Wednesday, September 26, 2012

Takut atau Taksub?

Bila kita bercerita tentang sesuatu perkara, pernah tak kita terfikir orang yang terlibat dalam sesuatu perkara itu juga boleh bercerita dari sudut pandangan dia?

Don't pretend to be that naive or I rather say, stupido. 

Kita boleh dan mampu bercerita kisah yang sama kepada lebih 100 maybe 1,000,000 orang sekalipun berdasarkan apa yang kita suka. Tapi, kenapa bila orang yang terlibat dengan cerita tersebut, mula bercerita kisah dia dari sudut pandangan mata dan pengalamannya, dia dihalang untuk bercerita?

Idealnya, bila kita bercerita dari sudut pandangan dan pengalaman kita dan kita anggap orang yang terlibat dalam kisah kita tidak akan bercerita. Atau kita berharap orang yang terlibat itu akan bercerita seperti cerita kita. Ironinya, kita ini manusia yang mempunyai pandangan dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Kita bercerita. Orang yang mendengar akan menilai berdasarkan pandangan dan pengalaman hidup mereka pula.

Saya tidak hidup dalam dunia yang ideal. Saya hidup dalam dunia realiti. Pahit. Manis. Payau. Masin. Jatuh. Bangun. Sepak. Teranjang. Ditindas. Menindas. Suka. Duka. Itu realiti dalam kehidupan ini.

Be an open book. You'll be surprised on what people can actually do & tell you. Seriously! 

Selama bertahun-tahun saya biarkan kamu bercerita apa sahaja yang kamu mahu dari sudut pengalaman dan pandangan mata kamu. Tidak pernah sekalipun saya menghalangnya. Saya biarkan cerita-cerita kamu mengalir bagai air. Tidak disekat dan tidak dihalang.

Don't act surprised. People really do tell others about secret things. 

Kenapa tidak kamu memberi peluang saya bercerita mengenai kisah saya dari sudut dan pandangan mata saya? Kenapa apabila saya mula bercerita, kamu perlu menggunakan semua kuasa yang kamu ada untuk menghalangnya? Kamu takut dengan cerita saya, atau kamu taksub dengan kuasa yang kamu ada? Kisah saya.

Cerita saya. Tidak akan tamat selagi saya masih bernafas. Ya, saya mungkin tidak mempunyai kuasa; ajaib atau magis atau autoriti dalam sesuatu perkara. Ya, saya juga tidak mempunyai pangkat atau darjat di hadapan atau dibelakang nama saya.

Tapi saya mempunyai huruf dan perkataan. Bukankah bijak pandai pernah berkata, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang!