Wednesday, August 13, 2008

kereta binatang atau rumah buah

Kereta binatang atau rumah buah (baca: sebuah)

"Cik tak nak beli kereta baru ke?"

Aku pandang akak tu dengan muka 1001 pertanyaan kembali.

"Yelah, kereta binatang tu tak sesuai dengan Cik lah. Kami yang kerani pun pakai kereta besar."

Dia refer kereta kancil aku sebagai kereta binatang. "Tak pe, masih boleh berjalan lagi kereta tu."

"Dah berapa lama cik pakai kereta tu?"

"Sejak saya ditingkatan 2. Tapi, dulu mak saya lah yang bawa."

Dia diam sambil kepalanya terangguk-angguk. Mungkin mengira usia kereta binatangku itu. Biarlah dia.


Antara kereta baru dengan rumah baru, aku pilih rumah baru sebab kereta yang ada masih boleh bergerak. Minyak pun boleh tahan jimatnya. Servis pun tak berapa mahal berbanding kereta besar yang lain.

Bagi aku, kereta itu liabiliti yang perlu ditanggung kosnya bertahun-tahun. Malah, saban tahun kos membaiki kereta akan naik dan tak pernah turun. Sedangkan rumah pula, sampai satu ketika, ianya merupakan aset yang boleh mendatangkan hasil lumayan.

Lagipun, aku bukannya nak makan, tidur, mandi dan menonton tv dalam kereta tu!

0 style(s):