Monday, May 12, 2008

Rahsia Alam

Kamu mahu tahu rahsia alam?

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah kehidupan manusia, riang-ketawa atau menangis-berduka... hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan ini. Andainya kamu kecewa, pandanglah ke sungai, airnya mengalir biar berjuta batu menghalang. Kamu perlu jadi seperti air sungai itu! Hidup perlu diteruskan walau beribu rintangan yang menghalang. Dan sekiranya kamu bersedih, pandanglah ke langit, kamu akan sedar bahawa Dia sentiasa bersamamu!
Ya, kebesaran Allah ada di mana-mana. Bukalah hati dan mata kamu luas-luas.

0 style(s):