Tuesday, May 20, 2008

Nasihat dari "Kawan"

Walau seteruk mana pun kawan kamu itu. Kamu tidak perlu cakap pada dia, 'Padan muka' atau 'Itulah kamu tidak dengar kata aku dulu' atau 'Nasib kamulah', pabila dia ada masalah.

Dia kawan. Dia perlukan sokongan kamu walau apa pun situasi yang dia hadapi sekarang. Dia kawan kamu. Dia manusia biasa. Selalunya tersalah buat pilihan. Dia juga ada hati dan perasaan.

Kamu tidak pernah berada di dalam kasut dia. Kamu tidak pernah tahu bagaimana dia berusaha untuk menjadi manusia sempurna. Kamu memang baik, kamu tergolong dalam golongan yang bijak pandai. Kamu sempurna di mata dia. Dan kamu sentiasa anggap diri kamu terbaik dalam dunia.

Tapi dengan kata-kata kamu yang membuat dia down dan depress. Aku rasa kamu bukan kawan yang baik. Aku rasa kamu tidak pernah menganggap dia kawan dalam hidup kamu. Dia hanya melukut di tepi gantang sahaja.

Dia buat salah. Sebab dia manusia yang mahu buat pilihan yang tepat. Untuk membuat pilihan yang tepat, tidak salah dia membuat beberapa kesilapan dalam hidupnya.

Kamu tidak menyokong waktu dia ditimpa masalah, aku rasa kamu bukan kawan yang baik pun.


*akak malas nak tulis entri ni kat blog akak. sebab somehow, entri ini mean to beberapa "kawan" akak. :-) *

Thanks adik-adik yang sudi jadi kawan akak selama ini. :-)

0 style(s):