Kehadapan Cik Puan Penolong Pengarah yang dikasihi,
Maklumat yang saya minta tempoh hari adalah berkaitan dengan sejarah, objektif dan perlaksanaan program yang puan laksanakan untuk di masukkan ke dalam pamphlet bahagian puan untuk tujuan promosi.
Bukannya GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM seperti yang puan serahkan kepada saya.
Jika mengikut logik puan, sepanjang hidup puan, pernahkah puan melihat pamphlet bahagian/jabatan/kementerian/bank yang mengandungi GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM?
Sekian, terima kasih.
--------------------
Aku: Saya nak buat pamphlet ni.
Pegawai x: Pamphlet tu apa?
(Aku buat muka blurr. Pamphlet tu apa ek? Gula-gula kot)
Arghhh! Tekanan perasaan!
Aku tak tahu diorang ni hidup zaman apa. Mungkinkah zaman dinosour yang memungkinkan mereka tidak memahami bahasa mudah yang aku gunakan. Rasanya umur mereka dengan umur aku, tidak banyak bezanya. Ah, kalau setakat 4-7 tahun... jauh sangat ke beza umur tu?
Friday, November 21, 2008
Bijak Pandai?
the glamorous Cik Cah singing at 3:50 PM 0 style(s)
Sunday, November 16, 2008
tick ing out
There are a lot inside which i don't know how to split it out.
Like previously, like before.
happy and sad all together in every step.
I get some i lost some.
just wonder when can completely get all of it.
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 10:41 AM 0 style(s)
Monday, November 10, 2008
Mencari Bahagia
Kalaulah 'bahagia' itu seperti barang yang boleh dilihat dan dipegang, apakah jaminannya bahawa ia tidak akan hilang?
the glamorous Cik Cah singing at 1:20 AM 1 style(s)
Saturday, November 8, 2008
dolu-dolu
hehehehe :p
ok takde idea dah.
the glamorous * dina * singing at 1:40 AM 1 style(s)
Monday, November 3, 2008
Kisah Bakal Pengantin: Pakej Perkahwinan
HAH, ambil kau!! Rupanya pakej tu tak termasuk:
+ RM300 Transportation lori untuk hantar dan ambil set pelamin yang ala-ala
+ RM200 Transportation make-up artist untuk pergi-balik, sehari (kalau nikah dan sanding hari lain-lain, kali 2 dan seterusnya)
+ RM500 Hiasan bilik (cadar sendiri, cadar dia punya RM780)
Adehhh, sengal! Terbeliak sat biji mata aku. Gilalah diorang ni. Kereta dia pakai minyak apa? Minyak jet ke? Harga minyak petrol kereta dah turunlah kak oi!
Hiasan bilik tu, bukannya pakai bunga fresh. Bunga plastik je. Boleh sampai RM500. Memang cari duit betul lah diorang ni.
Dan, aku bukannya sewa baju dgn dia, just make-up dan pinjam beberapa aksesori aje. Dari sewa baju RM400 sepasang lelaki-perempuan, baik buat baju sendiri. Boleh pakai sampai bila-bila
Aku ingatkan kalau ambil pakej kat One Stop Center ni lebih murah berbanding perseorangan, rupanya lebih cekik darah! Itulah kau, orang nak kahwin, kau pun nak kahwin. Tapi bajet ciput. Rasakan!
Eh, tak ada ke rancangan tv, Perkahwinan Bajet? Melancong pun ada rancangan tv, Destinasi Bajet (8TV). Dah, dah... melalut pula. Hmm, kesimpulannya, carilah orang lain.
So, kawan-kawan... pencarian juru make-up, penghias pelamin dan bilik tidur bakal bermula.
the glamorous Cik Cah singing at 12:25 PM 0 style(s)
Wednesday, October 29, 2008
Hiiieee
Lama tak update kat sini. Hiks. :-)
Tak ada benda sangat. Cuma sangat pening dan sibuk dengan persiapan. Persiapan nak exam k~~ :-p
Persiapan lain akan di-busy-kan selepas tamat exam nanti.
Hooyeh!!
the glamorous Amyz! singing at 12:51 AM 1 style(s)
Thursday, October 23, 2008
awwwww :)
by the way, just dropping by to say that i think i miss talking to all of you. at the same time. hehehehe. sekian :p
the glamorous * dina * singing at 11:19 PM 3 style(s)
Thursday, October 9, 2008
Heheheh.. ok! Aku ada idea.
Idea untuk lari. Hahahah... *tanduk setan dah muncul ni*
the glamorous Cik Cah singing at 8:05 AM 0 style(s)
Saturday, October 4, 2008
Senyum palsu
the glamorous Cik Cah singing at 2:10 AM 0 style(s)
Sunday, September 14, 2008
I know, I understand and I accept.
I wont be happy at all.
For yesterday.
For today.
Forever.
Not this time.
Not next time.
Not every time.
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 12:08 PM 2 style(s)
Saturday, September 13, 2008
walau..
tapi kesempurnaan itu suatu yang tidak mungkin akan berlaku..
the glamorous * dina * singing at 1:36 PM 0 style(s)
Monday, September 8, 2008
Happy Birthday Awin
Happy Birthday Dearest. May you have a great year ahead. And I wish you all the best in life.
Kadang Allah selalunya tak beri apa yang kita mahu. Tapi Dia akan berikan sesuatu yang lebih baik dari itu. :-)
And I always love you. Mwahs!!
the glamorous Amyz! singing at 12:36 AM 1 style(s)
Wednesday, September 3, 2008
i'm sorry - blackstreet [KTHO, UTM Skudai, 1999]
aku ada banyak rahsia. tentang perasaan aku yang sentiasa berubah. yang aku rasa macam nak jerit kat telinga orang-orang itu dan bagitau mereka apa yang aku rasa.
ok aku admit. aku cepat bosan dengan orang. aku cepat suka dengan orang. tapi semuanya perasaan yang tak akan bertahan waima sehari.
rahsia nombor satu. kalau lah tadi, masa dia berhenti kat meja aku, perasaan meronta-ronta nak bagitau dia. betapa aku kecik hati sangat bila dapat tau dia dah bertunang. walaupun sebenarnya hidup aku langsung tak ada kena-mengena dengan dia. ini adalah perasaan yang pelik dan tamak lah kot.
rahsia nombor dua. aku cakap aku tak kisah bila dia tinggalkan aku. tak pedulikan aku langsung. sebenarnya hari-hari aku teringat. apa yang kami buat tempoh hari. aku tengok telefon hampir setiap setengah jam. gila.
rahsia nombor tiga. aku memang tamak.
rahsia nombor empat. orang yang paling aku benci pada saat ini sebenarnya adalah orang yang paling aku cuba untuk maafkan semua kesalahan dia kat aku.
rahsia nombor lima. aku sakit hati. tapi aku tak nak mengaku.
rahsia nombor enam. aku rasa nak nangis beriya. harap-harap ada sedikit magik la minggu depan. 26 tahun tanpa apa-apa yang magik memang agak tragis la kan..
the glamorous * dina * singing at 11:37 PM 2 style(s)
Sunday, August 31, 2008
tengok sekejap jer
Tengok sekejap ek
Menu beralih tangan.
Boleh que tak?
Tak, nak tengok sekejap jer!
Dia tengah tengok, boleh kasi balik?
Just nak pinajm tengok sekejap jer. Eh tengah tengok ke tadi?
Tak le I pegang jer!!!
Kalau lelaki tengok insiden tue, for sure she win and I'm lose!
Gone be by gone without apologize.
Muke putih, licin.
Mata cantik.
Tapi manners out!
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 11:05 PM 1 style(s)
Friday, August 29, 2008
Bencinya
Nak emosi sikitlah kat sini. Kat blog sendiri macam malas nak emosi-emosi sgt. Nasib baik ada tempat lain nak tulis-tulis.
Akak bukan apa. Akak tak suka langsung dengan orang yang annoying. Macam akak update status dekat facebook, how I bored with stupid and annoying people.
Bukan apa. Akak tak sukalah orang tanya-tanya hal peribadi akak sedangkan dia bukan kenal akak sangat. Bukan rapat dengan akak sangat. Tetiba nak tanya, eh, bila kau nak kawen. Sampai hati tak bagi tau aku. Kendian, ada lagi sorang umat ni, tanya-tanya banyak sangat tentang akak dengan si SuperHero. IIeee.. Bencinya. Apekejadahnya? Diorang tu ala-ala best friend ke nak diberitahu semua tentang akak kat dia? Puhlis lah!
I'm always like that. I kinda person yang tell anything about me to someone that closed to me. Not to some other stranger kan? Gile ke suka-suka hati bgtau hal personal kat orang lain?
Since akak tak suka beritahu hal personal kat orang. Jadi orang yang tanya too much details about myself, akak akan rasa annoyed tak ingat dunia punya annoyed. Tak suka oke! Hii.. Emosi mak tau! Rasa macam kena harass je. Tak selesa bila ditanya bertubi-tubi macam tu, hal peribadi/peribodi pulak tu.
I dont mind to tell other about myself. But, if you ask in the right way, I'll tell you the truth, honestly. But if you like semberono je tanya-tanya ape semua. Hell no, I wont tell anything at all.
Kat sini bukan Awin, Lyn & Sya je baca. Ada orang lain juga baca kan? So, akak tak prefer nak bagitau apa-apa tentang akak kat sini. Takpe. Ada cara lain untuk beritahu kan? ;-)
Itu saja luahan emosi kali ini. Harap next entri tidak emosi seperti ini. :-)
the glamorous Amyz! singing at 10:03 PM 1 style(s)
Monday, August 25, 2008
mainan.
bohong. sebenarnya aku rasa yang bermacam-macam. campur-aduk. rasa macam tak percaya, rasa seronok, rasa kasihan.
dia pegang tangan aku. kuat-kuat. aku macam tak tahu apa nak buat. dan dia cakap dia tak akan lepaskan aku lagi. macam dulu.
kepala aku pusing-pusing. tapi hati aku tetap tak ada rasa. saja aku matikan segala rasa yang ada. aku tau dia pun sama pusing. jasad saja yang ada. fikirannya tentu saja kembali pada yang menelefon sebanyak 13 kali.
aku diam.
betapa istimewanya aku. sampai sanggup dibohong pada mereka, sampai langsung tidak peduli pada yang asyik mencari dia. semata-mata kerana aku?
biar betik mamat ni.
cuma, aku tak tahu kenapa aku hilang rasa percaya pada lelaki lagi..
the glamorous * dina * singing at 10:42 PM 0 style(s)
Sunday, August 24, 2008
I'm an eagle.
But i'm become a duck coz I'm in the wrong place.
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 11:40 AM 0 style(s)
yang paling aku nak ingat sampai bila-bila
sambil-sambil tonyoh maskara dan eye-liner pakai toner, aku ngomel tak sudah-sudah. tapi bukan marah ye.
percubaan pertama gagal. tapi sumpah aku tak marah. percubaan kedua tinggal beberapa jam dari sekarang. jantung aku, perut aku, semua bunyi pelik-pelik.
dulu, disebabkan dia lah aku pernah kena marah dengan bapak aku. tapi bukan salah dia pun, bapak aku je yang tak paham.
kalau aku ni suatu bentuk sejarah, tanpa dia aku ni mungkin jadi pasir saja..
the glamorous * dina * singing at 11:04 AM 0 style(s)
Thursday, August 21, 2008
my aftermath.
dah tak ada benda yang perlu aku cakap pun.
p/s: rindu kat sya & amyz. lin tak sangat sebab dah jemu la tengok muka dia :p
the glamorous * dina * singing at 10:52 PM 0 style(s)
Tuesday, August 19, 2008
It Is Life, Aight?
Kita happy-happy~
Tapi. Bukan semua orang suka kita happy. Kan?
:-)
Biarlah diorang. Ok?
Janji kita happy dengan diri kita. Dengan cinta kita. Dengan famili kita. Dengan kawan-kawan kita. Itu lagi penting.
Elo. Orang yang tak suka tengok kita happy tu. Sila pegi jawoh-jawoh yek! Kita tak perlukan orang macam kamu untuk ganggu-gugat kebahagiaan kita.
Yang penting. Kita happy! No matter what. :-)
Awin, Lin & Sya. Misyu. Mwah!!
the glamorous Amyz! singing at 10:46 PM 0 style(s)