Friday, April 27, 2007

Sesuatu...

Seringkali kita mengharap sesuatu yang tiada tapi sebenarnya wujud di hadapan mata, meminta sesuatu yang tidak terlihat tapi terlukis di semua ruang nyata, mencari sesuatu yang ada tetapi hilang terabai...
Berhenti. Lihat sekeliling. Tutup mata. Dengar suara hati.

Wednesday, April 18, 2007

Projek KisahRahsia

Projek blog Kisah-Rahsia ini merupakan satu projek sukarela. Ianya terbit di atas rasa empati kepada mereka-mereka yang bermasalah tetapi tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk meluahkannya dan mendapat pandangan yang bersesuaian. Pengunjung boleh memberikan pandangan mereka ke atas kiriman poskad yang di pamerkan di blog http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com melalui [contact me] atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com.

Anda di jemput menghasilkan dan berkongsi rahsia anda kepada Kisah-Rahsia tanpa perlu memperkenalkan diri. Setiap kisah / rahsia / cerita anda boleh berkisarkan harapan, kekecewaan, pengalaman kelakar, fantasi, kepercayaan, trauma, pengkhianatan, pengakuan, kemahuan, kisah lampau masa kecil dan pelbagai lagi. Luahkan segala yang anda inginkan di atas sekeping poskad asalkan ianya benar dan belum pernah di siarkan di mana-mana laman web, suratkhabar, buku dan lain-lain.

Rekaan poskad anda mestilah bersaiz 4 inci x 6 inci dan boleh dihantar melalui saluran [contact me] di bawah tajuk KONGSI KISAH KAMU di http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com. Anda juga boleh menghantar lebih dari satu poskad / hasil kerja.

Tips:
  • Gunakan ayat yang ringkas – lebih ringkas lebih baik.
  • Gunakan cetakaan huruf yang besar, jelas dan gelap pada perkataan yang ingin di tekankan.
  • Gunakan kreativiti – Ingatlah bahawa gambar pada poskad adalah kanvas anda untuk meluahkan segala rasa.
  • Gunakan bahasa yang difahami - Inggeris, Cina, Tamil (sediakan terjemahan dlm bahasa Malaysia) dan Malaysia.

Contoh: Sila klik LINK INI untuk lihat contoh


Notis:
Dengan menghantar maklumat kepada Kisah-Rahsia anda kepada kami bermakna anda telah menyerahkan hak cipta kepada pihak kami untuk menggunakan kisah-kisah anda untuk di cetak (sekali atau ulangan), di ubahsuai, di edarkan dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak memberikan kami hak-hak di atas, adalah di nasihatkan agar anda tidak langsung cuba menghantar hasil-hasil kisah / rahsia / cerita anda kepada kami. Pihak Kisah-Rahsia juga berhak untuk memilih, mengubahsuai and menukar susunan yang di buat pada ketika ianya di siarkan atau pada bila-bila masa di perlukan.

Segala hasil yang di serahkan kepada pihak Kisah-Rahsia boleh di gunakan semula atas apa jua tujuan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari pihak Kisah-Rahsia. Namun satu rujukan link perlu dibuat pada hasil tersebut yang merujuk kepada pihak Kisah-Rahsia.

Nama atau identiti atau butiran diri pengirim tidak akan di dedahkan tanpa kebenaran bertulis dari pengirim itu sendiri.

Sekian. Terima kasih.



p.s.: mohon kepada anda semua yang membaca menyebarkan maklumat ini. kerjasama anda semua di dahului dengan ucapan terima kasih.


Wednesday, April 11, 2007

blabbering

Ye memang summer sangat sekarang. Hujan pun turun sikit-sikit. Saja nak test market kot.

Aku ni sepatutnya dah lena diulit intan tapi entah pesal mata ni takmo katup-katup gak. Dah la kena bangun awal. Pastu mula la esok aku pening sebab tak cukup tido. Haishh..

Tadi around 8 ++ p.m. aku ada la sms no. kawan si MRQ. Tapi macam terkonfius. Terus aku pun macam ah biar jelahhh! So Mr. MRQ kalau you terbaca la blog ni kan, errr what happened eh? Ingat nak ajak you keluar lepak berkopi-kopian seperti yang telah i janjikan. Hehehe. Please get back to me a.s.a.p yer.

Kena pergi Loyat. Nak cari barang. Penting nih. Aku macam dah takleh bernafas selagi tak dapat mende alah tu. Kronik dah ha :p

Tau tak, instead of losing weight, i gain weight secara hebat? Something wrong somewhere. Kat mana aku boleh beli tali skipping ah? Hopefully, esok semua persoalan akan terjawab. Eceh. Yelah, kalau problem berjaya di-fix, aku akan dapat kurangkan berat badan secara normal. Insya-Allah.. aminnn..

Saya takut untuk esok :(

Sunday, April 8, 2007

Entry Tertunda

Psst... Irma, aku harap kau tak marah!


"Yes, I found my frog prince! Sadly, he's dummy..."

Thursday, April 5, 2007

brengset

Pertama sekali, ada orang telah mewujudkan konflik untuk aku. Aku kena pilih antara 2 yang mana kalau boleh 2-2 pun aku tak nak, tapi terpaksa pilih satu. Oleh itu, dengan brengsetnya aku membuat keputusan untuk tidak mau berfikir apa-apa. Malas nak layan.

Kedua, eh helo? Apsal semua hilang ni? Layan blues kah? Pelik aku. Tapi takpe, take your time. Aku pun haritu hilang jugak.. hehehe.

Yang ketiganya, emm, aku dapat sms lin, aku dah reply, so apa kata putusnya nih? Sabtu memang tak boleh, aku ada commitment lain. Jumaat is the best. Tak kisah la tengah malam pun takpe sebab big boss dan orang kuatnya takde rumah. So??

Eh, aku dah bagitau korang ke belum yang kepala aku dah botak?? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahaha. Brengset kan?

Dan yang terakhir sekali kan, aku nak tanya la. Betulke ada mamat hensem kat Timberland OU? Hak hakkkkkkkkkkk :p

* Jogging = 180 calories.
Aerobic = 174 calories.
Stair climbing = 163 calories.
Swimming = 160 calories.
Tennis = 146 calories.
Cycling = 118 calories.
Sex = 114 calories.
At the gym = 101 calories.
Walking = 90 calories.
Dance = 91 calories.

*sumber dipetik dari blog Kak Amyz. Teka mana satu favourite aku... ngiahahahahaha

Wednesday, April 4, 2007

-

Mana korang ni?

Hello? Hello?? Main semunyi-semunyi ehhh??? :p