Tuesday, February 24, 2009

Jutawan!

Persoalan:
Haihhh...
Bilalah nak jadi jutawan?

Percaya tak?
Semalam.
Tiba-tiba jadi jutawan.
Duit kepuk-kepuk dalam purse sampai tak boleh katup.

Huiyoooo...
Kayanya aku!
Eh, ini bukan setakat kaya aje...
Dah jadi jutawan ni!!

Aku senyum.
Pandang muka Mr. Hubby.
Dia pun senyum.

"Sayang, kita dah jutawan. Jom, pergi beli BMW 5 series, tanah berekar-ekar dan bina rumah banglo..."

Tapi, sayangnya... ianya sekadar 5 Juta... Rupiah.

Friday, February 13, 2009

Belum masanya

Yakinkan diri.

Kalau rezeki itu bukan untuk kita, paksa macam mana pun, ia masih belum tentu jadi milik kita.

Betulkan?

Glad to hear that I'm one of the shortlisted candidate yang dipertimbangkan untuk jawatan itu. Jawatan penting. Bukan kenaikan pangkat. Tapi, at least people will look up at you.

I'm new here. Bulan enam (Jun) ini baru genap 2 tahun aku di sini. Pesaing aku itu, seorang lelaki, sudah bertahun-tahun di sini (lebih dari 5 tahun). Pengalamannya lebih banyak. Sudah tau selok belok permainan politik di pejabat ini dan juga negara.

A great competitor. Jadinya, aku tidak ralat sangat pun kalau tidak dapat. Lagi pun dia seorang lelaki yang masih bujang (read: handsome juga). Dan faktor, aku seorang perempuan yang telah berkahwin juga mempengaruhi keputusan ahli panel yang memilih.

Aku tidak tahu tentang jawatan itu dan tentang pemilihan calon. Sumpah. Sehinggalah hari ini. Ada kakak yang baik hati dan comel yang telah memaklumkan aku mengenainya.

At least, berita itu mampu menceriakan aku untuk hari ini. Alhamdulillah.

Smiling all the day...

Tuesday, February 10, 2009

Roda Kehidupan

Hidup perlu diteruskan walau apa pun halangannya

Itu yang aku belajar sejak beberapa tahun kebelakangan ini; setelah mengenal erti kehidupan dan kekecewaan. Melihat, menilai dan menafsir roda-roda yang berputar di sekeliling ruang lingkup kehidupanku yang tidak terlalu besar ini.

Manusia tidak pernah puas sifatnya. Ada saja yang tumbuh dihati yang bernanah cemburu dan iri hati. Baik adik beradik, saudara mara, mahu pun yang tidak pernah kenal, sifat cemburu akan kejayaan orang lain memang sedia ada. Tapi kalau di ambil secara positif, makan positif lah hasilnya. Cuma apabila perasaan negatif yang muncul, bermacam-macamlah natijahnya.

Beberapa minggu ini, keluarga aku diganggu dengan 'benda-benda' yang tidak nampak. Entah siapa punya angkara pun aku tidak pasti. Siapa pun dia, biarlah Allah sahaja membalasnya.