Monday, August 25, 2008

mainan.

aku macam tiada rasa.

bohong. sebenarnya aku rasa yang bermacam-macam. campur-aduk. rasa macam tak percaya, rasa seronok, rasa kasihan.

dia pegang tangan aku. kuat-kuat. aku macam tak tahu apa nak buat. dan dia cakap dia tak akan lepaskan aku lagi. macam dulu.

kepala aku pusing-pusing. tapi hati aku tetap tak ada rasa. saja aku matikan segala rasa yang ada. aku tau dia pun sama pusing. jasad saja yang ada. fikirannya tentu saja kembali pada yang menelefon sebanyak 13 kali.

aku diam.

betapa istimewanya aku. sampai sanggup dibohong pada mereka, sampai langsung tidak peduli pada yang asyik mencari dia. semata-mata kerana aku?

biar betik mamat ni.




cuma, aku tak tahu kenapa aku hilang rasa percaya pada lelaki lagi..

0 style(s):