Monday, May 4, 2009

melaka dan cebis-cebisnya.

kenapa bila kita nak luahkan apa yang kita rasa, semua tu macam tersangkut kat tekak? in the end, kita jadi malas nak cakap. lantak.

lepas tu, rasa lagi benda yang sama. bila nak cakap, semua perkataan-perkataan yang dah disusun jadi caca merba. haih. sudahnya, mesej yang cuba untuk disampaikan jadi bercelaru. si penerima jadi bengang. si penghantar jugak yang frust..

pelajaran paling 'perit' aku belajar. kalau tak tau apa nak cakap, duduk je diam-diam. letak handphone tu jauh-jauh.

sebab bila nak jernihkan balik situasi yang mula keruh, seksanya tuhan saja yang tau.

he never fails to surprise me. macam kuda liar. kau tak boleh nak ikat dan kepung dia. kena biar je dia lepas bebas. kalau dia nak, dia pasti datang.

Thursday, April 30, 2009

lari laaaaaa...hai kuda kuuuuu

lama dah tak menari tango jari nie
to be honest password pun aku dah lupa
menulis melepas kan batuk di depan pc pada yang takkan tau
sebab tiada tangga

depan aku berbaris berjuta org yang mahu mengadu itu ini, minta itu ini
di tepi aku berdetik setip saat mengira setiap laku
di sisi aku segala tanggungjawab hidup
hasil laku yang lepas-lepas

aku rimas aku lelah
pusing belakang mahu lari
lari pada yang aku rasa itu kaunter aduan aku
berlari bersungguh sambil menangis dengan 1 harapan melepaskan lelah di bahunya
tapi
ya tapi
baru separuh ela berlari penjaga kaunter aduan yg di harap dah hembur macam-macam
dah kritik macam-macam
itu ini salah nya

mana aku nak lari lagi???

Wednesday, March 11, 2009

bilik hotel kami dirompak. byk brg hilang. mujur laptop n kamera aku x diangkut skali.

aku ok. tp agak bengang dgn management hotel seri malaysia kuantan... lembab

will be updated soon...

Monday, March 9, 2009

From Skudai With Love

Hello divas..
How are you girls doing? Akak selalu ingat & harapkan korang happy and enjoy living your current life. Without me yang jauh ni, dan tak selalu dapat jumpa u girls, jauh.. :-)

Humm.. God know how much I miss you girls so much!

:-)

*smile with tears*

Thursday, March 5, 2009

Sunset in Uluwatu



Cantik?

More pictures coming soon...

Di Uluwatu ini, air lautnya berwarna hijau.
Bukan biru.
Bukan putih.
Tapi HIJAU.

Tak percaya?
Cuba tengok di bawah ini...

Tuesday, February 24, 2009

Jutawan!

Persoalan:
Haihhh...
Bilalah nak jadi jutawan?

Percaya tak?
Semalam.
Tiba-tiba jadi jutawan.
Duit kepuk-kepuk dalam purse sampai tak boleh katup.

Huiyoooo...
Kayanya aku!
Eh, ini bukan setakat kaya aje...
Dah jadi jutawan ni!!

Aku senyum.
Pandang muka Mr. Hubby.
Dia pun senyum.

"Sayang, kita dah jutawan. Jom, pergi beli BMW 5 series, tanah berekar-ekar dan bina rumah banglo..."

Tapi, sayangnya... ianya sekadar 5 Juta... Rupiah.

Friday, February 13, 2009

Belum masanya

Yakinkan diri.

Kalau rezeki itu bukan untuk kita, paksa macam mana pun, ia masih belum tentu jadi milik kita.

Betulkan?

Glad to hear that I'm one of the shortlisted candidate yang dipertimbangkan untuk jawatan itu. Jawatan penting. Bukan kenaikan pangkat. Tapi, at least people will look up at you.

I'm new here. Bulan enam (Jun) ini baru genap 2 tahun aku di sini. Pesaing aku itu, seorang lelaki, sudah bertahun-tahun di sini (lebih dari 5 tahun). Pengalamannya lebih banyak. Sudah tau selok belok permainan politik di pejabat ini dan juga negara.

A great competitor. Jadinya, aku tidak ralat sangat pun kalau tidak dapat. Lagi pun dia seorang lelaki yang masih bujang (read: handsome juga). Dan faktor, aku seorang perempuan yang telah berkahwin juga mempengaruhi keputusan ahli panel yang memilih.

Aku tidak tahu tentang jawatan itu dan tentang pemilihan calon. Sumpah. Sehinggalah hari ini. Ada kakak yang baik hati dan comel yang telah memaklumkan aku mengenainya.

At least, berita itu mampu menceriakan aku untuk hari ini. Alhamdulillah.

Smiling all the day...

Tuesday, February 10, 2009

Roda Kehidupan

Hidup perlu diteruskan walau apa pun halangannya

Itu yang aku belajar sejak beberapa tahun kebelakangan ini; setelah mengenal erti kehidupan dan kekecewaan. Melihat, menilai dan menafsir roda-roda yang berputar di sekeliling ruang lingkup kehidupanku yang tidak terlalu besar ini.

Manusia tidak pernah puas sifatnya. Ada saja yang tumbuh dihati yang bernanah cemburu dan iri hati. Baik adik beradik, saudara mara, mahu pun yang tidak pernah kenal, sifat cemburu akan kejayaan orang lain memang sedia ada. Tapi kalau di ambil secara positif, makan positif lah hasilnya. Cuma apabila perasaan negatif yang muncul, bermacam-macamlah natijahnya.

Beberapa minggu ini, keluarga aku diganggu dengan 'benda-benda' yang tidak nampak. Entah siapa punya angkara pun aku tidak pasti. Siapa pun dia, biarlah Allah sahaja membalasnya.

Friday, January 23, 2009

My status today...

With all these craps and shits, I rather stay home than working with bunch of i-d-i-o-t-s!

YUP! Sekarang ni aku rasa demotivate. SANGAT! I try my best to deliver the best outcome, bukan untuk aku sorang, tapi for the whole bahagian. Tapi, apa aku dapat? Orang mengata belakang? Great, just GREAT kan? What a wonderful life...

F*uck*ing SH*IT lah woi!

Aku lagi suka kalau kau boleh datang jumpa aku and tell me straight to my face, "You can't do that, you can't do this" and explain why... Daripada korang kecoh kat belakang and I never knew what and why. 

Apa, korang ingat... dinding tu tak pandai bercakap?

Kadang-kadang, management pun as idiot as its ultimate *kononnya* law, kan? 


Thursday, January 15, 2009

1+1=2

I
I learn my lesson.
So boleh tak kalo tak bebel. Bingit. Serabut.

II
Dosa fitnah tu sama besar membunuh.
Makin di kata makin saya tawar hati.
Sungguh.
dan buat saya annoy.
Mungkin punca kuasa dua.
tapi kaji balik sebelum tawar jadi pahit.
Sungguh.

Monday, January 5, 2009

The End

:-)
Selamat Tahun Baru (yang terlewat) kepada adik-adik yang baik, Awin, Lin & Sya. Semoga tahun baru ini lebih beerti dan memberi seribu bahagia & rahmat kepada semua. May Allah bless you. :-) Thanks for always being there for me, in good or bad time. Love u guys! A lot!

Sya, selamat pengantin baru (yang terlewat juga. hehe). Semoga berbahagia ke anak cucu. Hehe.

Nak inform sikit. I just deleted my blog. I don't feel like writing anymore. But I'll keep this blog. Tidak lah nak meremove diri sendiri dari blog ini, selain diremovekan nanti. Haha. Naaa.. Just in case kalau nak menulis sekali sekala.

But I'll keep my facebook updated. No worries. ;-)

Rindu sangat kat korang. Secara tiba-tibanya puleks. Hihi.

Itu sajalah. Nanti-nanti, tulis lagi kot. Insya Allah. :-)

Tuesday, December 30, 2008

awal muharram. hehe.

a quick update, eisya & amyz dah selamat menjadi bini orang. hehehe congrats ye korang ;)

lin is to be next, insya-Allah *suka-suka hati aku je kan. mau kena hempuk dengan lin nih!*. eh, rudy kurekure pun dah selamat jadi suami orang last week. tahniah. jalankan kewajipan anda sebaik mungkin okeh.

another year is about to leave us all. kejap je.

moga 2009 lebih happening. hehehe. as in, better prospect for everybody lah. aku pun doa-doa ni. biar bertemu jodoh tahun depan. eh tak. bertunang tahun 2009, kahwin 2010. macam yang dah dirancang secara poyo tu la kan.. wahahahahaha :p

Sunday, December 7, 2008

"bila kau kembali.. bila kau kembali nanti.."

lamanya gua tak menaip kat sini. bukan tak cuba, dah banyak kali, pastu aku cam lost of words just like that *start dah manglish aku*.

masih awal la kot untuk aku recap 2008. banyak yang dah berlaku kan. awal tahun yang palat, tengah tahun yang gampang, akhir tahun yang sedikit membahagiakan *smile winn smile*. i thought 2008 would bring me nothing but luck. and i was wrong.

untuk kali yang ke-sejuta, terima kasih. to have a little bit of me in all of your hearts *you know who you are kan kan ;)*. to catch me when i pushed myself into the deepest hole (ferrr!! takuttt!!). because regardless all that shits, i've learned. and i lived.

to amyz and sya, you guys are soooooooo out of our single-and-loving-it league. hahaha. buat baby cepat-cepat. bukan susah pun kan.. hehehe.

to lin and *ehem* aie, kau orang pun dah kira boleh resign from the club. although it's unofficial. i can run the club on my own, you know. cewah.

to myself, hmm, it's okay to be different. it's okay to be cruel once in a while. it's okay to have a relationship that no one would understand. it's okay to fall and get crushed. it's okay to dream big when you know you ain't go/getting nowhere. it's okay to show what you're made of once in a while. it's okay to let go. it's okay to be introvert when needed. it's okay to be ugly and stupid. it's okay when no one remembers you.

all in all, everything will be okay. think for 10 seconds before you say anything. think 30 seconds before you decide to buy anything (hahaha!).

and i think it's okay to miss a not-so-stranger who is currently on his way back to penang for aidiladha. which i unconsciously dialled his number this morning, talked to him in the most *ehem* sexy voice ever, and all that i could remember is saying, "awak dah sampai karang sms kita ek. take care". the rest of the conversation, aku rasa cam aku tak ingat apa aku cakap. mati la. selalu macam ni tau.

ok lah. selamat hari raya aidiladha to all. hari-hari kita kena berkorban; hati, jiwa dan akal.


*cewaahhh! :p*

Monday, December 1, 2008

We Knows

Bila kita tahu, dalam hati kita ini. Very deep inside our heart. We knows. Dialah orangnya. She or he is the one. Soul mate. Belahan jiwa.

Jadi mengapa kita harus tunggu lama untuk menjadikan dia kepunyaan kita selamanya?

And then, sangat keji ok, membiarkan seseorang menanti kepastian kita untuk menunaikan janji hidup bersama.


Kan?


I had enough of waiting. Sangat penat. Sangat letih. Dan sangat mengecewakan~ :-(



So, I couldn't wait more longer to make you're mine. Cause, when I fall in love with you, I don't want to let you go, and I couldn't wait anymore..

Friday, November 21, 2008

Bijak Pandai?

Kehadapan Cik Puan Penolong Pengarah yang dikasihi,

Maklumat yang saya minta tempoh hari adalah berkaitan dengan sejarah, objektif dan perlaksanaan program yang puan laksanakan untuk di masukkan ke dalam pamphlet bahagian puan untuk tujuan promosi.

Bukannya GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM seperti yang puan serahkan kepada saya.

Jika mengikut logik puan, sepanjang hidup puan, pernahkah puan melihat pamphlet bahagian/jabatan/kementerian/bank yang mengandungi GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM?

Sekian, terima kasih.

--------------------

Aku: Saya nak buat pamphlet ni.
Pegawai x: Pamphlet tu apa?

(Aku buat muka blurr. Pamphlet tu apa ek? Gula-gula kot)


Arghhh! Tekanan perasaan!

Aku tak tahu diorang ni hidup zaman apa. Mungkinkah zaman dinosour yang memungkinkan mereka tidak memahami bahasa mudah yang aku gunakan. Rasanya umur mereka dengan umur aku, tidak banyak bezanya. Ah, kalau setakat 4-7 tahun... jauh sangat ke beza umur tu?

Sunday, November 16, 2008

tick ing out

There are a lot inside which i don't know how to split it out.
Like previously, like before.
happy and sad all together in every step.
I get some i lost some.
just wonder when can completely get all of it.

Monday, November 10, 2008

Mencari Bahagia

Kalaulah 'bahagia' itu seperti barang yang boleh dilihat dan dipegang, apakah jaminannya bahawa ia tidak akan hilang?

Saturday, November 8, 2008

dolu-dolu

tiba-tiba teringat zaman Geng Kelawo dulu. eh aku still CEO ke ek?
hehehehe :p




ok takde idea dah.

Monday, November 3, 2008

Kisah Bakal Pengantin: Pakej Perkahwinan

Memula tu aku tengok pakej dia, RM1288. Ada 2 pasang baju untuk lelaki-perempuan, 2 kali make-up (nikah dan sanding), pelamin. Oklah kot. So, dengan confident dan berwajah manis, aku pergilah tanya pakej tersebut.

HAH, ambil kau!! Rupanya pakej tu tak termasuk:
+ RM300 Transportation lori untuk hantar dan ambil set pelamin yang ala-ala
+ RM200 Transportation make-up artist untuk pergi-balik, sehari (kalau nikah dan sanding hari lain-lain, kali 2 dan seterusnya)
+ RM500 Hiasan bilik (cadar sendiri, cadar dia punya RM780)

Adehhh, sengal! Terbeliak sat biji mata aku. Gilalah diorang ni. Kereta dia pakai minyak apa? Minyak jet ke? Harga minyak petrol kereta dah turunlah kak oi!

Hiasan bilik tu, bukannya pakai bunga fresh. Bunga plastik je. Boleh sampai RM500. Memang cari duit betul lah diorang ni.

Dan, aku bukannya sewa baju dgn dia, just make-up dan pinjam beberapa aksesori aje. Dari sewa baju RM400 sepasang lelaki-perempuan, baik buat baju sendiri. Boleh pakai sampai bila-bila atau kalau rasa nak kahwin lagi. Pelamin yang dia tunjuk pun, ala-ala tak meriah je. Too simple, kosong sangat.

Aku ingatkan kalau ambil pakej kat One Stop Center ni lebih murah berbanding perseorangan, rupanya lebih cekik darah! Itulah kau, orang nak kahwin, kau pun nak kahwin. Tapi bajet ciput. Rasakan!

Eh, tak ada ke rancangan tv, Perkahwinan Bajet? Melancong pun ada rancangan tv, Destinasi Bajet (8TV). Dah, dah... melalut pula. Hmm, kesimpulannya, carilah orang lain.

So, kawan-kawan... pencarian juru make-up, penghias pelamin dan bilik tidur bakal bermula.

Wednesday, October 29, 2008

Hiiieee

Lama tak update kat sini. Hiks. :-)

Tak ada benda sangat. Cuma sangat pening dan sibuk dengan persiapan. Persiapan nak exam k~~ :-p

Persiapan lain akan di-busy-kan selepas tamat exam nanti.

Hooyeh!!