Kata orang, hidup macam roda yang berputar. Sekejab di atas. Sekejab di bawah.
Duh! Boring gila kan bila mana orang lain menujukan perumpamaan-perumpamaan seperti ini kepada kita. Seolah-olah mahu menyenangkan hati kita. Memujuk hati kita. Kan?
Ya. Ya. Kita tahu semua itu. Tak payah cuba-cuba nak pujuk. Kita tahu. Kan? (Egonyaaa..)
Bukan ego. Sebenarnya, kita hanya mahu orang memujuk hati kita yang parah ini, dengan cara menggembirakan kita. Bukan dengan mengeluarkan pepatah-pepatah yang kita dah hafal dari dulu lagi.
Kita dalam hidup ini, semuanya ada masalah. Tak ada orang dalam dunia ini tak ada masalah. Semua orang ada.
Tapi, ketepikan semuanya itu, kerana memikirkannya juga menyakiti hati, dan penyelesaian masih belum ditemui.
Tidak bermakna kita tak boleh happy!
27 Dresses! Awin, Lin dan Sya. Pergi tengok movie ini. Lepas tu komen kat blog. Boleh kan? :-) Thank sweeties~ Mwah!
Tuesday, April 1, 2008
Jom Happy!
the glamorous Amyz! singing at 11:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 style(s):
Post a Comment