22 Ogos 2014.
Mana-mana kau pergi hari ini kau nampak gelap. Suram.
Pagi tadi langit agak gelap.
Manusia sana sini berpakaian gelap.
Seingat aku raja mangkat pun tidak macam nie.
Saat terhenti seketika. Di mana-mana pun.
Hibanya terasa di mana-mana.
Tak pernah kenal pun terasa hiba sangat. Ya Allah, ini kan mereka yang dekat. Tabahkan lah mereka.
Perjalanan pulang yang jauh tiba di hujung.
Semua mengingati. Semua mengenang. Semua berdoa.
Berehatlah dengan tenang.
Ya Allah, Ya Rahim.... sesungguhnya waktu kami belum tiba lagi. Tapi rayu kami dalam sayu. Cucurilah roh mereka. Tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman.....
Amin....
Al-Fatihah.
0 style(s):
Post a Comment