A quote from fynn jamal.
Sebelum nie faham. Tapi tak rasa.
Safely arrive KL on monday 29 Dec 2014.
After long and unforgettable journey.
Jalan yang langsung tak terfikir.
Banjir besar di pantai timur.
Aku terkesan.
Jumaat malam sampai temerloh, jalan ke bandar dah tutup. Rilek lagi.
Sabtu pun rilek lagi.Ahad pagi air naik mendadak dekat kawasan rumah. Baru kelang kabut nak carik jalan keluar tapi semua dah tutup.
Makan tak lalu tidur tak lena.
Isnin pagi..air makin naik. Galau sana sini.
Pusat pemindahan dah penuh. Bekalan pun kurang.
Aku tak lorat nak balik sebab kerja. Tapi aku sibuk nak balik sebab aku risaukan Badut. Badut kecik tue punya rekod abiskan susu tepung 600g dlm tempoh 3 hari. Susu all day tanpa solid food.
Dan 600g itu sudah di pakai hampir separuh. Mana nak carik kalau dh habis? Galau...ribut hati otak.
Mujur abg ipar sampai dari KL & paksa semua keluar tinggalkan rumah.
Naik bot ikut jalan darat... jalan sungai jauh dan deras.
Naik tak sampai 10 minit. Charge RM 100.
Jalan kaki. Ada tempat kering. Ada tempat basah. Takat lutut ada. Takat atas sikit dari pinggang pun ada.
Hari makin gelap.
Bahagian terakhir ini sgt deras. Jalan raya sebelah sungai.
Air deras takat dada.
Ada bot tapi gilir2. 2 org sahaja satu jalan.
Ada truck mcm dekat cameron lalu.
Aku mintak suami tahan.
Tawakal dimintak truck kosongm boleh jalan semua sekali 1 trip.
Amin ya rabb. Alhamdulillah.
Memang kosong.
"Sorry kakak saya lambat datang juga"
Ya Allah, tak salah pun nak mintak maaf.
"Kakak ini ada keropok bagi adik kicik makan"
Aku tolak. Bukan sombong tapi keadaan tak kene.
"Kasi kakak kesian adik kicik"
"Tak pa. You makan. You dari tadi pusing bawak orang"
Ya, 2 3 kali dia lalu sebenarnya. Dan memang dia cakap nak datang ambik kitaorg cuma aku tak ambik port. Biasa la time darurat.
Rupanya mereka memang datang semula.
Suku jalan hampir dgn sungai abang ipar & adik beradik lain dah sedia nak redah deras.
"Tolong berenti boleh tak? Itu famili saya"
Air deras. Mereka berhenti dan turun redah air.
Tolong angkat beg2 dan bawak famili naik truck.
Mereka hantar sampai kawasan selamat.
Suami hulur sedikit iklas hati.
"Abang tak payah. Kami tolong ikhlas" sambil lari.
Suami kejar. Mereka lari.
"Abang kami tak mau duit. Ini hari abang esok kalu kami susah orang lain tolong"
Ya Allah sungguh aku nak nangis.
"Kakak, ambik ini keropok kasi adik kicik"
"Brother saya tak mau keropok. You makan. You sudah banyak tolong safe saya punya famili la"
"Kita sama-sama tolong la kakak" senyum.
Mak abah mertua aku pun ada sekumpulan penggunting rambut mamak yang tolong.
Bawak sampai tempat selamat.
Dan main kejar2 bile di hulur.
Sungguh. Mereka iklas.
Ya Allah. Rahmati la mereka.
0 style(s):
Post a Comment