Thursday, April 30, 2009

lari laaaaaa...hai kuda kuuuuu

lama dah tak menari tango jari nie
to be honest password pun aku dah lupa
menulis melepas kan batuk di depan pc pada yang takkan tau
sebab tiada tangga

depan aku berbaris berjuta org yang mahu mengadu itu ini, minta itu ini
di tepi aku berdetik setip saat mengira setiap laku
di sisi aku segala tanggungjawab hidup
hasil laku yang lepas-lepas

aku rimas aku lelah
pusing belakang mahu lari
lari pada yang aku rasa itu kaunter aduan aku
berlari bersungguh sambil menangis dengan 1 harapan melepaskan lelah di bahunya
tapi
ya tapi
baru separuh ela berlari penjaga kaunter aduan yg di harap dah hembur macam-macam
dah kritik macam-macam
itu ini salah nya

mana aku nak lari lagi???