Hye. Lama tak tulis di sini. Rindu!
Selasa ke Melaka. Dua hari di sana. Waktu perjalanan ke sana. Terfikir, adakah ini feel dan rasa bagaimana nanti meninggalkan Kuala Lumpur tak lama lagi? Terfikir, rindu yang bakal aku tanggung sewaktu berada di sana. Untuk 3 tahun lamanya.
Imajinlah. Terlalu lama di KL. Terlalu biasa di sini. Terlalu manja. Terlalu selesa. Tentu, pastinya sudah tentu, mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Mungkin waktu menyesuaikan diri itu, aku meronta-ronta untuk kembali ke KL. Atau mungkin waktu menyesuaikan diri itu, aku menangis setiap malam, menanggung rindu yang sarat-sarat dalam dada ini.
Itu cuma kemungkinan yang aku pasti aku alami. Cuma antara teruk dengan tidak sahaja. Tu pun aku berharap home-sick tidak seteruk mana.
Internet kan ada... Pasti sedikit sebanyak rindu pada kamu semua aku dapat ubati. :) *Ayat sedapkan hati sendiri. Haha.*
Jaga diri ya, adik-adik. :-) Gonna misshhhh you girls sooooo very much! :-)
Friday, December 14, 2007
the glamorous Amyz! singing at 9:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 style(s):
naik pangkat ek?.tahniah then.
barangkali perpindahan itu akan ada hikmahnya cuma belum diketahui lagi bila tibanya.percayalah!.
ayob : aku tukar status dari penjawat-awam kepada pelajar. Haha. 3 tahun.
Post a Comment