hari rabu yang panjang. dan malang. bermula dengan kes naik tebing di ttdi, sesi kena tengking di office, berakhir pula dengan tragedi tren 'not-in-service'. apa ni? siang-siang pun ada hantu halloween nak menyakat aku ke? so not funny.
hari rabu. yang pening. first time aku tengok suasana 'lunch hour' kat pusat bandar damansara. langsung tidak menghampakan. keh keh keh.
kes amukan puaka yang sungguh tak masuk akal. mangsa yang terkebil-kebil menahan malu yang amat sangat - aku. oh, siapa lagi nak marah? silakan.
naik tren, setengah jalan, mata berkaca-kaca. huhu. kang aku betul-betul jadi hati kering, baru dia tau. takpe. benda kecik je. dah biasa pun.
transit tren. sampai ampang, dia suruh turun pulak. aih. ni mesti berzaman nak tunggu the next train. oh sabar sungguh aku kan. dah la tunggu lama, berdiri, kaki dah merah-merah, tekak perit, mata bengkak dan sepet (padahal air mata keluar tak sampai secawan).
ok girls, this would be my last post sebelum aku bukak laluan untuk korang. eheh.
it's just that this morning my mood cam fly-fly away tanak balik-balik. gloomy je. just now derek tegur, dia kata muka aku nampak penat or maybe plain sangat. aku tepek bedak baby je kat muka sebab memang tak ada mood langsung nih.
yesterday, i purposely lied to a few people and trust me, i had to. i drove out of KL, makan and makan and makan and makan and surprisingly i didn't spend a dime pun. thanks for the treat ;).
and then came this call. my temper blows out of a sudden but i tried to control it as best as i could. few seconds later i hung up. thanks to the person who was in the passenger's seat, i feel ok right after.
ok. i will be on 'holiday' until further notice. ahahahahaha :p
bila aku masih boleh bersabar, aku sabarkan saja lah kan. kita tengok sampai bila. tapi bila aku dah bosan esok lusa, sorry lah ek. don't feel irritated.
bila kamu dah bersedia untuk bercakap, fine. i'll open up as wide as possible. dan akan cuba senyum sekerap yang boleh. although aku dah mula rasa menyampah. tapi demi kamu.
harga suatu pengorbanan itu sebenarnya diukur dari segi apa? kenapa berkorban perlu menjadi sebuah one-way-street? dan selalunya tidak dihargai dengan cara yang betul.
ok. aku dah pengsan sejuta kali disebabkan oleh ini.
Date :
30th of November 2007, Friday
Time :
7:00pm – 10:00pm (1900hrs – 2200hrs)
Venue :
Zouk, Kuala Lumpur
Tickets Price:
RM 80
* All ticket prices stated excluding a RM2 processing fee
Performing artistes Tompi, Maliq & D' Essentials and Noryn Aziz .
as if i was given a second chance, memandangkan masa maliq & d'essentials first time datang kl aku tak tau pun. excited sangat. nak tenggok angga (har har har).
nak pergi. tak kira. walaupun ada 10 'torchlight' di dahi. ahaks.
mata aku penat sangat. asyik tengok skrin komputer for the whole day. otak pun sama penat. fikir itu dan ini. tapi mujur ada sesi bergambar secara puaka di pagi hari, sesi bersama 'joker' kesayangan aku yang nampaknya dah kembali ceria, dan juga sesi bergelak sakan mengimbau kenangan lalu saat nak tunggu waktu balik. mood pun biasa-biasa saja. boss kecik main baling-baling paper clip kat aku. boleh?
tapi, hari ni aku macam monotone sangat. flat. mendatar. yela, aku gelak-gelak jugak tapi dalam kepala ni ada je yang berpusing-pusing. tak ada pulak emo ke. cuma stone. tak ada perasaan. semua macam dah mati.
sesungguhnya ketahui lah bahawa aku terasa macam nak marah sangat. nak meletup. tapi tak boleh. suppressed. aku pun tak faham apa yang nak dimarahkan sangat. tak ada siapa-siapa yang buat onar pada aku pun. complicated kan.
karma? mungkin aku berdosa pada berorang-orang. jadi ini mungkin balasannya. mungkin dosa-dosa itu semua tidak aku sengajakan. sebab seingat aku, pernah sekali je aku sengaja mengamuk pada seseorang. sebab aku tak tahan. dan sudahnya aku dapat nama baru - biatch. tapi walaupun aku tau dia yang bersalah (and i guess he felt the same way about me), aku yang mengalah. minta maaf. kerja memang boleh buat kita jadi rasaksa. susah nak jadi professional.
selalu rasa macam nak tarik diri daripada semua benda. bukan sebab takut. tapi dah letih. bila kita cuba untuk lari daripada perkara-perkara yang kita benci, kita end-up berbalik kepada perkara yang sama. i hate that. but it happens all the time.
kadang-kadang aku cuba nak berlagak cool. malas nak layan, baik diam saja kan? diam aku bukan tanda setuju. tapi tanda ketidak puasan hati. cuma aku senang untuk kembali happy. tekan saja suis kat lengan aku. ahahahahahaha :p
tulisan aku adalah suara hati dan akal yang jujur. lebih baik percaya pada apa yang aku tulis daripada apa yang keluar dari mulut aku. really.
aku tak mau menjadi seorang yang complicated. aku tak mau menyusahkan pemikiran orang lain. aku juga tak mau menjadi hipokrit. what you see is what you get. with some extra features. i think. ahaks.
ok lah. lapang sikit dada dan kepala aku. this might means nothing to you, but it's a big deal for me. jangan lihat dari sudut yang sama. cuba lihat dengan hati :)
Sebelum bertemu denganmu Diriku bahagia Semenjak bertemu denganmu Ku makin bahagia..Semakin lama aku Semakin tau tentang engkau Sedikit kecewa Ternyata engkau tak baik
Pertama tama semua manis Yang engkau berikan Membuat aku merasakan Cinta sebenarnya…Semakin hari Semakin terungkap Yang sesungguhnya Kumakin kecewa Ternyata kau penuh dusta
Reff: Maafkan ku harus pergi Ku tak suka dengan ini Aku tak bodoh Seperti kekasihmu yang lain….
Terima kasih oh Tuhan Tunjukkan siapa dia Maaf kita putus So thank you so much I’m sorry good bye
Seribu cara kau membuat Ku dengan puitis Tapi kau lupa bahwa Ku juga manusia Yang punya mata Perihnya hati dan perasaan……
Maaf aku pergi Dan takkan untukmu lagi (i’m sorry good bye) Ku tak suka dengan ini Aku tak bodoh Maafkan ku harus pergi Tak seperti kekasihmu yang lain
Terimakasih oh Tuhan Tunjukkan siapa dia Maaf kita putus So thank you so much I’m sorry good bye
Makan nak teman Minum nak teman Barang-barang nak kene tolong beli kan Tolong prepare kan itu ini Sakit sikit merengek Susah sikit ngadu itu ini Panas sikit, merengus Jammed sikit dah pening kepala Nak kene call, nak kene sms, mms, 3g Nak kene give full attention almost 24-7
Heh! Macam tue kata lelaki tak manja? Ngalahkan aku si puteri bongsu, perempuan-perempuan lain. Kadang-kadang frankly aku kata, feel a bit annoyed n menyampah.
But what the heck, aku revenge balik. Demand manjakan aku equally or more. hahahahahahah That's we call as karma sayang. I like it. U guys same, 'Aite?
walaupun aku sedikit frust sebab gelang kaki aku tiba-tiba putus di tengah jalan (atas tangga office sebenarnya), tapi semua kelukaan terubat dengan sendirinya bila ANUAR ZAIN tiba-tiba datang kat aku dan cakap, "i love you".
keh keh keh. too good to be true kan?
of course la aku tipu. ehehe. BUT, i did saw anuar zain kat kl sentral semalam. tak tentu arah aku. nasib tak pengsan. ahahahaha. 2 kali tau. bedebar-debar jantung ai :p
cuma, hmm, rendah kan anuar zain tu sebenarnya? skinny pulak tu.
tapi perasaan yang aku rasa semalam tak boleh beat perasaan yang aku rasa masa jumpa reymee of innuendo kat gloria jeans klcc. lembik lutut. ahahaha.
Ibu kata (bukan aku kata ye). Kalau nak tahu sama ada orang itu betul-betul Johor, dia mesti tahu beberapa istilah yang sering digunakan oleh orang Johor. Antaranya:
Almari = Gerobok
Selimut = Gebor / Gebar
Kasut = Sepatu
Karipap = Epok-epok
Roti Canai = Prata
Kenduri = Rewang
p.s.: lepas ni kalau tiba-tiba ada orang mengaku dia orang Johor sedangkan tidak, maka dia telah menggunakan blog ini sebagai sumber rujukan :D Maka kami tidak ada bertanggungjawab di atas penipuan yang dilakukan
saya cuma ada masa 7 bulan untuk mencari dan bersedia.
kadang-kala keadaan memaksa untuk kita bertindak gila. consequences can come later. masalahnya, bagaimana untuk saya memanipulasikan keadaan itu supaya ianya berpihak kepada saya? he he he.
yey raya! tapi sebenarnya tak rasa *sexcited sangat pun. tengahari tu jugak kitorang berkonvoi ke man-tin dengan dua kesilapan besar; barang yang dibawa banyak gila sampai berat je kereta aku nak berjalan, dan kesilapan kedua adalah PLUS highway. Jam sepanjang-panjang dari upm kot. 2 jam lebih baru sampai. gila. dengan aku-aku sekali jadi gila. melalak dalam kereta. lantak!
sampai rumah relaks je semua orang. malam tu sedara-mara datang beraya dan lepak-lepak kat rumah aku sebab time tu je derang boleh berborak dengan ayah. esok nak open-house kan. tak mung lar. aku pun tido awal. tau esok nak kena kerja keras nih. cewah. hahaha.
14/10/2007
huiyo. bangun, kemas rumah, tolong potong lemang, pastu mandi, sambung balik susun lemang comel-comel. bila dah start ramai orang datang tu aku pun cam tak jumpa orang sangat sebab sibuk kat dapur. rajin gila :p. tapi bila anak-anak dara dari jauh telepon cakap nak datang, hehehe terus je *sexcited.
tetiba eh eh anak aku dah sampai! eh cop. anak ke adik? hahaha. dok ngekor bontot aku je dia. pastu terus mintak nak makan maggi. layan je aku ni. pantang tengok aku hilang sikit, mula la dia tanya mak dia, "where's my friend?". hahaha ah sudah. besfren aku is 7 years old.
sya dan lin akhirnya jejak jugak rumah aku tu kan. hehe. tak sesat pulak tu. korang memang terer ah. tak pasal-pasal tejebak sekali dengan budak 7 years old itu. thanks korang. aku dah boleh jadi mak kan kan kan kan??
well, patutnya sampai petang je. tapi belah malam orang-orang kampung dekat situ still ada yang datang. pastu ada sorang nenek ni, dia tanya sapa kakak sapa adik. terus aku bagi dia kuiz. hahaha. dah aku agak dia nak cakap yang aku ni adik *ding ding ding*. what to do.. :p
anak-anak dara punya turn pulak datang bertandang kat umah. pastu tengok tv ramai-ramai. pastu aku ngantuk gila sebab penat sangat kot. pastu derang balik, aku pun tido krohhh krohh krohhhhhhh.. (kesian aku kena tido kat sofa)
15/10/2007
yey nak pegi beraya. pegi la rumah pak long kek somban. jaoh jo den raso. mak long goreng mi. alamak. tapi lapar punya pasal, den toju yo.
lepas tu melawat umah abang ngah. bini dio goreng mi jugak. haiyaaaa. tapi kek batik dia memang meletop! nanti kena mintak resepi nih. he he he.
balik, sesiap kemas barang kemas rumah, balik kl. ikut jalan lama. ada sedikit tragedi. di mana smart tag adalah bengong. buat malu jek. dua-dua kali kena camtu. nasib aku macam relak n cool gitu. wahahaha.
apa-apa pun, takleh lawan tragedi sya dengan lin. datang beraya umah aku, time nak balik terus keta tak mau start. keh keh keh. tu la. keta pun tanak balik. dia suka umah aku tu. apa kes? hahahahahahahahaha. pastu aku tengok ayah aku kan time nak bukak depan tu cam senyum je manjang.
aku tanak makan sangat la. lepas ni memang nak berenang balik.
*sexcited = kredit untuk geng kak amyz for this new vocabulary :p
walaupun hari ni office bagi half-day, dengan mata yang rabak sebab malam tadi main game sampai pukul 2 pagi, aku pergi keje dengan perasaan yang seronok amat. tenang.
tapi kejap je tu.
almost noon, aku kelam-kelibut tolong 'boss kecik'. dan diangkut ke putrajaya. maknanya, macam kartun la aku pergi salam-salam beraya dengan officemate yang ada. too bad aku tak sempat nak beraya dengan boss aku, dengan B.O.D, dengan vincent & derek (uik??!!), alahaiii..
ramadhan yang terakhir ni buat aku rasa sedih. for real ok. mungkin sebab lepas ni dah kena balik 5.30. or maybe sebab aku akan kembali menjadi tong dram? har har har.
satu perkara yang buat aku rasa withdrawn lepas raya ni nanti ialah.. hmm. check-up lagi. boleh tak kalau tanak plis?
esok aku balik n9. raya kedua family aku buat open-house kat sana. jemput la datang. in which aku rasa korang pun still kat kampung lagi kan. takpelah. datang rumah kl pun boleh.
APT datang rumah tadi dengan family dia. good news la kot. entah la. tawar hati dah sebenarnya. whatever.
aku berkenan sangat keta putra. awat dah tak buat lagi ek?
1, my relationship with 1 person seem like become worse day by day. I admit that I've been ignoring that person quite sometimes. Yet, I do feel guilt bout it. I know I treat that person really bad, I feel it too. Things not the same like before. So as conclusion, I really sucks in relationship. Any relationship. I really feel sad, things doesn't same like before.
2, Al-Fatihah to my Pak Ngah. Past away this evening due to kidney and brain failure. The time is running out. Who knows soon or later someone will be next.....
by the way, sorry peeps, I've been mellow emo jelly.....
my heart was crushed the moment i got the sms from APT. fine. whatever. i did feel like crying but lin was nearby so i just went blank.
i have accidentally befriended someone's husband. i swear i didn't know. and i swear that i will try my best to avoid him.
i feel sorry for everyone who thinks that they are invisible. life is like that most of the time. and sometimes we choose to be invisible because we don't want people to think that we are actually in need of help.
it's my soulmate's birthday and she looks so gorgeous walaupun baru je lepas beranak. hot mama kan. hehe. we celebrated at fridays, subang parade. her treat. and managed to force her to stand on the chair sambil nyanyian dendangan staf-staf fridays itu. tapi macam tak gumbira 100% kerana misteri kehilangan passport maidnya. ishkkkk!
hasbennya yang bernama si jimi itu telah menghadiahkan handbag COACH ok COACH! sungguh untung itu pelempuan. winwin bagi apa? huk huk rahhshieeee laaaaa.
akhirnya dapat jumpa encek imman. tapi tido la pulak sampai sudah. dapat tolak stroller dia je. ceh. harees in the other hand, alalalalalalalalaaaaa encemmm shangaatttttsss. dah besar. suara makin nyaring. dia suka makan kurma. geram.
dah abis makan-makan, jimi bawak kakak ngan emmer balik. aku, lis ngan ika cam jalan-jalan la kat parkson sebab ika nak beli foundation. pastu cam tersinggah la kat dorothy perkins. ala nak sangat satu skirt ni. tapi.. emmm.. takpe lah. nanti-nanti kot.
dah nak balik, singgah coffee bean. pastu cam misteri kehilangan passport akhirnya berjaya diselesaikan. maid dia yang curi. dan telah lari entah kemana. nasib la budak-budak kecit tu ada dengan kami. bedebar je.
aku pun balik dalam hujan, tak nampak nya jalan. takot. wiper cam tah pahape jek. jem sikit kat loke yew.
happy 28th birthday elisot-ayem-kentot. jangan lah besedeh. kan dah dapat hensbegs COACH *jeles sampai mati*.
tadi ada orang jauh datang rumah. emm.. thanks for everything. kes nombor 1 dah selesai, kes nombor 2 pun begitulah nampaknya.
moral of the story (penting ni), make sure kawan-kawan anda adalah berjenis. dan tau bila masa nak tutup mulut. jangan eksen tak bertempat. dan jangan cari kawan yang sanggup perangkap anda semata-mata kerana ingin jadi hero.
kadang-kadang aku pun wonder sampai bila aku boleh sorok segala benda. keh keh. selagi muat kot :p.
Apa salahnya sekali-sekala kamu memuji dia cantik dan seksi *walaupun hati kamu tak setuju sangat*.
Women are easy to please, okay. Unlike men (that i sometimes wonder, what's in your head laa?).
The best accomplishment that a woman can ever achieve is to be noticed. Senyum ke, eventhough tak kenal. A smile from a stranger can make anyone happy tauuuu!!
Cerita sebenar : Lelaki yang berdiri di depan aku dalam LRT harini adalah sangat WOW! :D
Tempat aku bekerja sekarang memerlukan aku menaiki hampir semua jenis public transportation yang ada kat malaysia nih. Memang adventure. Sebab, aku tak payah sesak kepala nak mengharung traffic jam, duit minyak, duit tol.
The best thing about using public transportation is that, aku dapat tengok orang, tengok pokok, tengok bangunan.. hehehe.
Bercakap pasal tengok orang ni kan, hehehe, ada la hari tu. Ada mamat ni naik tren sama dengan aku. Dia tak hensem, seriously speaking, tapi ada sesuatu yang buat aku nak tengok je dia. Hahaha.
Ok, aku actually agak skeptical bila ada kawan-kawan perempuan aku bercerita pasal men's behind. Hahaha. Keep your mind open sebab cerita ini tak ada kene-mengena dengan kegatalan. Men like what they see on women, so sama jelah the other way around.
Orait. Aku honestly tak penah tengok lelaki yang betul-betul ada butt. Alaa.. you know what i mean kan. So this guy punya backside memang seriously bulat dan lentik. At first aku memang nak tergelak. Bukan sebab benda ni kelakar tapi sebab memang ada rupanya lelaki yang backside dia begitu errr.. well, agak montok la.
Macam aku cakap tadi, tidak ada unsur-unsur gatal atau seksual cuma macam terkagum sampai mata ni asyik nak tengok kat situ je sampai la mamat tu turun.
Now i know why women like some men's backside. Hahahahaha. If this is too offensive for your reading, sorry. This is just an honest expression since i'm very direct. And a very good observer. Hahahaha jaga-jaga!
Monday, October 1, 2007
My turn. Kasi entry 'org tu' turun ke bawah pula.
Tak ada apa-apa sebenarnya sebab diorang dah cerita. Tak kan nak cerita yang sama plak. Huhuhu, tapi aku akui Lin. Memang mamat tu jeles lah. Tak senang kita-kita nak dating. Asyik dia je nak berkepit. Huahuahuahua...
Opsss... matilah kang Awin kasi tau boss dia. Ish... Awin, dendiam tau!