Wednesday, June 4, 2008

Setahun!

Hari ini. 4 Jun 2008. Genap setahun.

Setahun yang lalu, kalau aku tidak rebut peluang yang datang dihadapan mata, aku masih bergelar pelajar yang setia mengusung buku dan menggalas beg, turun naik tangga, keluar masuk dewan kuliah, bersengkang mata menyiapkan tugasan dan memerah otak menjawab soalan periksa.

Juga, tentu sahaja rumah baru itu, tidak mampu dimiliki sehingga kini.

Kerjaya ini membawa aku mengelilingi segenap pelosok bumi bertuah ini. Sehinggakan nama tempat yang sebelumnya agak janggal kedengaran juga telah kujelajahi. Seronok? Ah, tentu sahaja! Siapa yang tidak seronok kalau dapat berjalan-jalan yang tiket penerbangan dan penginapannya ditanggung, ada pemandu yang datang menjemput dan dihantar pulang? Cuma sediakan sajalah duit untuk ber'shopping'...

Setahun sahaja. Setahun yang penuh bermakna. Setahun yang menukar status diri. Dari seorang pelajar kepada pencari rezeki. Juga dari status 'it's complicated' kepada tunangan orang (hahaha...). Hikss, tak sangkakan? Setahun, 365 hari, 52 minggu... sekejap je masa berlalu.

1 style(s):

Anonymous said...

ngeheheheheh......

org blajo2 setahun masuk keje dah ada itu ini berubah itu ini

aku 6 tahun koje
menten
tang tu
weheheheheh
whut the heck gonna be with me pun sendri tak bleh jawap