Aku tak suka marah-marah. Especially early in the morning. Tapi kenapa mesti buat aku marah pagi-pagi? Grrr... sakit hati aku!
Aku salah bagi informasi atau CS MA*XIS yang degil tak mahu dengar cakap aku?
AKU: Saya nak buat report, broadband saya tak boleh guna.
CS (Lelaki): Boleh bagi nombor telefon cik?
AKU: Saya tak ada nombor talian broadband tu. Tapi boleh check melalui no. IC husband saya kan? Saya cuma ada no. IC husband saya aje. No. akaun pun saya tak ada lagi.
CS: No. telefon cik?
AKU: 012-225**** tapi ini bukan line broadband. Line broadband tu saya tak ada nombornya. You can check thru my hubby IC number.
CS: Line ni register atas nama siapa?
AKU: Muhammad A***
CS: Maaf, nama yang cik berikan tak sama dengan yang register.
AKU: Yelah, sebab ini contact number saya. You minta, saya kasilah. Tapi kan saya dah inform, LINE BROADBAND saya yang tak boleh access. Saya tak ada nombornya. Boleh check thru my hubby IC number?
CS: Boleh bagi no. telefon?
AKU: 012-299****
CS: Tapi ini bukan line broadband.
AKU: YELAH. ITU NOMBOR TELEFON HUSBAND SAYA. I DON'T HAVE THE BROADBAND NUMBER! ENCIK, YOU NI FAHAM KE TAK? LINE BROADBAND TU SAYA TAK ADA NOMBORNYA! BOLEH SEMAK MELALUI NO. IC SUAMI SAYA?
At this time, mood aku dah tukar. Muka aku pun rasanya dah jadi resakse hijau. Sakit hati betul. Bukan ke diorang ni di latih untuk mendengar dengan teliti? Dah 3-4 kali aku ulang ayat yang sama. Tapi masih juga macam tu. Kenapa ambil orang kurang pendengaran kerja di bahagian CS?
CS: Akaun ni kena barred sebab tak bayar bil dan 2 bulan.
AKU: Saya dah buat full payment for two months since 20 Jun 2009.
CS: Di mana tu?
AKU: Your agent di THE MI*NES.
CS: Itu authorised dealer n agent kami.
AKU: Tapi boleh buat payment kan? Saya dah bayar pada 20 Jun 2009 untuk 2 bulan sehingga bil 20 Ogos 2009. Patutnya dah terimalah bayaran tu kan? Dua hari lepas saya ada call, and they inform me yang payment tu termasuk salah akaun.
CS: ITU BUKAN MASALAH KAMI KALAU CIK BAYAR PADA AKAUN YANG SALAH.
AKU: Habis salah saya yang tak ada authorisation to access your server to check my account number? Saya buka akaun pada 20 Jun 2009 dan terus bayar untuk 2 bulan, jadinya saya tidak ada nombor akaun yang baru. I depends pada your AUTHORISED DEALER & AGENT untuk submit payment pada akaun saya.
Salah aku ke kalau aku bayar awal untuk dua bulan? Salah aku ke kalau dealer n agent depa yang salah buat payment pada akaun yang telah ditutup? Kalau bukan salah MA*XIS atau salah dealer n agent dia, then give me the acces to MA*XIS billing server untuk aku pastikan setiap bulan aku bayar di akaun yang betul!
Tolonglah jangan bagi alasan ITU BUKAN MASALAH KAMI! Customer tak nak dengar jawapan BA*NGANG macam tulah.
0 style(s):
Post a Comment