Wednesday, February 28, 2007

Welcome

With wide open arm.
To wish.
All the best!

For the Gurl.
Who gonna step in.
To working class world.


Oh last wish.
Hopefully U wont face a crap working enviromet like...
Me!
:)

Tuesday, February 27, 2007

Current Condition

Flu + Cough + High Temperature = Sleeping... Sleeping... Sleeping... & more Sleeping!


Anybody wants to bring food? :D


"I prefer lasagna..." - Garfield-



Psst... mungkin sebab banyak sangat ketawa hari minggu yang lalu.

Sunday, February 25, 2007

doa

Cerita pendek jelah ye.
  1. Kawan aku masuk ICU. Setakat ni aku belum tau lagi apsal. Tengah tunggu news dari kawan-kawan dia.
  2. Hari ni hujan sangat lebat. Aku perasan kalau ada benda buruk jadi mesti akan ada hujan. Tapi hujan tu rahmat. So sama-sama lah kita doakan yang kawan aku tu takde apa-apa.
Tu je kot.

Wednesday, February 21, 2007

kisah keyboard

Dulu, aku ada satu hobi. Masa tu aku masih kat sekolah rendah lagi la. Hari-hari aku tengok ayah aku main keyboard ke organ entah *sampai sekarang aku takleh nak differenciate dedua tu*. Biasanya time dia start jadi Mozart, aku berdiri kat sebelah or aku nyanyi or aku berjoget *entertainer wannabe kan*. So sejak tu aku pun nak jadik err.. emm.. cam sapa ek yang pandai main piano time tu? Oh. Stevie Wonder :D

Hehehe aku main, main, main sampai aku rasa macam dah cukup terer la *padahal the only songs yang aku bleh main adalah lagu polis, lagu 'i just call.. to sayyy.. i loveeee youuuuuu' dan juge lagu cam tah pahape yang aku main belasa jelah tekan kan*.

Mai adik-adik aku, huh, jahanam la keyboard/organ tu haa. Sedih aku. Pastu aku cam buat ayah aku janji yang dia kena belikan yang baru. Hahahaha tau tak berapa tahun aku tunggu baru dapat?? Rasanya macam 15 tahun kot. Bila dah dapat, dah ada depan mata, cam tak sentuh sangat pun.. eeee.

Oleh itu, esok aku nak try main balik ah.


Mariah Carey wannabe hak hakkk

Monday, February 19, 2007

3 minah ngantuk

3 minah ngantuk kata tak lapar sangat konon-konon nak beli snek buat kunyah sambil borak.
Alih-alih pegi Mc D, beef foldover prosperity 1 set + Chicken Mc Nugget Large set.

3 minah ngantuk lepas kenduri tengah-tengah panas ada hati nak ber foto gediks.
Alih-alih duduk dekat RASA, Alamanda dekat setengah jam layan mengantuk masing-masing.

3 minah ngantuk
balik rumah qada tidor sampai lebam!

Itu citer semalam. Ini siaran tertunggak.

Sunday, February 18, 2007

Slumber party

Wah, wah, wah mek... kutuk kitorang eh? Kitorang dah bangunlah cuma malas nak buka pintu je. Yelah, ada orang tu, ye-ye je kira baper jam dia dapat tido. Konon-konon sampai kul 10 pagi, tapi alih-alih kul 8 macam dah sedar diri kan... Hehehehe...

Slumber party kat rumah Awin betul-betul slumber kitorang je. Gelak macam orang gila pukul 3 pagi. Nasib baik jiran Awin banyak tak der kat rumah or maybe diorang tidur mati hingga tak sedar yang kitorang gelak macam hantu :D

Ada sessi 'you scratch my leg, I scrath yours!' Hehehehe... sedap ek mek kena urut refleksologi? Next time kita buat lagi eh? Bila zaman lah pulak tu... Tunggu masing-masing kerja n kita duduk serumah lah ye? Berangan kan free... :P

Sepanjang malam (pagi kot), aku tidur sebelah orang yang berselubung satu badan dengan selimut. Nasib baiklah bukan selimut putih or kain batik. Ngeri siott... Hikss, sorry eh mek :P

Oklah... sakit perut nih... Panggilan alam! daaaaaaaa.....




post-mortem kenduri kot nih

Di saat aku menaip ayat ini, lin dengan sya still tido kot.. hahaha.. ye-ye je nak bangun pukul 8 la bagai :P

Diorang sleep over kat sini sebab tengahari karang ada kenduri kahwin kawan-kawan diorang kat BTR. Pastu aku pun cam kena angkut jugak la.. pakej nih. Hihihihi.. semalam lepas makan mcd dan sembang-sembang, dan jugak sesi urutan kaki yang di-sponsor oleh sya *best gile!*, dalam 4 a.m. baru memasing masuk tido.

Malam tadi punya wedding reception macam ok, but not quite as what me & lin expected. Dah la sampai ngam-ngam time semua baru nak start makan, lepas je abis makan pengantin turun salam-salam pastu dah. Abis. Pastu aku dengan lim cam "aikkkkk??! Dah abis ehhh".. hihihihi. Makan sedap jugak tapi tangan aku abis kuning sebab semua kena makan pakai tangan dan lagi pulak tau jelaaa makanan berempah-rempah ni kan.. pastu cam dapat laddoo. Semua bagi aku. Hahahaha sebab aku suka! :P

Laddoo tu apa? Donat laa.. ehehe tak, acah je. Laddoo tu manisan yg bulat-bulat yang orang india selalu makan tu. Kawan aku yang kawin semalam tu india muslim, so macam 90% guests semalam memang bangsa tu la.

Bebudak UTM yang ada semalam tak ramai yang aku kenal. Semeja dengan lizard, zam, areen & pipi. Nasib lin ada teman. Budak-budak lain semua citer pasal betunang, kawin dan anak-anak *sadissss hahahaha*. Tetiba lin cam dapat call.. oo si penjejak minda pun ada rupanya! Tak sangka aku huhuhuhuhu.

Semua comel-comel. Aku je yang cam tak. Tapi nasib la tak sorang pun yang tanya aku pasal HWD. Bagusss hehehehe. Shadappp yu ol :D

Eh eh cerita penting lupa plak nak letak sini. Semalam on the way nak pi amik lin kat rumah dia, time tu aku tengah sembang dengan areen. Tiba-tiba aku dengar bunyi cam kene tembak yang sangat kuat dan cermin depan kancil aku tu retak seribu sejuta!!! Waaaaaa aku tediam la jugak dalam 5-10 saat. Pastu aku tengok areen cam ok, aku pun ok kot. Ada la sesikit kaca yang kecik-kecik halus-halus tu cam tekena kitorang. Sian areen. Aku dah la pakai suar pendek tapi nasib tade kaca yang telekat la. Misteri gila. Tade batu, tade keta kat depan, tetiba je pecah. Pecah dari dalam pulak tu. Memang tokojuit la den! Tapi cam sedikit bangga sebab aku tak panik dan terus melelong time drive tu :D

Memang memula tu aku ingat kena tembak dah *tatottt!!!*.

So ok lah kot. Aku punya kronologi cerita abis semua beterabur dah haaa.. hehehehe. Later.

Wednesday, February 14, 2007

hahaha marey mareeeyyyyy

Hahaha harini gua nak konker ini blog! Hari ni je okeh :*

Ok, aku dah dapat 'date' untuk Sabtu ni, thanks lin :*. Aku harap lin datang besiap kat rumah aku jela senang. Nanti boleh terus pegi je. Aku dah tak boleh singgah-singgah nanti abis rambut berlian aku runtuh pulak kang.. ahahaha. Mekap pun kang cam cair je apa kes. Tak sempat nak melaram kat dewan tu pulak :P

Wey sya, mai la tido umah awin nak malam tu? Mung tade orang kat rumah. Hik hik hik. Jom slumber party jomm!!

Semalam cam nervous, hari ni tah nape excited plak ha. Cam busuk je kan.. ahaks. Pastu cam yeyeye lin pun pakai biru jugak.. elok ar tu. Aku nak pakai selendang ni.. hahaha beriya tak kaedahnya? Ah lantak! It's going to MY DAY *walapun yang kawin tu orang lain sebenarnya*. Suka hati aku la kan.. parrrapppaaraaapppaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! :*:*:*:*:*

penang

Ok la. Ekceli kan aku frust sebab tak dapat pegi Penang. Tapi aku cam tamau la tanya mak aku kan dah dia pun cam tak cakap apa-apa, so baik aku lupakan saja angan-angan nak pegi sana. Aku ni setakat Penang pun nak emo sebab tak dapat pegi.. hahaha. Entah. Aku suka Penang. Or aku tunggu apa ya di Penang?? Hmm..

Kita boleh rindu kat sapa-sapa pun kan? Ok. Aku rindu kat yin kot. Selalunya dia cam ala-ala comforter aku laa.. hahaha hangat je gitu! :P

Berbalik kepada Penang. Apsal mak aku tanak ajak aku pi sekali eh? Aku cam laparrr nasik kandar line clear, lapar cendol, lapaar apa lagi eh isk. Tah, aku nak gi Penang sebenarnya!! Waaaa!! :((

Jom Lin, Sya, Ima.. kita pi Penang jom?? Waaaa!! Kita smuggle masuk dalam keta sapa-sapa la nak?? Waaaaaa!!

Tuesday, February 13, 2007

nasib baik?

Aku rasa tahun ni mungkin nasib untuk anak sulung dan anak bongsu bertambah baik. Memandangkan tahun lepas merupakan tahun yang tidak bertuah untuk anak sulung dan anak bongsu, especially yang perempuan.

Tiba-tiba je aku rasa macam masing-masing ada good news untuk di kongsi. Yang seorang tu dah tentunya pasal kerja. Congrats ye awak. Semoga berjaya menjadi pekerja cemerlang, gemilang, terbilang! Saya rasa mesti budak-budak opis awak tu mati keras perut sebab gelak je tengok muka awak yang penuh ekspresi tu! ;)

Yang lagi sorang tu pulak, aku rasa lately ni dah jadi 'hopeless romantic'. Macam terdengar-dengar pula lagu dangdut "Memori Daun Pisang" yang dah ditukar lirik, "Memori Berkongsi Payung"!
Hahaha, mati aku dikerjakan budak seorang tu.

Aku pula? Kehkehkehkeh... Aku rasa macam aku dah bertambah pandai menjawab soalan statistik pula *Alhamdulillah*. Adeh! Padahal lepas jawab test hari tu aku rasa cam nak terjun tasik UPM, tak nak naik-naik dah. Rasanya tak pernah aku dapat B+ untuk subjek math. apatah lagi menghampiri A sejak masuk form 4. Selalunya, sipi-sipi je lagi... sipi-sipi nak fail! :P

Markah subjek lain? Hehehe.. tak tahu ler apa citer. Aku risau dengan subjek Nutrition je ni! Masalah negara juga ni. Kalau stat. aku rasa macam nak terjun tasik UPM, subjek Nutrition ni pula, aku rasa macam nak terjun dalam Tasik Putrajaya dari jambatan Seri Wawasan tu hah...

*Ish, bilalah aku nak kerja ni?*



Monday, February 12, 2007

nasib II

Sahabat yang bercerita pasal angan-angan.
Sahabat yang bercerita pasal awan-awan.

Aku nak cerita apa pulak eh?
Oh. Aku nak cerita pasal nasib. Pasal orang-orang yang streotype. Pasal orang-orang yang buat aku rasa macam nak jentik buang daripada bahu aku.

Sebenar-benarnya, aku pun belum yakin sangat sama ada nasib aku ini berubah ke arah kebaikan ataupun sebaliknya. Aku tak sepeka nujum cik belalang, yang boleh merasakan sesuatu tanpa perlu diberitahu. Tapi aku setuju sangat dengan pemikiran dia; yang angan-angan itu adalah suatu yang percuma dan indah. Kita boleh merancang suatu perancangan terbaik untuk hari-hari yang mendatang, tapi yang menentukannya bukankah Allah s.w.t?

Ya, aku sedang merancang sisa-sisa hidup yang ada. Aku pun bukannya makin muda kan. Dah boleh aku bayangkan yang permulaan jalan hidup kali ini akan menjadi sangat sukar. Dan aku mungkin akan menyerah sekali-sekala, memberontak dalam diam, tapi aku tau.. Allah akan bersama orang-orang yang sabar, Insya-Allah :)

Pasal stereotype.

Aku dari dulu lagi dah jelik dengan orang-orang macam ni. Jadi kenapa aku harus mempedulikan mereka? Lebih baik aku bayangkan perjalanan hidup aku daripada membuang masa berfikir tentang apa yang mereka fikirkan pasal aku. Kan?

Siapa lah yang aku nak jentik sangat tu?
Hehehe. Itu kita tunggu dan lihat :P

Aku dah ada cita-cita. Cita-cita yang dulu pernah aku fikirkan, tapi tersasar dek 'kehebatan' orang-orang di Kementerian Pelajaran barangkali? Aku akan sampai di situ. Nanti. Tengok lah :)

Sunday, February 11, 2007

Awan...

Aku pandang ke langit.
Biru.
Damai.

Ada awan putih.
Pelbagai bentuk.
Cantik.


----------

nasib baiklah aku tak alami sindrom 'awan berkata-kata' :D ;>

Friday, February 9, 2007

nasib

Mungkin nasib dah berubah?

Insya-Allah :)

Tuesday, February 6, 2007

Angan-angan

Berangan memang best.
Berangan memang seronok.
Memang asyik.

Aku suka berangan.
Angan aku kadang-kadang lepas langit ke 7.

Tapi entah kenapa kalau orang lain berangan.
Aku akan gelak besar dan geleng kepala.
Dan ada masa aku akan marah dalam tawa.

"Berangan tak ingat dunia betul la!"
Angan-angan boleh terbitkan harapan.
Boleh terbitkan cita-cita dan impian.

Aku berangan. Masih. Walaupun aku tau jika angan ku ini aku jatuh dari langit ke 7 pastinya aku akan sakit. Tapi aku masih setia berangan.

Nak buat macam mana, ia benda free yang menyasyikkan, kan?!

Sunday, February 4, 2007

preview @ Titiwangsa

Ini adalah entry prewiew/post-mortem party Eisya & kak Amyz tadi. Ngehehe.. sebab lepas ni nak gi makan chicken chop dulu :P


Kita-kita aje

the birthday girls

the darth vader?

the kanak-kanak punat

iklan digi: "heloooo??"


Once Upon A Time...

there are 4 lovely princess and a charming prince, having great time together at Tasik Titiwangsa... :D *sambunglah sendiri!*

--------------------------------------

Korang, I LOVE YOU ALL!

Party gila korang memang gila. Nasib baiklah tak der budak kecik yang datang ngaku besday dia. Kalau tak, harus kena sambut sekali! :D

Cik D and cik L, you guys the best party organizer!

Kak Amyz, harapnya janganlah serik bersama thediv4s ye... Posing maut kita hari ni kan. Ala-ala ratu belon gitew. Eh lupa, siap ada parti bubble kan, kan, kan... Hahaha.

Dale :D thanks for coming & memeriahkan majlis. Terharu sangat sebab demam-demam pun sudi datang join kitorang!

Saturday, February 3, 2007

pesanan untuk diri sendiri

Nasib kita tak selalunya berbintang berbulan bermatahari.

Allah takan mengubah nasib hamba-hambaNya, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. Ingat win, jangan give-up, jangan kalah, buat apa saja selagi terdaya. Kita tak hidup beratus-ratus tahun. Kita hidup untuk apa yang perlu sahaja.

Biar lah mulut sapa-sapa pun nak cakap apa-apa. Orang yang selalu bersabar mesti untung. Orang lain takan faham apa yang kita rasa melainkan dia sendiri pun mengalami benda yang sama. So pedulikan la semua tu!

Sedang menggapai kearah perkara paling penting dalam hidup saya sekarang ini!

Friday, February 2, 2007

Sya's birthday parteeeyyyyyy

~ eh eh ni cik aysiah ke? ~


Sebagai Project Manager, merangkap CEO tak rasmi, dengan ini saya mewakili diva-diva termereng ingin menjemput anda-anda yang mengenali sahabat kami, NUR AYSIAH ke sambutan harijadi beliau yang ala-ala diva pada Ahad ini, bersamaan dengan 4hb Februari 2007, jam 10 pagi, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Lokasi yang setepat-tepatnya akan di-update kemudian okeh!

Konfirmkan kehadiran kamu-kamu sekalian dengan meng-YM saya: d v v y i n a @ y a h o o . c o m atau meng-sms aja dong kalau tau nomornya yaaaah! Lagi bagus kalau dapat konpem hari ni.

Datang bawak perut, happy face, dan semangat kekanak-kanakkan korang. Ni tader sedey-sedey, happy-happy je ok! Aku dan lin akan try to organize garden party paling happening divassss laa konon!

p/s: putra or putri lilin, bawak la payung. kang cair kang!

p/p/s: eh pakai kaler-kaler ceria eh! mekaseh!

bulan mengambang...

Thursday, February 1, 2007

bulan penuh kan

Petama-tama kali, sebagai seorang insan yang serba kekurangan, sorry la lin yer, sebab bila nampak lembu-lembu segar kat padang UPM tu, aku boleh la pulak macam, "Eh kudaaaa!!".

Aku kan naif *hak hak ptuih!*

Yang keduanya, sorry la pulak kat cik Aysiah sebab buat dia tertunggu-tunggu. Bukan apa, bak kata lin la kan, rescue bot kat JB tu lama sangat nak sampainya. Ahaks! Kami mangsa keadaan! Sob.. sob.. sob..

Ketiganya pula, mintak maaf lah kepada cik-cik lin dan sya, dan jugak encik wira, sebab terpaksa menahan karenah seorang 'pelabur tegar' *mata cam kuar duit, ting ting ting*. Siyes wehhhh, aku tak penah se-desperate cam tadi tu! Tu memang betul-betul kes emergency lar. Moralnya, jangan minum milo bila dah tau awak tu tengah dalam 'zon berjaga-jaga'.. huahahahahaha!!

Yang bernombor ampaaatttt, saya menyusun jari-jari kembang ku ini, memohon keampunan, sebab mengumpat lin dan wira yang aku pun tak tau la apa jadahnya yang derang buat kat seat belakang keta aku! Yang aku dengar "oi!" & "ish sakitlah!". Tolong la jangan cemarkan kesucian kereta aku yerrrrr.. hihihi. Bahan bukti akan di-upload oleh cik sya nanti. Jejaga la kowanggg!!! Ha ha tak tawuuuuuu!!

Eh eh cam ada nombor lima pulak! Maaf ek sebab tetiba ter-you-know-what, sambil disaksikan oleh seorang abang yang juga menaiki kancil yang tergelak-gelak kecil. Keji! Eh dan jugak sebab bawak keta macam orang sasau. Biasa la, orang berangan ada keta sport memang camtu pe'elnya. Layan jelah yerrr..