Friday, August 28, 2009

ingat

Aku baca 'buku-buku' lama. Ya aku rasa aku masih teperangkap dalam zaman lama aku dulu.
Aku sempat tengok album lama.

Wah memori sungguh.
Dulu masa itu, aku nak sangat keluar dah harap akan ada masa yg lebih baik.
Tapi sekarang aku tau, aku mengaku waktu itu waktu adalah salah satu waktu terbaik buat aku sebenarnya.
But of coz minus 'kotoran degil' dan segala jenis raksasa gorgon.

Masih ingat dia?

Owh bile ek dapat life macam dulu. Yang lebih rilex.
Tibe-tibe pagi nie mood aku untuk menconteng-conteng dan menampal-nampal sangat tinggi.

Ok lets start it back....step by step uuhh baby...!

tapi.....ape login id flickr aku haa???
hadoih laaaaa

Thursday, August 13, 2009

Hello, remember me?

Hello, remember me?

Aku tak tahu budak-budak remaja sekarang sama ada pernah atau tidak menggunakan telefon awam. Tapi, mereka yang hidup sekitar tahun 1990-an dan sebelum, aku pasti mereka pernah menggunakannya.

Iyalah, dulu-dulu mana mampu guna telefon bimbit. Sebuah telefon bimbit yang sebesar botol air itu harganya mencecah ribuan ringgit. Masa tu, orang yang betul-betul banyak duit dan mampu aje yang ada telefon bimbit.

Sekarang ni, telefon bimbit dah jadi keperluan. Budak kecil yang belum bersekolah, yang duduk kat rumah itu pun dah ada telefon bimbit sendiri.

Ada di antara kita ni pernah bergayut di telefon awam berjam-jam lamanya. Sanggup tukar duit syiling dekat kedai mamak atau kumpul syiling yang ada semata-mata nak bergayut. Paling menarik, siap ada yang sanggup cari kerusi dan di letakkan di bawah pondok telefon. Semuanya tu semata-mata untuk bercakap lama-lama dengan yang tersayang. Selalunya pondok-pondok telefon awam ni akan penuh bermula jam 8.00 malam ke atas. Berebut-rebutlah masing-masing tempah pondok telefon yang mana.

Itu pemandangan biasa suatu ketika dahulu. Sekarang ini, kalau ada yang masih menggunakan telefon awam, apa pandangan kita? What are the first thing that came across your mind? Kesian, orang tu. Tapi kepuasan menggunakan telefon awam sangat berbeza dari menggunakan telefon bimbit. Pengalaman itu yang paling menarik.

Belum lagi cerita mereka-mereka yang tinggal di asrama. Bagi yang pertama kali berjauhan dengan keluarga, telefon awamlah tempat melepas rindu dengan ibu dan ayah, atuk dan nenek, adik beradik, ayam dan itik, kucing dan ramai lagilah. Sanggup beratur panjang-panjang semata-mata untuk melepaskan rindu pada mereka yang berada jauh di mata tapi dekat di hati kita. Sampaikan warden asrama terpaksa meletakkan peraturan penggunaan telefon awam kepada pengguna-penggunanya. Satu panggilan bagi setiap orang, 5 -10 minit penggunaannya. Kalau terputus, nasiblah. Beratur semula di belakang.

Kelakar? Ya, tapi sangat menarik. Sekarang ini, kita dah tak boleh dapat lihat lagi fenomena seperti ini.

Oh, tidak kurang juga ada di antara telefon awam ini yang menjadi mangsa keganasan. Alahai, apalah salah telefon awam tu sampaikan dilayan sebegitu rupa? Mangsa dera? Memang selalu. Lihat sahaja di skrin dan butang-butang nombor yang tersedia, semuanya pernah jadi mangsa cucuhan api rokok. Termasuklah mangsa hempasan ganggang dan ketukan. Itu semua terjadi apabila bergaduh dengan girlfriend. Putus cinta. Putus tunang. Putus kasih dan bermacam hal lagi lah (Orang lelaki zaman dulu, sangat romantik sebab sanggup berdiri berjam-jam lamanya untuk bercakap di telefon).

Mangsa kebakaran? Dah selalu terjadi. Sampaikan hitam-hitam dan cair jadinya pondok tersebut (dulu pondok telefon diperbuat daripada plastik. Warna oren kecokelatan kemerahan, warna kuning hitam, warna biru).

Apa pengalaman anda bersama telefon awam?

Aku? Hehehehehe, dulu aku pernah ada seorang kawan lelaki (which aku kenal melalui mIRC before I met my husband). Setiap kali dia ada problem dengan girlfriendSSSS, dia akan call aku. Tell me everything about his relationship yang tak menjadi tu. Details ye, kawan-kawan. Entah macam mana aku boleh just listen, berjam-jam lamanya. Konon-konon, being there when he need me the most, lend my ears and spend my precious time just to listen to his lovestory.

Oh, maybe because of his voice. Ye, suara dia sangat... hmm, boleh buat mimpi lah. Sangat romantik ye. Mungkin juga sebab dia honest. Sangat honest about his true feeling. Dan aku yang sangat naive ketika itu, just say what I wanna say. Kalau aku rasa itu salah, aku terus terang. Tak ada sembunyi-sembunyi.

Ok. Ok. Back to our topic. Selalunya kalau dia telefon aku, dia akan cakap, "Awak, hari ni saya nak cakap lama-lama dengan awak. Saya baru tukar RM20 dengan duit syiling 50 sen." Atau. "Awak saya tak cukup syiling ni, dalam half an hour saya call balik. Nak pergi tukar syiling kat kedai mamak dulu." And I could hear the beep, beep, and clinking sounds bila duit yang dia masukkan keluar semula. Dan korang bayangkan, berapa lama kitorang boleh cakap kalau sekali dia tukar RM10 atau RM20, bukan call handphone pun, home line. Gila, kan?

Our relationship has been on and off since the first time he called me. Tapi, Allah tu Mahakaya. Setiap kali hubungan kami terputus, we always could find a way untuk berhubung semula. Until recently. Dia dah kahwin and so do I. Jadinya untuk mengelakkan salah faham antara kedua-dua pasangan masing-masing, we decide to end our 'relationship'. Yup, no phone call. No sms. Nothing.

Percaya atau tidak, the best part is, we only met face to face after 5 years. Sukar untuk percaya, kan? Itu pun berlaku secara tidak sengaja, 4 tahun yang lalu, 2005. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku bertemu dengannya. Bohonglah kalau aku kata tak pernah ada perasaan terhadap dia. Dan aku rasa, it was a true feeling back then. Tak pernah jumpa, tak pernah kenal, tapi kami boleh serapat itu melalui telefon. Kami kenal diri masing-masing. Kelemahan dan kekurangan. Kelebihan dan keistimewaan. Mungkin betul kata cik Dar*wina, lebih mudah bercerita tentang hidup kita kepada orang yang tidak dikenali.

"Dear, I was trying to make a move. When suddenly I heard that you already have someone special in your life. It crushes my heart into pieces. Then I know, I should back-off. Dalam kekecewaan itu, I met her, the beautiful queen of my heart now. But, dear, you're and always be in my heart..."

Itu cerita saya. So, what's your story?