope to hear more of you guys here. aku tau masa bukan satu privilege yang kita semua ada but let's try eh.

so.. how are you guys doing?
aku macam ni, masih bulat dan comel. masih mengada-ngada because i can. haha.
apa yang dicari sudah dijumpai, tapi belum memiliki dan dimiliki.
haluan hidup aku mungkin terlebih panjang dan bergunung-ganang daripada korang kot.
but it's so unfair to compare kan?
tiada ujian yang lebih kecil, mahupun lebih besar.
semua mengajar kita tentang sabar. sabar. sabar..

Wednesday, September 26, 2012

Takut atau Taksub?

Bila kita bercerita tentang sesuatu perkara, pernah tak kita terfikir orang yang terlibat dalam sesuatu perkara itu juga boleh bercerita dari sudut pandangan dia?

Don't pretend to be that naive or I rather say, stupido. 

Kita boleh dan mampu bercerita kisah yang sama kepada lebih 100 maybe 1,000,000 orang sekalipun berdasarkan apa yang kita suka. Tapi, kenapa bila orang yang terlibat dengan cerita tersebut, mula bercerita kisah dia dari sudut pandangan mata dan pengalamannya, dia dihalang untuk bercerita?

Idealnya, bila kita bercerita dari sudut pandangan dan pengalaman kita dan kita anggap orang yang terlibat dalam kisah kita tidak akan bercerita. Atau kita berharap orang yang terlibat itu akan bercerita seperti cerita kita. Ironinya, kita ini manusia yang mempunyai pandangan dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Kita bercerita. Orang yang mendengar akan menilai berdasarkan pandangan dan pengalaman hidup mereka pula.

Saya tidak hidup dalam dunia yang ideal. Saya hidup dalam dunia realiti. Pahit. Manis. Payau. Masin. Jatuh. Bangun. Sepak. Teranjang. Ditindas. Menindas. Suka. Duka. Itu realiti dalam kehidupan ini.

Be an open book. You'll be surprised on what people can actually do & tell you. Seriously! 

Selama bertahun-tahun saya biarkan kamu bercerita apa sahaja yang kamu mahu dari sudut pengalaman dan pandangan mata kamu. Tidak pernah sekalipun saya menghalangnya. Saya biarkan cerita-cerita kamu mengalir bagai air. Tidak disekat dan tidak dihalang.

Don't act surprised. People really do tell others about secret things. 

Kenapa tidak kamu memberi peluang saya bercerita mengenai kisah saya dari sudut dan pandangan mata saya? Kenapa apabila saya mula bercerita, kamu perlu menggunakan semua kuasa yang kamu ada untuk menghalangnya? Kamu takut dengan cerita saya, atau kamu taksub dengan kuasa yang kamu ada? Kisah saya.

Cerita saya. Tidak akan tamat selagi saya masih bernafas. Ya, saya mungkin tidak mempunyai kuasa; ajaib atau magis atau autoriti dalam sesuatu perkara. Ya, saya juga tidak mempunyai pangkat atau darjat di hadapan atau dibelakang nama saya.

Tapi saya mempunyai huruf dan perkataan. Bukankah bijak pandai pernah berkata, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!

Monday, April 30, 2012

Bersih sangat ke?

We might argue on a few things, we might agree on certain things. Itu hak masing-masing. Kita tak boleh nak paksa orang lain suka apa yang kita suka dan kita tak perlu suka apa yang orang lain tak suka. 

Aku ada datuk saudara yang pernah bertugas sebagai polis masa zaman perang dulu, bapa saudara yang kerja polis, bapa kawan-kawan aku pun ramai yang kerja polis... jadinya, bila penyokong Bersih panggil polis-polis ini dengan gelaran tak sepatutnya, aku tak rasa kita perlu tengok dan biarkan sahaja. Kau mungkin tak ada semua itu (datuk/bapa saudara/kawan-kawan yang jadi polis) dan aku tak salahkan kau sebab polis bukanlah kerjaya yang jadi pilihan ramai.

Cuma, sesekali itu cubalah letakkan diri kau ditempat mereka... 

Kau mungkin pemandu kereta yang pernah diugut polis. Kau mungkin penunggang motosikal yang pernah disaman polis. Kau mungkin cikgu yang berhadapan dengan anak polis yang bermacam karenah. Kau mungkin doktor yang polis minta MC walau tak sakit. Kau mungkin perempuan yang dingorat polis. Tapi, walau apa pun perangai polis ini, boleh ke kita melabelkan KESEMUA mereka dengan gelaran tak sepatutnya bila kita punya contoh yang baik dalam keluarga sendiri? 

Memang betul orang cakap, kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Kerana 1 kesilapan, semua kebaikan hilang entah ke mana.

Jangan ingat pemandu kereta tak langgar mati anak orang. Jangan ingat penunggang motosikal tak merempuh polis yang membuat sekatan jalan raya. Jangan ingat cikgu tak pernah denda anak murid yang tak pernah buat salah. Jangan ingat doktor yang selamatkan nyawa orang itu tak pernah jual MC. Jangan ingat perempuan tak pakai kain singkat dan baju terdedah sampai naikkan nafsu orang keliling. 

Kalau kau kata polis semua sama; kau pemandu kereta, boleh aku panggil kau pembunuh sebab ramai pemandu yang langgar mati anak orang? Kau penunggang motosikal, boleh aku gelar kau suka langgar peraturan? Kau cikgu, boleh aku panggil kau kejam? Kau doktor, boleh aku panggil kau penipu? Kau perempuan yang sebegitu, boleh aku panggil kau... 

Point aku kat sini, siapa kita kat muka bumi ini, apa tanggungjawab kita kat dunia ini telah membuat kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dan pengalaman setiap orang berbeza. Mungkin pendekatan aku kasar dan aku tak harap sesiapa pun faham. 

Kalau kau faham, baguslah. Tapi kalau kau tak faham, aku cuma minta satu, respek. Aku tak terjah wall orang yang tak sependapat dengan aku dan paksa dia untuk tukar pandangan. Aku tak terjah wall orang dan bagi kata-kata yang tak sepatutnya sebab aku percaya there's limit in everything. 

I don't know all of you in person, neither do you. But, just because we chat a few words a year it doesn't makes you & I, a good friend nor makes you knew the whole truth about me. Kau bebas untuk menilai, aku tak halang, tak ada sesiapa pun menghalang... tapi bukan semua penilaian kau betul :) 

Ingat, kita cuma manusia biasa. tapi tak perlu sampai jadi biawak! *pinjam kata-kata Dato' Azizan Osman* 

Aku tak tujukan pada sesiapa. tapi, kalau ada yang terasa, aku minta maaf. again, we've different experience, view and understanding... Please do respect mine.


Thursday, December 22, 2011

I Want Me Back

I need new escapism. Serius. Blog mygj tu rasa macam malas nak update. Asyik update pasal anak je. Boleh bosan semua orang.

I know I already change my status to mom. But somehow I feel blogging about me, child, family, is sooooo not me. Pelik ni. Hmm.

I need to write. Sama macam dulu. Idea mencurah-curah. But. Bila pergi kat dashboard. Semua hilang. Damn! I've been curse lah!

Yes. I do have family now. Nice husband. Handsome and cranky son. Oh my~ Its totally change me 360 degree. But. I missed my old days. I miss blogging about my thought, my observation, my passionate, my craziness.

But I guess. You win some, you'll lose some. :-(

And what I've miss the most?

My crazy friends here. :-p


Monday, November 21, 2011

!

last friday, the reality hit me real hard in the face. not that i'm in denial all this while, but hearing from another party makes it harder. the thing is, when people start to hate you, they'll find every reason to do so. it's so sad. tapi macam semua orang selalu cakap, life goes on..





i'm still standing. pedulikan lah yang lain.

Monday, November 14, 2011

and the winner goes to..

hmm. aku kecik hati betul kalau bila aku cakap elok-elok, tapi dibalas macam sampah. aku tak paham tapi memang ada je orang yang macam ni. in which aku rasa, "duuuhhhh!" sangat.

ok takpe. suka hati u ols lah.

jangan sampai satu masa nanti ai fedap. pastu ai malas dah nak layan. seriyes, time aku baik, aku layankan aje. esok-esok aku dah bosan, plis la jangan cari aku lagi. okkey? deal?

*kecik hati*

*merajuk*



*ok aku gedik hahaha. ok tak jadi merajuk. ai cool jek*

Sunday, November 13, 2011

i should burn your name in an open fire.

the other day while i was busy with my new toy, i did something despicable. aku try bbm ycp tapi tak ada respond sebab aku tegedik nak share benda tu dengan dia. kalau dia tau ni, konfem dia tekejut. she was the one yang dok sebelah aku kat mcd, nangis sama-sama, and her situation pun lebih kurang macam aku so yes, she understands.

so aku bbm kak amyz. saja. sumpah. i did it out of curiosity and ok i dapat dah jawapan yang i nak. cukup lah. i tak akan buat macam tu lagi.

lagipun, benda dah berlalu. buang masa aku.

now aku nak concentrate on my future project. hopefully boleh kaya lepas ni.

Tuesday, October 18, 2011

part of the list - neyo

ambik lah. biar saya undur diri.








moga korang happy.

Sunday, October 16, 2011

bila?

soalan demi soalan.








tapi bilakah jawapannya?

Saturday, October 15, 2011

sesungguhnya masa..

6 tahun yang lalu, saya tidak berhenti-henti berdoa.




betul. masa penentu segalanya.



sebenarnya, tak henti-henti mulut ni mengucapkan terima kasih. terima kasih kerana sekurang-kurangnya saya diberi peluang.




timing, is very essential.

Sunday, October 9, 2011

do it.

dear you,

i think you have been with yourself for far too long now. give some hopeless-romantic-girl (like me, ha ha) a chance to make you happy.


let somebody in. you deserve to be loved. to be cared of.


sekali-sekala, turunkan sikit ego tu. call someone, ask her out, have fun.

i wrote this because i care.


- d -

Monday, September 26, 2011

hohohoh!

aku antara orang-orang yang takde la up-to-date sangat when it comes to music player in my laptop/pc.

aku still pakai windows media player. haha. old skool bebeh.

selalunya i will put it on shuffle mode.

dan everytime dia berbunyik lagu "coba katakan" (sung by maliq & d'essentials), seboleh-bolehnya aku skip. pedih weh. isk isk isk.


ok lah. bye.

Monday, August 8, 2011

Ohmaii..

Si darwina rajin post plak kat sini.

Akak ni, bukan tak nak update. Semuanya kena block. Keji oke. Terpaksa guna modem utk publish semua entri. Arghh.

Stress ok. Stress!

Selamat berpuasa adik2. Muahs!

Miss you guys a lot!

Sunday, August 7, 2011

por qe?

dalam banyak-banyak perkara gila yang melanda dunia sekarang ni, aku cuma nak tanya satu soalan saja.






kalau kau dah dilahirkan islam, why the hell kau nak murtad, or kengkonon nak convert ke agama lain? seriyes aku tak paham.


Friday, August 5, 2011

salam ramadhan.

kadang aku perhati, gelagat manusia, gelagat kawan-kawan, gelagat segala makhluk, buat aku berfikir..




tertunaikah janji-janji yang korang pernah lafazkan kat diri sendiri dulu?




hmm..