Friday, January 26, 2007

Itik oh Itik...

Lagi gambar itik yang berjaya meng'confuse'kan kami.


Ini adalah gambar sebenar, bukan gambar teknik mirror dari entry sebelumnya (kalau buat teknik mirror dari entry sebelumnya pun tak boleh dpt gambar cam ni!).

Tiga ekor itik ini sering bersama, dari awal kami perasankan kehadirannya sehinggalah ke saat-saat terakhir untuk kami pulang. Mereka terus bertiga tanpa memperdulikan itik-itik yang lain, ke hulu, ke hilir, ke mana sahaja.

Tambah memeningkan kepala, itik-itik itu mampu mematuhi segala permintaan dan kata-kata Irma, walaupun Irma berlari ketakutan apabila itik-itik itu mendekatinya, namun mereka tetap berusaha mendekatkan diri dengan Irma.

pssttt... Irma, aku rasa bau banjir kau tu menarik mereka untuk mendekati kau lah. Ala-ala rindukan kampung halaman mereka gitew! Hahahaha...


Itik oh itik,
kenapa engkau ikut Irma...
Macam mana aku tak ikut...
Irma bau banjir!


Sekian sahaja entry kisah itik dari saya yang di sudahi dengan lagu "Itik oh Itik"


0 style(s):