Wednesday, April 18, 2007

Projek KisahRahsia

Projek blog Kisah-Rahsia ini merupakan satu projek sukarela. Ianya terbit di atas rasa empati kepada mereka-mereka yang bermasalah tetapi tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk meluahkannya dan mendapat pandangan yang bersesuaian. Pengunjung boleh memberikan pandangan mereka ke atas kiriman poskad yang di pamerkan di blog http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com melalui [contact me] atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com.

Anda di jemput menghasilkan dan berkongsi rahsia anda kepada Kisah-Rahsia tanpa perlu memperkenalkan diri. Setiap kisah / rahsia / cerita anda boleh berkisarkan harapan, kekecewaan, pengalaman kelakar, fantasi, kepercayaan, trauma, pengkhianatan, pengakuan, kemahuan, kisah lampau masa kecil dan pelbagai lagi. Luahkan segala yang anda inginkan di atas sekeping poskad asalkan ianya benar dan belum pernah di siarkan di mana-mana laman web, suratkhabar, buku dan lain-lain.

Rekaan poskad anda mestilah bersaiz 4 inci x 6 inci dan boleh dihantar melalui saluran [contact me] di bawah tajuk KONGSI KISAH KAMU di http://www.kisah-rahsia.blogdrive.com atau hantarkan emel melalui kisahrahsia [at] gmail [dot] com. Anda juga boleh menghantar lebih dari satu poskad / hasil kerja.

Tips:
  • Gunakan ayat yang ringkas – lebih ringkas lebih baik.
  • Gunakan cetakaan huruf yang besar, jelas dan gelap pada perkataan yang ingin di tekankan.
  • Gunakan kreativiti – Ingatlah bahawa gambar pada poskad adalah kanvas anda untuk meluahkan segala rasa.
  • Gunakan bahasa yang difahami - Inggeris, Cina, Tamil (sediakan terjemahan dlm bahasa Malaysia) dan Malaysia.

Contoh: Sila klik LINK INI untuk lihat contoh


Notis:
Dengan menghantar maklumat kepada Kisah-Rahsia anda kepada kami bermakna anda telah menyerahkan hak cipta kepada pihak kami untuk menggunakan kisah-kisah anda untuk di cetak (sekali atau ulangan), di ubahsuai, di edarkan dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak memberikan kami hak-hak di atas, adalah di nasihatkan agar anda tidak langsung cuba menghantar hasil-hasil kisah / rahsia / cerita anda kepada kami. Pihak Kisah-Rahsia juga berhak untuk memilih, mengubahsuai and menukar susunan yang di buat pada ketika ianya di siarkan atau pada bila-bila masa di perlukan.

Segala hasil yang di serahkan kepada pihak Kisah-Rahsia boleh di gunakan semula atas apa jua tujuan tanpa mendapat kebenaran bertulis dari pihak Kisah-Rahsia. Namun satu rujukan link perlu dibuat pada hasil tersebut yang merujuk kepada pihak Kisah-Rahsia.

Nama atau identiti atau butiran diri pengirim tidak akan di dedahkan tanpa kebenaran bertulis dari pengirim itu sendiri.

Sekian. Terima kasih.



p.s.: mohon kepada anda semua yang membaca menyebarkan maklumat ini. kerjasama anda semua di dahului dengan ucapan terima kasih.


0 style(s):