Saturday, October 4, 2008

Senyum palsu

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 

Maaflah, aku dah jarang-jarang masuk blog ni untuk menulis. Banyak membaca dan memerhati. Kalau ada entry baru dari 3 divas lain, aku baca. Kalau tak, aku jadi pemerhati yang menantikan bilalah entry lama tu nak turun-turun dan ganti dengan entry baru.

A lot of thing happens. Aku tahu. Aku sedar. Cuma, entah bilalah aku boleh duduk dan dengar cerita korang ni dari hati ke hati macam dulu-dulu. Banyak betul yang aku kena catch-up. Kita pun dah tak selalu habiskan masa bersama-sama macam dulu-dulu lagi. 

I'm sorry. Aku banyak excuse dari join korang lately. Betul, aku busy. Kerja-kerja-kerja. Macam aku kata, aku bukan gila kerja, tapi kerja tu gila kat aku *chill!* Kat opis tu, aku bos kecil (bos betul tak ada ganti lagi), aku kuli. Kalau aku tak buat, tak de siapa nak buat. 

Bukan tak ada orang lain, tapi it seems, orang lain tak pedulikan kerja-kerja yang bertimbun kerana bagi diorang, ada tak ada kerja, sampai masa gaji tetap masuk. Aku boleh buat sama macam diorang, malah lebih teruk pun boleh. Tapi kalau aku buat perkara yang sama, apa bezanya aku dengan diorang tu? 

Makan gaji haram tiap-tiap bulan, jadi darah daging sampai kiamat. 

Ada sorang tu, boleh tak ambil cuti, tapi blah balik kampung macam tu je. Dah sampai setengah jalan baru mesej untuk inform. Tinggal aku terkontang-kanting cover 3 event besar dalam sehari. Aku bukan nak berkira, tapi kalau orang tu ada perikemanusiaan, tentu dia boleh fikir dengan waras. Aku rasa dia BINATANG yang tak ada perasaan sebab tu dia boleh blah macam tu je. 

Oh, alamak! Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Maaf kalau ada terkasar bahasa, termaki, terhamun, jangan simpan dalam hati. Hari baik, bulan Syawal ni, kenalah saling maaf-memaafi *smile*



Arghh, bila nak duduk piknik atas rumput hijau di hadapan PoJ tu lagi? Kawan-kawan, jomlah bawa ketupat, rendang, lemang dan kuih raya berkelah atas rumput tu...

0 style(s):