Tengok sekejap ek
Menu beralih tangan.
Boleh que tak?
Tak, nak tengok sekejap jer!
Dia tengah tengok, boleh kasi balik?
Just nak pinajm tengok sekejap jer. Eh tengah tengok ke tadi?
Tak le I pegang jer!!!
Kalau lelaki tengok insiden tue, for sure she win and I'm lose!
Gone be by gone without apologize.
Muke putih, licin.
Mata cantik.
Tapi manners out!
Sunday, August 31, 2008
tengok sekejap jer
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 11:05 PM 1 style(s)
Friday, August 29, 2008
Bencinya
Nak emosi sikitlah kat sini. Kat blog sendiri macam malas nak emosi-emosi sgt. Nasib baik ada tempat lain nak tulis-tulis.
Akak bukan apa. Akak tak suka langsung dengan orang yang annoying. Macam akak update status dekat facebook, how I bored with stupid and annoying people.
Bukan apa. Akak tak sukalah orang tanya-tanya hal peribadi akak sedangkan dia bukan kenal akak sangat. Bukan rapat dengan akak sangat. Tetiba nak tanya, eh, bila kau nak kawen. Sampai hati tak bagi tau aku. Kendian, ada lagi sorang umat ni, tanya-tanya banyak sangat tentang akak dengan si SuperHero. IIeee.. Bencinya. Apekejadahnya? Diorang tu ala-ala best friend ke nak diberitahu semua tentang akak kat dia? Puhlis lah!
I'm always like that. I kinda person yang tell anything about me to someone that closed to me. Not to some other stranger kan? Gile ke suka-suka hati bgtau hal personal kat orang lain?
Since akak tak suka beritahu hal personal kat orang. Jadi orang yang tanya too much details about myself, akak akan rasa annoyed tak ingat dunia punya annoyed. Tak suka oke! Hii.. Emosi mak tau! Rasa macam kena harass je. Tak selesa bila ditanya bertubi-tubi macam tu, hal peribadi/peribodi pulak tu.
I dont mind to tell other about myself. But, if you ask in the right way, I'll tell you the truth, honestly. But if you like semberono je tanya-tanya ape semua. Hell no, I wont tell anything at all.
Kat sini bukan Awin, Lyn & Sya je baca. Ada orang lain juga baca kan? So, akak tak prefer nak bagitau apa-apa tentang akak kat sini. Takpe. Ada cara lain untuk beritahu kan? ;-)
Itu saja luahan emosi kali ini. Harap next entri tidak emosi seperti ini. :-)
the glamorous Amyz! singing at 10:03 PM 1 style(s)
Monday, August 25, 2008
mainan.
bohong. sebenarnya aku rasa yang bermacam-macam. campur-aduk. rasa macam tak percaya, rasa seronok, rasa kasihan.
dia pegang tangan aku. kuat-kuat. aku macam tak tahu apa nak buat. dan dia cakap dia tak akan lepaskan aku lagi. macam dulu.
kepala aku pusing-pusing. tapi hati aku tetap tak ada rasa. saja aku matikan segala rasa yang ada. aku tau dia pun sama pusing. jasad saja yang ada. fikirannya tentu saja kembali pada yang menelefon sebanyak 13 kali.
aku diam.
betapa istimewanya aku. sampai sanggup dibohong pada mereka, sampai langsung tidak peduli pada yang asyik mencari dia. semata-mata kerana aku?
biar betik mamat ni.
cuma, aku tak tahu kenapa aku hilang rasa percaya pada lelaki lagi..
the glamorous * dina * singing at 10:42 PM 0 style(s)
Sunday, August 24, 2008
I'm an eagle.
But i'm become a duck coz I'm in the wrong place.
the glamorous Blur Clairvoyance singing at 11:40 AM 0 style(s)
yang paling aku nak ingat sampai bila-bila
sambil-sambil tonyoh maskara dan eye-liner pakai toner, aku ngomel tak sudah-sudah. tapi bukan marah ye.
percubaan pertama gagal. tapi sumpah aku tak marah. percubaan kedua tinggal beberapa jam dari sekarang. jantung aku, perut aku, semua bunyi pelik-pelik.
dulu, disebabkan dia lah aku pernah kena marah dengan bapak aku. tapi bukan salah dia pun, bapak aku je yang tak paham.
kalau aku ni suatu bentuk sejarah, tanpa dia aku ni mungkin jadi pasir saja..
the glamorous * dina * singing at 11:04 AM 0 style(s)
Thursday, August 21, 2008
my aftermath.
dah tak ada benda yang perlu aku cakap pun.
p/s: rindu kat sya & amyz. lin tak sangat sebab dah jemu la tengok muka dia :p
the glamorous * dina * singing at 10:52 PM 0 style(s)
Tuesday, August 19, 2008
It Is Life, Aight?
Kita happy-happy~
Tapi. Bukan semua orang suka kita happy. Kan?
:-)
Biarlah diorang. Ok?
Janji kita happy dengan diri kita. Dengan cinta kita. Dengan famili kita. Dengan kawan-kawan kita. Itu lagi penting.
Elo. Orang yang tak suka tengok kita happy tu. Sila pegi jawoh-jawoh yek! Kita tak perlukan orang macam kamu untuk ganggu-gugat kebahagiaan kita.
Yang penting. Kita happy! No matter what. :-)
Awin, Lin & Sya. Misyu. Mwah!!
the glamorous Amyz! singing at 10:46 PM 0 style(s)
Wednesday, August 13, 2008
kereta binatang atau rumah buah
"Cik tak nak beli kereta baru ke?"
Aku pandang akak tu dengan muka 1001 pertanyaan kembali.
"Yelah, kereta binatang tu tak sesuai dengan Cik lah. Kami yang kerani pun pakai kereta besar."
Dia refer kereta kancil aku sebagai kereta binatang. "Tak pe, masih boleh berjalan lagi kereta tu."
"Dah berapa lama cik pakai kereta tu?"
"Sejak saya ditingkatan 2. Tapi, dulu mak saya lah yang bawa."
Dia diam sambil kepalanya terangguk-angguk. Mungkin mengira usia kereta binatangku itu. Biarlah dia.
Antara kereta baru dengan rumah baru, aku pilih rumah baru sebab kereta yang ada masih boleh bergerak. Minyak pun boleh tahan jimatnya. Servis pun tak berapa mahal berbanding kereta besar yang lain.
Bagi aku, kereta itu liabiliti yang perlu ditanggung kosnya bertahun-tahun. Malah, saban tahun kos membaiki kereta akan naik dan tak pernah turun. Sedangkan rumah pula, sampai satu ketika, ianya merupakan aset yang boleh mendatangkan hasil lumayan.
Lagipun, aku bukannya nak makan, tidur, mandi dan menonton tv dalam kereta tu!
the glamorous Cik Cah singing at 2:30 PM 0 style(s)
Monday, August 4, 2008
Baju Pengantin: Kisah 1
"Meh sini dik oii, try baju ni..."
Aku buat muka blurr pandang kain yang masih bergulung pada kayu. Kakak tu (aku agak dia kakak pasal muka dia matured, hahahah!) ambil kain lining yang bergulung pada kayu dan ikat pada badan aku. Kemudian dia ambil kain lace dan buat seperti tadi.
Tarraa... dah siap baju pengantin aku (hikss, walaupun prosesnya taklah semudah itu).
"Kau ni, kecik-kecik lagi dah gatal nak kahwin." Dengan muka selamba dia membebel sambil membetulkan kedudukan kain tu pada badan aku.
"Apa pulak..." Dengan muka tak puas hati, sesuka rasa dia kata aku gatal, kang aku tak jadi beli kang. "Ibu, kakak ni kata kakak budak kecik." Kali ni aku ketawa besar.
"Baper umur kau ni, dik?"
"Saya dah 27 lah kak..." Mata dia terbeliak. "27 tahun, kak."
"Kau biar betul! Aku tengok macam 22 tahun je sebab tu aku kata kau gatal nak kahwin."
Tak pasal je.
Moral of the story:
Ketawa banyak-banyak, walaupun pipi kita tembam, tapi kita tetap maintain muda!
the glamorous Cik Cah singing at 10:51 AM 2 style(s)